Sunday, August 17, 2008

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

1. Apakah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar ?

• Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu).
• Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari).
• Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ), terlibat dalam penilaian berterusan
• Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.

• Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan pelajar secara terus dan dalam menemui pengetahuan. Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial. Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.

• Menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos.

2. Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.

• Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
• Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
• Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
• Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
• Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka.
• Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.


PEMBELAJARAN BERSIFAT INDIVIDU

1. Apakah itu Pendekatan Pembelajaran Bersifat Individu?

Pendekatan pembelajaran bersifat individu mengambil kira perbezaan antara individu.

2. Nyatakan jenis-jenis pembelajaran individu.

Pembelajaran Masteri (PM): percaya bahawa setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (master) apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mereka mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka dan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar.

Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK) : pelajar diberi tanggungjawab dan diharap dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka.

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK): pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari

Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK): usaha oleh seseorang atau individu untuk memperbaiki dirinya. Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan pembelajaran sendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. Menekankan sikap lebih daripada teknik-teknik atau mod-mod pengajaran pembelajaran yang lain yang lebih menekankan perkaitan aktiviti – aktiviti pembelajaran pelajar, guru dan interaksi mereka.

3. Terangkan bagaimana seorang guru boleh menggalakan pembelajaran individu berlaku.

PM: Unit atau program dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit pembelajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang memerlukan tempoh waktu, barangkali satu hingga dua minggu. Ujian yang menguji yang telah dipelajari perlu disediakan.

PKK: sediakan bahan pembelajaran berperingkat. Contoh: Modul, program, buku teks yang diperingkatkan aada tahap-tahap tertentu dengan penggunaan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya (Keller Plan), program penggunaan komputer yang terancang, CD interaktif.

PAK: sediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan berkenaan dengan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di suatu tempat khusus yang dikenalai sebagai Pusat Akses Kendiri. Pelajar belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Pentaksiran kendiri disediakan supaya pelajar dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka.

PTK: membimbing pelajar untuk menentukan sendiri tujuan dan isi kandungan pembelajaran; memastikan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran; mengadakan inferens, perbincangan dan berbincang mengenai kemajuan pembelajaran pelajar.

PEMBELAJARAN BERFIKRAH

1. Apakah pembelajaran berfikrah?

Pembelajaran berfikrah adalah proses P&P yang memberi penekanan untuk mewujudkan
iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks.

3. Apakah strategi guru berfikrah (a thoughtful teacher)?
Guru
• berusaha memfokus dan memfokuskan semula tugas pelajar.
• menyoal soalan-soalan yang terbuka (open ended)
• menyoal soalan-soalan lanjutan.
• menunggu maklum balas daripada pelajar.
• menerima kepelbagaian maklum balas.
• menggalakkan interaksi antara pelajar.
• tidak memberi pendapat atau “value judgement” terhadap pelajar.
• tidak akan mengulang maklum balas pelajar.
• meminta pelajar membuat refleksi tentang pemikirannya.

4. Apakah tingkah laku pelajar berfikrah?
Pelajar

• akan terikat kepada sesuatu masalah walaupun pada masalah yang lebih susah.
• akan memberi jawapan yang berlainan kepada sesuatu masalah.
• memberi sebab untuk jawapan.
• menggunakan perkataan yang spesifik dan tepat.
• mengambil masa untuk berfikir.
• mengambil bahagian dalam pembelajaran.
• akan mendengar kepada apa yang disebut oleh pelajar lain.
• memikir akan pemikirannya.
• akan menyoal dengan soalan-soalan yang kompleks mengenai tajuk tersebut.


PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI


1. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi ?

Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses p&p.

2. Nyatakan strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi ?

Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah :

• merancang dan memilih topik yang sesuai
• merancang objektif pengajaran pembelajaran
• merancang dan menyediakan bahan akses atau mempastikan bahan sedia ada boleh digunakan
• mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai
• kawal selia penggunaan media

3. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda akan menentukan keberkesanan penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran anda?

Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi, tujuan, kesesuaian, kaedah penggunaan, kualiti dan kos sesuatu alat bantu mengajar.

4. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan ICT?

Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuain untuk meningkatkan kecekapan proses p&p.

5. Terangakan maksud ICT (a) untuk pembelajaran tutorial (b) untuk pembelajaran penerokaan (c) sebagai alat aplikasi (d) sebagai alat komunikasi

(a) Tutorial: menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan (Pembelajaran Tutorial merangkumi: ekspositori, demonstrasi, latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem).
(b) Penerokaan: ICT sebagai medium
• mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom, internet, portal, maklumat dll.
• mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
• melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
(c) Alat aplikasi : apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.
(d) Alat komunikasi : apabila digunakan untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (teks, grafik, audio, video).

6. Apakah perbezaan antara soalan 1 dan 4 ?

Soalan 1 merujuk kepada semua jenis teknologi (OHP, radio, TV, dsbnya). Soalan 4 merujuk kepada teknologi yang melibatkan komputer sahaja.

PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK

1. Apakah itu pembelajaran berasaskan otak?

Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku, maka akan berlakulah proses pembelajaran.


2. Apakah prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak?

• Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa.
• Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi
• Mencari makna secara dalaman
• Mencari makna melalui pencorakan
• Emosi adalah penting dalam pencorakan
• Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak
• Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang ditumpukan.
• Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.
• Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote
• Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded) dalam spatial memory.
• Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan.
• Otak adalah unik

3. Nyatakan tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan pembelajaran berasaskan otak.

Orchestrated immersion: Mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran.
Relaxed alertness:Mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran
Active processing: Membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif

4. Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran yang berkesan. Guru perlu membantu pelajar mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka. Nyatakan elemen- elemen interaktif yang penting dalam proses ini.

• Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai.
• Pelajar perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya
• Bagi mempastikan pelajar memahami sesuatu masalah secara mendalam, mereka harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan
• Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada pihak berautoriti
• Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik
• Gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagiannya.
• Oleh kerana otak berbeza, guru perlu membenarkan pelajar belajar merancang pembelajaran mengikut persekitaran sendiri
• Penyelesaian masalah terbaik adalah ketawa.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

1. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?

Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu
laporan yang betul.

2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?

• Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
• Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
• Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
• Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
• Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
• Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
• Sesuai dengan murid dan kurikulum.
• Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?

• Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar
yang pelbagai.
• Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P.
• Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
• Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
• Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
• Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
• Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran
berasaskan projek?

• Memberi tugasan mengikut kurikulum.
• Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
• Menentukan jadual kerja.
• Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
• Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
• Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
• Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
• Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
• Penyediaan JPT dan PMM
• Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
• Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek

Pendekatan Generik

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT SKILLS)

1. Apakah yang anda tahu mengenai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi?

Teknologi yang melibatkan pengumpulan, penyimpanan dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk
(Pemangkin kepada pendidikan Bestari).

2.Nyatakan peranan TMK dalam pendidikan?

• TMK sebagai subjek.
• TMK sebagai alat bantu.
• TMK sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.
• TMK sebagai alat dalam pengurusan dan pentadbiran maktab/sekolah.

3. Nyatakan cara- cara yang sesuai digunakan dalam pengajaran-pembelajaran TMK?
• Tutorial
• Ekspolaratori
• Applikasi
• Komunikasi

4. Terangkan bagaimana kemahiran TMK boleh memberi manfaat kepada pelajar ?

• Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperoleh.
• Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
• Meningkatkan kreativiti dan imaginasi para pelajar
• Memberi peluang pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimum.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
• Meningkat kemahiran TMK.

5. Bagaimana penggunaan TMK dapat membantu guru dalam mempertingkatkan
keberkesanan pelaksanaan P&P di bilik darjah?

• Dapat menjimatkan masa p & p
• Pembelajaran tidak rigid
• Lebih fleksibel


KEMAHIRAN MENTAKSIR DAN MENILAI

1. Apakah itu kemahiran mentaksir dan menilai?

Kemahiran menggunakan
• kaedah penilaian yang menyeluruh dan holistik
• mengesan kemajuan pelajar secara fleksibel
• mengambilkira tahap kehadiran pelajar
• mengambil kira tahap kecerdasan pelajar
dalam proses penilaian.

2. Apakah kepentingan (tujuan) mentaksir dan menilai?

• Sebagai pelengkap kepada proses P&P.
• Untuk mendapatkan maklumat perkembangan, kemajuan dan pencapaian pelajar.
• Untuk membuat tindakan susulan dan pertimbangan daripada maklumat yang diperolehi.
• Untuk mendapat gambaran keseluruhan prestasi pelajar.

3. Apakah jenis-jenis penilaian yang boleh digunakan ?

• Penilaian melalui kontrak pembelajaran.
• Penilaian portfolio.
• Penilaian melalui pemerhatian (observation).
• Penilaian melalui projek.
• Penilaian kendiri
• Ujian dan peperiksaan
• Penilaian dengan menggunakan perisian (Evaluation using Courseware).


KEMAHIRAN BELAJAR

1. Apakah itu kemahiran belajar?

Kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat.

2. Nyatakan jenis-jenis kemahiran belajar untuk memperoleh maklumat

Kemahiran

• mendengar
• membaca
• mencatat nota
• menulis
• mengingat
• komunikasi
• carian (sourcing for information)
• teknikal
• memerhati
• penyelidikan

3. Nyatakan langkah-langkah dalam memproses maklumat

• Menganalisis maklumat.
• Mentaksir maklumat.
• Menilai maklumat.
• Mensintesis maklumat

4. Apakah kemahiran – kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat ?

• Kemahiran menulis.
• Kemahiran persembahan.
• Kemahiran ICT.

5. Nyatakan sumber-sumber maklumat

• Sumber berasaskan manusia.
• Bahan audiovisual.
• Sumber berasaskan komputer.
• Bahan bercetak.


KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Apakah pemikiran?

Pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea, membuat keputusan wajar dan membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

2. Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

Kemahiran berfikir secara kritis adalah keupayaan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti.

3. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menjana menghasilkan / mencipta idea baru dan mencari makna dan penyelesaian masalah secara inovatif.

4. Nyatakan jenis-jenis kemahiran berfirkir

Kritis, kreatif, membuat keputusan (pilih yang terbaik) dan menyelesaikan masalah menangani sesuatu situasi bermasalah/ berusaha untuk mencapai matlamat atau keadaan yang diingini).

5. Nyatakan jenis-jenis alat berfikir

Lembaran pengurusan grafik, soalan dan penyoalan, peta minda, Cognitive Research Trust (CoRT I: PMI-Plus, Minus, Interesting; CAF- Consider All Factors; C&S- Consequence and Sequel (what follows; as a result) -kesan mengikut jangka masa; AGO-Aims, Goals & Objectives; FIP- First Important Priorities; APC – Alternatives, Possibilities and Choices; OPV –Other People’s Views).

6. Nyatakan contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis

Membanding dan membeza, meneliti bahagian kecil dan keseluruhan, membuat sekuen, menerangkan sebab, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat.

7. Nyatakan contoh-contoh kemahiran berfikir secara kreatif

Mencipta analogi, menjana dan menghasilkan idea baru, mencipta metafora.


KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN (FASILITATOR)

1. Siapakah fasilitator?

Fasilitator merupakan guru atau kumpulan guru yang membantu pelajar mencapai hasil dan matlamat pembelajaran melalui aktiviti individu atau kumpulan

2. Apakah peranan fasilitator dalam P&P?

Fasilitator berperanan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Semasa berinteraksi, seseorang fasilitator haruslah memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi dirinya.

3. Apakah teknik-teknik fasilitator yang digunakan semasa pembelajaran yang membantu pelajar mencapai matlamat pelajaran?

• Penyoalan (Questioning)
• Percontohan (Modelling) (especially psychomotor performance)
• Penstrukturan kognitif (Cognitive structuring): memberi penerangan atau struktur sebagai panduan untuk aktiviti. Contoh: Stories have main ideas. The pieces of any story are related to this main idea)
• Memberi maklum balas (Feedback)
• Pengarahan (Instructing: example- Think about the main theme of this story)

(Cooperative development)
• Memberi perhatian (Attending: mendengar dan non-verbal communication/body language must show what we wish to show).
• Renungan (Reflecting: to improve your teaching or determine the sections that require discussion with peers).
• Memberi focus (Focusing: decide on focus for discussion with peers)
• Penentuan tema (Thematising: to determine relationship between statements or aspects discussed)
• Mencabar (Challenging: to ensure that the ideas of the teacher are coherent)
• Pendedahan (Disclosing: technique for aiding clarification)
• Penentuan matlamat (Goal-setting: helps to decide on the course of action)
• Menjejak (Trialling: purpose is to ensure course of action towards a goal be well organized and meaningful in its own right)

Ciri-ciri Pelajar

GAYA PEMBELAJARAN VAK DAN DUNN & DUNN.

1. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan gaya pembelajaran ?

Gaya pembelajaran ialah minat atau pola terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman.

2. Nyatakan dua model gaya pembelajaran?

• Model Dunn dan Dunn
• Model VAK

3. Terangkan secara ringkas model Dunn dan Dunn

` Model Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus berikut:

• Alam sekitar: Bunyi, Cahaya, Suhu, Pola (contoh: susunan kelas)
• Emosi: Motivasi, ketabahan (jangka masa belajar), tanggungjawab (dengan atau tanpa bimbingan guru), struktur (contoh: suka ikut jadual waktu).
• Sosiologi: sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan, guru, pelbagai cara.
• Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud), makan, waktu, gerakan.
• Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan), otak kiri/kanan (kanan- suka belajar secara keseluruhan, mencipta), Impulsif atau reflektif (impulsive- bertindak secara spontan, reflektif- berfikir sebelum bertindak)

4. Terangkan secara ringkas model VAK.

• Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu.
• Audio: belajar lebih baik dengan mendengar.
• Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan penglibatan secara fizikal/ hands-on.


KECERDASAN PELBAGAI

1. Apakah itu Kecerdasan Pelbagai?

Kecerdasan pelbagai adalah suatu teori oleh Howard gardner (1983) bahawa manusia ada pelbagai jenis kecerdasan.

2. Namakan dan nyatakan secara ringkas ciri-ciri setiap jenis Kecerdasan Pelbagai

• Verbal Linguistik – berkaitan dengan penggunaan + penguasaan bahasa
• Logik Matematik – berkaitan dengan pengiraan/penaakulan
• Visual-ruang - berkaitan dengan ruang + visualisasi
• Kinestetik - berkaitan dengan pergerakan badan
• Muzik - berkaitan dengan ritma dan melodi
• Interpersonal - berkaitan dengan interaksi dan hubungan dengan orang
lain
• Intrapersonal - berkaitan dengan memahami diri secara lebih dalam
dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri
sendiri.
• Naturalis - berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahan alam
semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

3. Bagaimana mengenalpasti kekuatan Kecerdasan Pelbagai seseorang pelajar?

• Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar
• Aktiviti murid semasa lapang
• Laporan prestasi murid
• Profil Kecerdasan Murid
• Soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for Adults-
MICA)


KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EIC: EMOTIONAL INTELLIGENCE COMPETENCY)

1. Apakah itu EIC?

Emosi: perasaan; Kecerdasan Emosi: kesedaran tentang emosi diri dan orang lain. Kompetensi kecerdasan emosi (EIC): Kebolehan menguruskan emosi sendiri dan orang lain untuk menghasilkan hubungan yang positif.

2. Lengkapkan pernyataan yang berikut:


EIC: menentukan cara kita menguruskan diri – Kompetensi Peribadi
Kesedaran kendiri (sedar tentang perasaan diri)
Pengurusan kendiri (kebolehan menguruskan perasaan)
Motivasi kendiri (perasaan yang mendorong kendiri)

Menentukan cara kita menguruskan hubungan dengan orang lain – Kompetensi Sosial
Kesedaran sosial – empati (memahami dan mengurus mengikut perasaan orang lain)
Kemahiran sosial (kemahiran menghasilkan respon yang diharapkan daripada orang lain)

Konsep Sekolah Bestari (Smart School Conceptual Model)

1. Apakah dia Sekolah Bestari? / What is a Smart School?
Institusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman maklumat. Maka, institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat.
An institute that prepares students for the information era. As such, the institute equips its students to be life long-learners.

2. Mengapakah penting menyediakan individu untuk belajar sepanjang hayat dalam zaman maklumat? / Why is it important to prepare an individual to be a life long-learner in the information era?
Kerana maklumat perubah dengan pesat di zaman maklumat.
Because information is changing rapidly in the information era.

3. Apakah objektif Sekolah Bestari? / What are the Objectives of a Smart School?
Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat
Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi.
Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar
Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu
Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan
Mendemokrasikan pendidikan
Achieve the aims of the National Education Philosophy
Prepare a workforce for the information era.
Produce a thinking and technology-literate workforce
Democratize education
Increase participation of stake holders
Provide all-round development of the individual (intellectual, physical, emotional and spiritual)
Provide opportunities to enhance individual strengths and abilities.

4. Bagaimanakah Sekolah bestari menyediakan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat? How can Smart Schools prepare students as life-long learners?
Dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat.
By developing generic skills that enable students to obtain, analyse, evaluate, interpret, synthesize and communicate or transmit information.

5. Namakan kemahiran-kemahiran generik yang perlu dikembangkan. / Name the generic skills that are required to be developed.
Kemahiran belajar / Learning skills; Kemahiran berfikir / Thinking skills; Kemahiran mentaksir dan menilai / Interpreting and evaluating skills; Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi / ICT skills; Guru perlu kembangkan: Kemahiran pemudahcaraan / Facilitating skills (Guru)

6. Sebagai guru bagaimanakah anda akan menentukan perkembangan kemahiran generik pelajar anda? / As a teacher how would you ensure the development of your students’ generic skills?

Dengan memahami ciri-ciri pelajar, menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
By understanding the characteristics of students, using various learning approaches and teaching and learning strategies.

7. Apakah ciri-ciri pelajar yang perlu difahami oleh guru sekolah bestari? / What are the characteristics of students that should be understood by a smart school teacher?

Ciri- ciri pelajar yang perlu difahami oleh guru ialah gaya pembelajaran pelajar (Model Dunn dan Dunn ; Model VAK), kecerdasan pelbagai pelajar dan kompetensi kecerdasan emosi pelajar.

8. Namakan pendekatan-pendekatan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar. / Name the learning approaches that are suitable to develop students’ generic skills.

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centred Learning)
Pembelajaran Bersifat Individu (Individualized Learning):
Pembelajjaran Masteri (Mastery Learning)
Pembelajaran Kadar Kendiri (Self-paced Learning)
Pembelajaran Akses Kendiri (Self-access Learning)
Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-directed Learning)
Pembelajaran Berfikrah (Thoughtful Learning)
Pembelajaran Berbantukan Teknologi (Technology aided learning)
Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based Learning)
Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)

9. Namakan strategi-strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar. / Name the teaching and learning strategies that are suitable to develop students’ generic skills.
Direktif (Directive)
Pemerhatian (Observation)
Mediatif (Mediative)
Generatif (Generative)
Koperatif dan Kolaboratif (Co-operative and Collaborative)
Konteks Luar (Outside-Context)
Metakognitif (Metacognitive)
Konteksual (Contextual)
Kajian Masa Depan (Futuristic Studies)

10. Apakah ciri-ciri pedagogi? / What are the pedagogical characteristics?
Pembelajaran melalui pengalaman-aktiviti berpusatkan pelajar
Participatif- menggalakkan penglibatan secara aktif
Kolaboratif- maklumat dikongsi secara bersama
Mengintegrasikan elemen pembelajaran bestari seperti gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai.
Berasaskan guru, rangkaian dan perisian – pendekatan, strategi, teknik yang pelbagai.
Budaya kaya ilmu
Berfikiran Kritis dan kreatif
Berpusatkan pelajar:Pembelajaran Masteri, Akses kendiri, Kadar kendiri, Terarah kendiri
Konteks global
Penggunaan kemudahan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Pelbagai kaedah dan strategi P&P digunakan seperti stesyen,bersifat individu,berfikrah, inkuiri,kontekstual dan sebagainya.

11. Apakah tunjang P&P Bestari?
Akses kendiri, Kadar kendiri, Terarah kendiri

12. Apakah ciri-ciri bahan P&P bestari?
Modul pembelajaran – membolehkan pembelajaran kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri dijalankan Interaktif
Pelbagai aras kesukaran

13. Apakah ciri-ciri kurikulum Bestari?
Pelbagai disiplin, bertema dan berkesinambungan merentasi bidang pembelajaran
Mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran, nilai, bahasa merentas
Kurikulum
Futuristik – menyediakan pelajar untuk menghadapi masa depan
Developmental – membantu pelajar mencapai perkembangan menyeluruh dan seimbang
Pelbagai dimensi ilmu, kemahiran dan bersifat global
Fleksibel – mengikut tahap dan kebolehan pelajar
Berpandukan nilai – pemupukan akhlak dan nilai murni merentas kurikulum
Berorientasi praktis dan berasaskan proses

14. Apakah ciri-ciri penilaian dan pentaksiran bestari?
Rujukan kriteria
Penilaian “on-line”
Autentik / performance-based
Fleksibel
Pentaksiran lebih berbentuk tidak formal, berterusan dan berfungsi sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran
Fokus pentaksiran ialah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkembangan pelajar untuk memudahkan tindakan susulan
Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan berdasarkan tujuan pentaksiran dan objektif matapelajaran diutamakan
Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan tahap pencapaian pelajar.
Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau elemen yang ingin dibentuk dalam diri pelajar menerusi hasrat dan kandungan kurikulum

15. Apakah perbezaan penilaian sekarang dan penilaian bestari?
Sekarang Bestari
Berfokuskan pencapaian Holistik
Berasaskan subjek Berasaskan elemen
Merujuk norma Merujuk criteria
Berpusatkan sistem Berpusatkan pelajar
Berpusat Pelbagai bentuk
Terminal Berterusan
Tertumpu Ujian Panca Instrumen
Off-line On-line

16. Apakah 4 komponen P&P Bestari yang mesti diberi perhatian?
Kurikulum, Pedagogi, Penilaian dan Bahan.

17. Apakah yang dirujuk sebagai elemen-elemen pembelajaran bestari?
Kemahiran generik, ciri-ciri pelajar, pendekatan pembelajaran dan strategi P&P.

Kumpulan KDP 4 Minggu Guru Bestari KOHORT 3 2008




Kursus Guru Bestari dari 21 Julai - 15 Ogos 2008 bertempat di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.