Tuesday, February 23, 2010

Kempen Derma Darah SMKTPG






En Razak menyampaikan sumbangan tajaan makan dan minum urusetia










Kempen Derma Darah anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMKTPG, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTPG, PBSM SMKTPG, Alumni SMKTPG dan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang telah diadakan pada 23 Februari 2010 di Dewan Seri Panglima, SMKTPG dari jam 10.00 pg hingga 3.00 ptg.

Seramai 77 orang penderma telah menderma darah mereka yang terdiri daripada pelajar, guru, RELA serta alumni dan tidak ketinggalan ibu bapa pelajar. Kempen yang akan diadakan sebagai acara tahunan ini telah mencapai sasaran penganjur.

Kira-kira 40 orang pelajar berasa kecewa apabila mereka gagal untuk menderma disebabkan faktor berat badan, umur dan kandungan hemoglobin darah. Namun semangat untuk menderma dalam kalangan mereka amat terpuji.

Terima kasih diucapkan kepada Sdr A. Razak Khasbollah, Penyelaras Pembangunan DUN Sijangkang Parlimen Kuala Langat kerana telah menaja minum pagi dan makan tengah hari kepada 60 orang urusetia program serta banner program.

No comments: