Tuesday, November 25, 2008

Guru Baru SMKTPG

Cikgu Azhari







Cikgu Lee Lian
Warga SMKTP bertambah lagi dengan kehadiran 6 orang guru baru. Selamat datang diucapkan kepada Azhari Mohamed (amazhari.blogspot.com), Che Wan Rosida N.Hasan (shahjeehan.blogspot.com), N Shakirah Zawani Ja'afar (cikgushakirah.blogspot.com), Chaw Lee Lian (dear-lilian.blogspot.com), Aimi Nabihah Mohamad (cikguaimi.blogspot.com), dan Herdawati Selamat (cikguherda.blogspot.com) yang mendaftar sebagai guru SMKTPG pada 10 November 2008.
Hari ini juga mereka belajar membina blog daripada sifu blogger kita iaitu Cikgu Shila. Maknanya bertambahlah lagi blogger SMKTPG hari ini termasuk Cikgu Kowangid (kowangidtaupek.blogspot.com) dan Cikgu Nurul Hidayah (http://gbump06.blogspot.com/)
Tahniah kepada cikgu-cikgu kerana berjaya menghasilkan blog.

3 comments:

cikgu shakirah said...

terima kasih sbb sudi mengajar kami buat blog ni...mnjadikan kami blooger smktpg yang baru...

Cikgu Khai said...

Selamat Datang Kepada guru2 baru. Tahniah juga sebab berminat untuk berblogging...

Naim Nair said...

Selamat Datang kepada guru baru. Selamat menceburi bidang pendidikan
Saya nampak ramai yang bersemangat dan memberi kerjasama yang baik. Waktu cuti pun ada yang datang dan menyertai keluarga SMK TPG menjalankan tugas-tugas guru yang tidak rasmi dan bermacam-ragam. Mungkin ini pengalaman pertama. Di SMK TPG ramai guru yang berkaliber dan untuk yang mahu belajar peluang sentiasa terbuka. Sebut saja bidang apa, dan sudah tentu ada pakarnya di sekolah ini. "Everything is in your Hands". Permulaan yang baik sangat penting. Jangan sesat ikut yang tak betul. Kenali apa makna "penjawat awam". The future of our country is in the young. Kalau engkau cari dan sanggup belajar, ramai yang sanggup tunjuk ajar. Belajar tertib dengan orang lama. Nilai-nilai sopan santun belum hilang dan masih relevan dalam zaman moden ini.Ingat pesan orang tua-tua- "Kalau cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari"
ps.
Rambut 'ultraman tak boleh lah'