Friday, July 31, 2009

Koleksi Video: Artis SMKTPG

Dua orang guru yang berbakat menyanyi ini En. Naim dan En Sheikh telah menyampaikan persembahan mereka semasa majlis perpisahan Pn. Hjh Adillah sebagai pengetua SMKTPG pada 10 Og0s 2007 di Quality Hotel, Shah Alam. Saksikan persembahan mereka.




Thursday, July 30, 2009

PENGURUSAN PROGRAM TINGKATAN ENAM

Peserta kursus sedang khusyuk mendengar penerangan daripada Pn. Hjh Munah Selamat tentang Pengurusan Program.
Pn. Hjh Munah Selamat sedang menyampaikan ceramah

Kumpulan 3 dan Kumpulan 4 Kokurikulum Tingkatan 6 Bawah SMKTPG telah berjaya mengadakan satu aktiviti kokurikulum mereka iaitu "Pengurusan Program". Program ini diadakan pada 30 Julai 2009 jam 2.00 ptg - 4.30 ptg bertempat di Bilik Gerakan SMKTPG. Para peserta terdiri daripada semua pelajar Tingkatan 6 Bawah. Ceramah berhubung pengurusan program ini disampaikan oleh Pn Hjh Munah Selamat. Program ini sangat berguna kepada para pelajar dalam mengurus sesuatu program. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kumpulan 3 dan 4 serta guru-guru penasihat yang telah berjaya menganjurkan program ini.

Monday, July 27, 2009

Pelajar SMKTPG Menang Pingat Emas 8th Internasional Club Open Taekwando Championship

Pelajar SMKTPG Siti Fatimah Bt Remey, Tingkatan 4PA1 telah memenangi pingat emas kejohanan di atas yang diadakan pada:
Tarikh: 24 - 26Julai 2009
Tempat: Stadium Badminton Cheras
Kategori: 52 - 55kg
Penyertaan: 16 buah negara antaranya Korea, England, Australia Canada dll.
Perjalanan ke perlawanan akhir:
1. Pusingan Pertama menewaskan Australia
2. Suku Akhir menewaskan England
3. Separuh Akhir menewaskan Korea
4. Perlawanan Akhir menewaskan Sabah

Warga SMKTPG mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan yang diperoleh oleh Fatimah Remey.

Sunday, July 26, 2009

Penyelidikan Prauniversiti

Apakah itu Penyelidikan dalam Pendidikan?

Menurut The Collins International Dictionary, penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperoleh fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara. Kamus Webster pula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?. Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan (Kerlinger, 1973).

Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan penyelidikan sebagai perbuatan menyelidik, pemeriksaan: ~ telah pun dijalankan tentang kanak-kanak; penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam

Makna Kolokium (Khusus Untuk Pelajar Prauniversiti)

Soalan : Apa perbezaan antara simposium dan kolokium?

Di sini saya ingin menerangkan secara ringkas perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut.

SIMPOSIUM

Kamus Dewan mendefinisikan simposium sebagai pertemuan antara para cendekiawan, pakar dan sebagainya untuk membincangkan sesuatu persoalan, perkara dan sebagainya.

Wikipedia menjelaskan simposium dengan panjang lebar. Sila baca di sini.

KOLOKIUM

kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan.

Manakala, menurut wikipedia mengenai kolokium atau dalam bahasa Inggerisnya Colloquium ialah :

A colloquium is an important type of academic activity. Typically, a colloquium will consist of a single lecture given by a member of the academic community about his or her work, to colleagues who work in the same or an allied field. The audience is expected to ask questions and to evaluate the work presented. Colloquia help to provide scholars with the opportunity to face and respond to criticism in the early stages of the development of new ideas.

In legal parlance, colloquium is used when the identity of a plaintiff in a defamation suit is not expressly stated, but people know who the tortfeasor was attempting to defame.

Secara keseluruhan, kelihatan seolah-olah tidak ternampak perbezaan antara kolokium dan simposium. Tetapi, Jika diteliti, Simposium lebih bersifat terbuka kepada umum, topik perbincangannya juga pelbagai serta perbincangan itu selalunya akan berakhir di situ tanpa resolusi atau ketetapan yang segera.

Manakala kolokium pula lebih bersifat tertutup. Ini bermakna, perbincangan dalam kalangan ahli akademik atau golongan cendekiawan itu memfokus kepada sesuatu topik dan tidak sewenang-wenangnya disebarkan kepada umum, tanpa memutuskan hasil perbincangan itu melalui ketetapan atau resolusi akhir.

*Sila maklumkan jika terdapat kesalahan tafsiran atau penambahan makna pada istilah ini.

Kamus Dewan edisi Empat mendefinisikan kolokium sebagai perjumpaan atau persidangan utk membincangkan perkara yg biasanya bersifat ilmiah; berkolokium menghadiri atau menyertai kolokium: kami juga ingin ~, berseminar dsb kalau ada kesempatan; mengkolokiumkan membincangkan sesuatu perkara, isu dsb dlm kolokium: utk menghimpunkan dan menerbitkan hasil kajian yg telah dikolokiumkan demi memperkaya kepustakaan Melayu.

Dalam konteks Tingkatan Enam, kolokium ialah persembahan hasil penyelidikan para pelajar dan hasil tersebut dibincangkan dalam kolokium. Semasa kolokium warga sekolah dialu-alukan untuk turut serta bagi sama-sama membincangkan hasil sesuatu penyelidikan.