Thursday, March 12, 2009

Pasukan Bola Baling B15 Lelaki dan Perempuan SMKTPG Naib Johan MSSD Kuala Langat









Pada 10 dan 11 Mac 2009 SMKTPG telah menghantar 3 pasukan bola baling ke Pertandingan Bola Baling MSSD Kuala Langat iaitu perempuan dan lelaki bawah 15 serta lelaki bawah 18 tahun. Pasukan SMKTPG telah menjadi Naib Johan untuk kategori Lelaki dan Perempuan B15. Sementara pasukan Lelaki B18 berjaya setakat ke peringkat suku akhir. Pada perlawanan akhir Perempuan B15 SMKTPG tewas kepada pasukan SMK Tg Sepat 1-4 sementara Lelaki B15 tewas kepada SMK Bandar Banting 1-4. Tahniah kepada pasukan SMKTPG kerana berjaya hingga ke peringkat suku akhir untuk pasukan lelaki B18 dan peringkat akhir untuk pasukan Lelaki dan perempuan B15.

4 comments:

cikgu yassir said...

bila lagi nak johan niee.... kpd c amin sila gandakan usaha anda tahun depan.

teachuhman said...

Tahniah

Welldone to the hanball squad.

norshafiza said...

Cikgu Ruzi,
Nanti update blog koko dengan posting ni ye. TQ!

A.M. said...

welldone!
boleh lagi gandakan usaha...
satu hari nanti kita pasti JUARA!