Thursday, March 12, 2009

Pasukan Bola Baling B15 Lelaki dan Perempuan SMKTPG Naib Johan MSSD Kuala Langat









Pada 10 dan 11 Mac 2009 SMKTPG telah menghantar 3 pasukan bola baling ke Pertandingan Bola Baling MSSD Kuala Langat iaitu perempuan dan lelaki bawah 15 serta lelaki bawah 18 tahun. Pasukan SMKTPG telah menjadi Naib Johan untuk kategori Lelaki dan Perempuan B15. Sementara pasukan Lelaki B18 berjaya setakat ke peringkat suku akhir. Pada perlawanan akhir Perempuan B15 SMKTPG tewas kepada pasukan SMK Tg Sepat 1-4 sementara Lelaki B15 tewas kepada SMK Bandar Banting 1-4. Tahniah kepada pasukan SMKTPG kerana berjaya hingga ke peringkat suku akhir untuk pasukan lelaki B18 dan peringkat akhir untuk pasukan Lelaki dan perempuan B15.

Monday, March 9, 2009

Keputusan SPM,STAM dan STPM 2008

Keputusan STPM 2008 akan keluar pada 10 Mac 2009 bersamaan hari Selasa. Calon-calon sekolah boleh mengambil keputusan masing-masing di sekolah selepas jam 12.00 tgh hari. Semakan melalui SMS juga boleh dibuat selepas jam 12.00 tgh hari dengan menaip STPM No. KP dan hantar ke 39003 atau secara online di www.mpm.edu.my.

Keputusan SPM dan STAM pula keluar pada 12 Mac 2009 bersamaan hari Khamis.
Calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan ini boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing- masing bermula pukul 10.00 pagi.