Thursday, December 24, 2009

Kebakaran dan Bantuan ZAKAT Selangor


Video kebakaran yang diambil daripada telefon bimbit seorang penduduk kampung




Pegawai ZAKAT menyampaikan sumbangan sebanyak RM5000.00 kepada sdr Hamdani Alias sambil diperhatikan oleh Ustah Hj Misnan Ahmad, Ketua Kg Jenjarom

Pada 18 Disember 2009 (Jumaat) kira-kira jam 4.30 ptg saya menerima SMS daripada seorang rakan menyatakan rumah jiran saya hangus terbakar. Waktu itu saya masih bercuti bersama keluarga dari hari Jumaat hingga Ahad. Pulang daripada cuti terus melawat jiran tersebut. Petang Ahad saya ke tapak rumah yang habis terbakar. Malamnya ke rumah sewanya. Alhamdulillah warga kampung saya amat prihatin terhadap mangsa kebakaran sama ada pihak JKKK mahupun orang perseorangan. Ahli keluarga saya turut membantu apatah lagi mangsa ialah jiran kami. Pelbagai bantuan dihulurkan bagi membantu mangsa yang tinggal sehelai sepinggang. Antara bantuan yang diberi ialah pakaian, peralatan dapur, wang tunai serta menyediakan rumah sewa termasuk sewanya sekali.

Pada 22 Disember pihak ZAKAT Selangor datang memberikan bantuan serta membuat tinjauan atas rumah yang terbakar. Bantuan segera yang dihulurkan oleh ZAKAT Selangor ialah wang tunai RM5000.00. Menurut Ustaz Mat Husain Sabar, Ketua Operasi ZAKAT Kuala Langat yang saya temui pada hari tersebut menyatakan bantuan sebanyak RM5000.00 boleh disampaikan dalam masa 24 jam daripada kejadian sekiranya terdapat laporan dibuat yang disertai oleh laporan polis, pengesahan ketua kampung dan gambar kebakaran jika ada. Selain itu, pihak ZAKAT juga akan menyediakan sebuah rumah baru kepada sdr Hamdani dengan peruntukan RM37000.00 setelah dokumen yang berkaitan siap. Pihak ZAKAT juga akan memberi bantuan persekolahan kepada anak-anak mangsa serta bayaran sewa rumah selama 6 bulan.

Begitulah ZAKAT dalam memberi bantuan kepada mangsa sesuatu bencana. ZAKAT beroperasi daripada wang atau zakat yang diterima daripada orang ramai. Oleh itu, Ustaz Mat Husain Sabar mengingatkan kita agar menunaikan atau membayar zakat bagi sama-sama membantu umat Islam khususnya yang memerlukan bantuan sama ada untuk membiayai kos perubatan, bantuan bencana alam, bantuan untuk para asnaf dan sebagainya.

Monday, December 14, 2009

Program Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 2009 SMKTPG- Edisi kemas kini



Antara paparan video program ini


Para peserta bergambar bersama En Nordin Saad, Pengetua SMKTPG dan urusetia program
Ustaz Mohamad Zamri Shafik

Prof Madya Dr Nazip Suratman (UiTM) sedang menyampaikan ceramah. Duduk dari kiri En Shahirman Sahalan (UiTM) dan En Fauzi Sukimi (UKM) merupakan ALUMNI SMKTPG yang turut membantu menjayakan program ini.
Prof Madya Dr Nazip Suratman menerima cenderahati daripada pihak urusetia
YB Dr Ahmad Yunus (ALUMNI SMKTPG) sedang menyampaikan ceramah






Ustaz Mohamad Zamri sedang menyampaikan ceramahnya dalam slot 3

Para peserta sebak sehingga menitiskan air mata dalam slot kendalian Ustaz Mohamad Zamri Shafik

Bekas pelajar SMKTPG yang kini di universiti turut hadir memberi sokongan.
Pelancaran Program Mentor Mentee oleh En. Nordin Saad, Pengetua SMKTPG. Liaw Hui Kim menerima surat mentor daripada En. Nordin. Secara simboliknya Pn. Wan Nor Sa'adah sebagai mentor telah menerima dua orang menteenya iaitu Liaw Hui Kim dan Nur Shazlin Powzan. Sepanjang sesi persekolahan nanti mentor akan membimbing mentee masing-masing.

Saturday, December 12, 2009

Program Kecemerlangan Pelajar Prauniversiti 2009 SMKTPG

Program ini akan diadakan bermula pada hari ini 12-13 Disember 2009 di Hotel Impian, Morib. Peserta terdiri daripada semua pelajar prauniversiti SMKTPG sesi 2009/2010 dan staff akademik prauniversiti.

Program dianjurkan oleh Jawatankuasa Tingkatan Enam dengan kerjasama Unit Kaunseling SMKTPG dan bekas pelajar (Alumni) SMKTPG yang terdiri daripada YB Dr Yunus Hairi, Prof Madya Dr. Nazip Suratman (UiTM), En Fauzi Sukimi (Pensyarah UKM), En Shahirman Sahalan (Pensyarah UiTM) dan Tn. Hj Masri Ismail (Sri Ain Constuction dan Sri Ain D Herbs, usahawan berjaya). Turut membantu kami ialah PIBG SMKTPG.

Sumbangan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini amat dihargai dan semoga sumbangan yang diberi akan berterusan.

Peperiksaan STPM 2009 Tamat

Hari terakhir para pelajar di dewan peperiksaan
Pn Hjh Munah menerima cenderahati drp wakil pelajar






Pada 10 Disember 2009 tamatlah peperiksaan STPM sementara peperiksaan SPM hanya akan tamat pada 16 Disember 2009. Kepada pelajar-pelajar STPM yang telah menamatkan peperiksaan mereka diucapkan selamat bercuti. Gunakanlah waktu cuti ini dengan sesuatu yang bermanfaaf.

Pada kira-kira jam 5.30 ptg 10 Disember lalu, sekumpulan pelajar yang membuat kajian lapangan Geografi di Sarawak dahulu telah mengadakan jamuan di PAPA Tomyam. Guru-guru turut dijemput hadir. Saya, Hjh Munah, C. Khai dan C. Awal sempat hadir pada majlis tersebut. Dalam jamuan tersebut sempatlah kami 'berborak-borak' tentang peperiksaan yang telah dilalui oleh para pelajar. Kami mendoakan semoga semua pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dan akan ke universiti tahun hadapan. Insyaalah.