Monday, November 10, 2008

Cadangan Nama Tapak Perhimpunan SMKTPG

Saya mencadangkan supaya tapak perhimpunan diberikan nama agar dapat membawa impak yang positif khususnya kepada warga pelajar. Antara nama yang mungkin boleh digunakan ialah:
i. Dataran Budi
ii. Dataran Ilmu
iii. Dataran Bestari
iv. Dataran Fikrah dan sebagainya

Pengunjung blog juga boleh mencadangkan nama yang sesuai yang boleh digunakan bagi menggantikan nama tapak perhimpunan SMKTPG. Sebagai satu tempat berkumpulnya warga SMKTPG dalam pelbagai acara maka sudah sampai masanya kita memikirkan satu nama yang wajar untuk tapak perhimpunan ini.

Sekadar melontar idea buat warga SMKTPG untuk difikirkan!

12 comments:

HAJI JUMIRAN said...

Salam,
Cikgu Ruzi,
Satu cadangan yang baik. Sediakan ruangan khas nama-nama yang dicadangkan. Pandangan akar umbi sangat dialu-alukan.

KHAIRUDIN B. ABDUL RAHMAN said...

Saya cadangkan Dataran Panglima. Ini cadangan pertama....

shelazul said...

saya sokong dgn nama Dataran Panglima..jika ingin di tambah sikit,boleh di nama Dataran Panglima Bestari...
:)

laluan2 yg sering menjadi laluan utama pelajar & guru juga blh diberi nama... :)

Mohamad Ruzi said...

Cadangan nama Dataran Panglima juga menarik menunjukkan kegagahan kita dalam menempuh hari yang mendatang. Sesuai pula dgn nama sekolah. Sama-sama kita fikirkan. Begitu juga dgn laluan utama. Kini kita ada Laluan Hjh Adillah. Sama-sama kita fikirkan.

[♥]MiSs JaRuM[♥] said...

dataran panglima bestari saya setuju cikgu...

Naim Nair said...

Salam Bai,

Mula2 sy nak cadangkan Dataran Naim ... tapi itu syok sendiri namanya, terus terang saya kata, nama yang ada dalam kepala saya even before saya buka ruangan comment ini adalah "Dataran Panglima". Takyah "Bestari" lah, terlalu 'cliche'. Nanti ada pula yang cadangkan 'Panglima Jaya' "Panglima Cemerlang" Panglima Gemilang" "Panglima Terbilang". "Panglima Juara" sudah ada iaitu moto atau laungan perang kita.Mungkin juga yang cadangkan "Panglima Peralihan". "Panglima Sakhti", "Panglima Reformasi", Atau lagi memualkan seperti " "Panglima Inovasi", "Panglima Wira Negara", "Panglima budayawan Bangsa", Panglima Suluh Budiman","Sri Panglima" maybe ada puak yang cadangkan "Panglima Iman", "Panglima Jihad", "Panglima Takwa" So.. in my small mind... I think the best is keep it simple but meaningful, and in line with everything in our school."Dataran Panglima"

Cikgu Khai... said...

Saya setuju Setiap ruang dan sudut tertentu di smktpg dinamakam supaya takde tempat yg tiada nama. Itu pot student ponteng & lepak....

Naim Nair said...

salam bai

Cam ni, semua jamban pun kena ada namalah bai
Kalau saya bagi nama jamaban tu nama saya, orang lain takleh pakai.
Kadang2 takde nama lebih baik dari ada nama

norshafiza said...

satu afundi dari saya untuk dataran panglima. :)

Cikgu Nadarajan Thambu said...

good...kita perlu ada identiti dan nama kepada sesuatu lokasi...teruskan usaha ini

Iena said...

Dataran Panglima pun best jugak..menarik dan melambangkan our identiti..Panglima tu mcm dah jadi trademark SMKTPG..:)

cikgu yassir said...

sokongan utk dataran panglima.....