Wednesday, December 14, 2011

Korea Selatan DULU dan SEKARANG (Ketahui Rahsia Kejayaannya)

1950, KOREA SELATAN ialah salah satu negara termiskin di dunia. Setaraf dengan negara-negara termiskin di Afrika dan Asia. Ekonominya hanya bergantung kepada pertanian gara-gara perang dengan Jepun dan Korea Utara.

Dalam 4 dekad, Korea Selatan cepat berubah dari negara termiskin, menjadi salah satu negara paling kaya dan tercanggih di dunia dengan nilai ekonomi Trillion dollar.




Tahun 1963, pendapatan perkapitanya cuma $100. Tahun 1995 sudah meningkat ke $10,000. 2007, $25,000.

Goldman Sachs meramalkan Korea tahun 2050 nanti akan jadi negara nombor 2 terkaya di dunia, dengan pendapatan perkapita $81,000.

Korea, juga tercatat sebagai bangsa dengan pertumbuhan ekonomi tercepat sepanjang sejarah dan inilah keadaan bandar di Korea Selatan yang berubah menjadi kota mewah ini.



Produk-produk elektronik Korea, Samsung dan LG, telah menguasai pasaran dunia.

Dari smartphone canggih, television plasma, LCD dan semikonduktor. LG sendiri sekarang adalah perindustrian pembuat panel plasma terbesar di dunia. Samsung, adalah konglomerat terbesar di dunia, yang hanya kalah oleh General Electric.

Industri pembuatan kapal Korea, Hyundai dan Samsung Heavy Industries, adalah yang terbesar di dunia dan mengalahkan Jepun pada tahun 2004.

Hyundai, juga menjadi perusahaan otomotif ke 5 terbesar di dunia.

Korea juga telah jadi negara termaju di dunia dalam hal infrastruktur teknologi.

Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea telah menikmati jaringan internet 100 Mbpps, siaran television interaktif high-definition, teknologi komunikasi 4G.


Para pemimpin Korea juga punya visi yang sangat maju dalam penyerapan dan pengembangan teknologi.

Inilah kunci dari semua bangsa-bangsa termaju.

Tahun 1959, kerajaan Korea sudah mendirikan Korean Atomic Energy Commision.

Pertengahan tahun 1960, Kementerian Sains dan Teknologi dibentuk. Lalu Korea Institute of Science and Technology yang dibentuk untuk research industri.

Dan setelah itu, proses pembelajaran sains dan teknologi dilakukan secara besar-besaran.

Para cendekiawan asing dan segala macam teknologi terbaru dari Barat diserap habis-habisan.

Seperti Jepun, R&D digalakkan, orang-orang serta badan-badan research yang unggul diberi dana yang sangat besar oleh kerajaan.

Industri-industri dengan potensi pasaran masa depan yang besar dianalisis dan dikejar habis-habisan, baik oleh kerajaannya dan swasta.

Dan bagaimana cara agar bangsa Korea punya kemampuan yang tinggi untuk menyerap sains dan teknologi ? Kuncinya adalah ….

“Pembangunan manusia-manusia unggul!”

Manusia-manusia unggul yang punya kemampuan tinggi dalam menyerap ilmu dan teknologi.

Pembangunan manusia-manusia unggul, melalui pendidikan unggul. Pendidikan terbaik di dunia.

Sejak lama, pemerintah telah berjuang supaya kanak-kanak Korea memiliki nilai matematik dan sains yang tinggi. Tidak dalam ukuran Korea sendiri, tapi dalam skala global. Jadi sistem pendidikan terbaik di dunia harus dibentuk.

Dan Korea telah berjaya. Tingkat IQ Korea secara nasional adalah yang tertinggi di dunia.

Dan kanak-kanak Korea juga memiliki ranking teratas dalam kemampuan matematik, sains, problem solving, dan membaca dalam peringkat OECD, Organisation for Economic Co-operation and Development.

Bagaimana dengan orang kita?

