Banjir telah melanda Kg Jenjarom lagi. Kira-kira 25 keluarga terlibat yang menyebabkan air memasuki rumah mereka. Paling terkesan ialah Tn Hj Lokman yang mengusahakan tanaman 2000 pokok cili dan sedang dalam proses menuai hasilnya. Tanaman cili tersebut dijangka akan rosak atau mati disebabkan banjir. Menurut Tn. Hj Lokman beliau mengeluarkan modal kira-kira RM14k untuk memulakan usaha penanaman cilinya yang mungkin akan musnah angkara banjir.
JKKK Kg Jenjarom merakamkan rasa penuh simpati kepada semua mangsa banjir. Semoga mereka tabah menghadapinya.Kehadiran YB Abdullah Sani Ahli Parlimen Kuala Langat , YB Philip Tan ADUN Telok Datok, YB Hasiman ADUN Morib, Sdr Azmi Ahli Majlis Daerah K. Langat, Tn Hj Misnan Ketua Kampung Jenjarom, JKKK, dan orang perseorangan sedikit sebanyak memberi sokongan moral kepada mangsa banjir. Selain itu pihak YB dan JKKK akan mengusahakan bantuan yang sewajarnya kepada semua mangsa banjir.
Sumber: jkkkkgjenjarom.blogspot.com
1 comment:
Saya pun tumpang simpati juga. Kalau naj berjaya mesti banyak dugaan...
Post a Comment