Tuesday, February 16, 2010

Making of AVATAR Using Advanced Motion Capture Technology





















For all who watched Avatar
Saya tertarik dengan filem ini bukan sahaja kerana jalan ceritanya yang menarik tetapi teknologi filem yang digunakan amat tinggi. James Cameron yang cuba membikin filem ini pada tahun 1999 gagal melakukannya kerana teknologi pada masa tersebut tidak mampu untuk merealisasikan hasratnya. Sebenarnya beliau mula menyiapkan skrip Avatar pada tahun 1994 dan menjangkakan akan memulakan kerja-kerja pembikinan Avatar pada 1977 selepas filem Titanic arahannya selesai menemui penonton. Kerja-kerja pembikinan filem Avatar akhirnya bermula pada tahun 2006 dengan menelan belanja kira-kira USD237 juta. Avatar yang menemui penonton sekitar pertengahan Disember 2009 telah memecahkan rekod kutipan Titanic yang juga arahan James Cameron. Kutipan Avatar dikatakan melebihi USD2 billion. Sekali lagi saya amat mengkagumi teknologi pembikinan filem ini yang jauh ke hadapan mungkin lebih 20 tahun dengan teknologi filem kita. Maklumat lanjut berhubung dengan filem ini boleh diperoleh melalui url di bawah:

No comments: