GAYA PEMBELAJARAN VAK DAN DUNN & DUNN.
1. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan gaya pembelajaran ?
Gaya pembelajaran ialah minat atau pola terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman.
2. Nyatakan dua model gaya pembelajaran?
• Model Dunn dan Dunn
• Model VAK
3. Terangkan secara ringkas model Dunn dan Dunn
` Model Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus berikut:
• Alam sekitar: Bunyi, Cahaya, Suhu, Pola (contoh: susunan kelas)
• Emosi: Motivasi, ketabahan (jangka masa belajar), tanggungjawab (dengan atau tanpa bimbingan guru), struktur (contoh: suka ikut jadual waktu).
• Sosiologi: sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan, guru, pelbagai cara.
• Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud), makan, waktu, gerakan.
• Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan), otak kiri/kanan (kanan- suka belajar secara keseluruhan, mencipta), Impulsif atau reflektif (impulsive- bertindak secara spontan, reflektif- berfikir sebelum bertindak)
4. Terangkan secara ringkas model VAK.
• Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu.
• Audio: belajar lebih baik dengan mendengar.
• Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan penglibatan secara fizikal/ hands-on.
KECERDASAN PELBAGAI
1. Apakah itu Kecerdasan Pelbagai?
Kecerdasan pelbagai adalah suatu teori oleh Howard gardner (1983) bahawa manusia ada pelbagai jenis kecerdasan.
2. Namakan dan nyatakan secara ringkas ciri-ciri setiap jenis Kecerdasan Pelbagai
• Verbal Linguistik – berkaitan dengan penggunaan + penguasaan bahasa
• Logik Matematik – berkaitan dengan pengiraan/penaakulan
• Visual-ruang - berkaitan dengan ruang + visualisasi
• Kinestetik - berkaitan dengan pergerakan badan
• Muzik - berkaitan dengan ritma dan melodi
• Interpersonal - berkaitan dengan interaksi dan hubungan dengan orang
lain
• Intrapersonal - berkaitan dengan memahami diri secara lebih dalam
dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri
sendiri.
• Naturalis - berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahan alam
semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.
3. Bagaimana mengenalpasti kekuatan Kecerdasan Pelbagai seseorang pelajar?
• Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar
• Aktiviti murid semasa lapang
• Laporan prestasi murid
• Profil Kecerdasan Murid
• Soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for Adults-
MICA)
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EIC: EMOTIONAL INTELLIGENCE COMPETENCY)
1. Apakah itu EIC?
Emosi: perasaan; Kecerdasan Emosi: kesedaran tentang emosi diri dan orang lain. Kompetensi kecerdasan emosi (EIC): Kebolehan menguruskan emosi sendiri dan orang lain untuk menghasilkan hubungan yang positif.
2. Lengkapkan pernyataan yang berikut:
EIC: menentukan cara kita menguruskan diri – Kompetensi Peribadi
Kesedaran kendiri (sedar tentang perasaan diri)
Pengurusan kendiri (kebolehan menguruskan perasaan)
Motivasi kendiri (perasaan yang mendorong kendiri)
Menentukan cara kita menguruskan hubungan dengan orang lain – Kompetensi Sosial
Kesedaran sosial – empati (memahami dan mengurus mengikut perasaan orang lain)
Kemahiran sosial (kemahiran menghasilkan respon yang diharapkan daripada orang lain)
No comments:
Post a Comment