Jangan malu kerana anak-anak kita pun cepat mengikut rentak orang Korea. Malangnya bukan meniru remaja Korea menyerap teknologi terkini tetap apa yang kita serapkan ialah muzik K-Pop mereka.

Remaja kita begitu teruja dengan budaya K-Pop walaupun tidak faham dengan bahasa dan budaya mereka. Ini menunjukkan Korea Selatan sudah maju bukan sahaja dari segi skonomi dan sukan malah juga industri hiburan.


Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2011/12/korea-selatan-dulu-dan-sekarang.html#ixzz1gUijVvek

Thursday, December 8, 2011

Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012

PEKELILING PERKHIDMATAN 11, 13 & 14 TAHUN 2011:

PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi semua pegawai lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan yang melibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan.

SBPA bertunjangkan penyampaian perkhidmatan yang mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, maka inisiatif transformasi Perkhidmatan Awam akan dilaksana melalui SBPA yang berpaksikan kepada kepimpinan dinamik, Perkhidmatan Awam kejat, perkhidmatan yang fleksibel, modal insan berkualiti dan saraan yang kompetitif. Ia mengganti Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa sejak tahun 2002.

Transformasi Perkhidmatan Awam adalah diperlukan untuk menjayakan agenda pembangunan negara yang termaktub di bawah Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan inisiatif-inisiatif pembangunan yang lain.

Jadual Pemindahan Gaji:

Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian ialah :


STRUKTUR GAJI

Jadual Gaji Single Point:

27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.

Jadual Gaji Minimum – Maksimum:

28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Jadual Gaji Sebaris (JGS):

29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua

Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.

31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.

Ramai yang bertanya, mana Lampiran C? Lampiran C hanya diserahkan kepada Pegawai Sumber Manusia (PSM) agensi masing-masing.

Prinsip Pemindahan Gaji

  • 32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

  • 33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
  • 34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
  • 35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
  • 36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
  • 37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
  • 38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
  • 38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
  • 38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
  • 39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
  • 39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
    • 39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
    • 39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
    • 39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
    • 39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8

Pergerakan Gaji Tahunan

  • 40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

  • 41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
  • 42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
  • 43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
    • 43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
    • 43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
    • 43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)

  • 44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
  • 45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
  • 46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.

Contoh Jadual Gaji Perkhidmatan Perguruan:

Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM

  • SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 ==> SPM
  • SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) ==> SPM
  • SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) ==> => Untuk sijil politeknik bertaraf STPM
  • SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
  • SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
  • SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)

Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)

  • Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
  • Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
  • Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
  • Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)


Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.

Sumber: Berita Semasa

Muat-turun Pekeliling berkaitan (dibuka dalam .PDF - Adobe Reader)

Senarai Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 - Umum
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011 - Guru
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2011 - PDRM

Jadual Pemindahan Gaji jawatan daripada Skim SSM ke SBPA untuk rujukan semua penjawat awam;

  1. B4(a)- KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
  2. B4(b) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN DIPLOMA
  3. B4(c) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN STPM
  4. B4(d) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN SPM
  5. B4(e) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN PMR
  6. B4(f) - SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU
  7. B4(g) - SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
  8. B4(h) - SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN PENGUATKUASAAN MARITIM

Capaian daripada Agensi berkaitan:

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. MAMPU
  3. Pejabat Perdana Menteri
  4. Kementerian Kewangan
  5. Kementerian Pengangkutan
  6. Kementerian Kerja Raya
  7. Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
  8. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
  9. Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
  10. Kementerian Sumber Manusia
  11. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
  12. Kementerian Pertahanan
  13. Kementerian Luar Negeri
  14. Kementerian Belia Dan Sukan
  15. Kementerian Kesihatan Malaysia
  16. Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
  17. Kementerian Dalam Negeri
  18. Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi
  19. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
  20. Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani [2]
  21. Kementerian Pelajaran Malaysia
  22. Kementerian Pengajian Tinggi
  23. Kementerian Pelancongan
  24. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
  25. Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
  26. Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
  27. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
  28. Pejabat Perdana Menteri