Wednesday, February 3, 2010

Majlis Persaraan Tn Hj Ustaz Kadis Bin Ringin


'Punc card' terakhir Ustaz Kadis
Tn Hj Kadis diiringi Pasukan Kadet Polis dan paluan kompang ke pentas.

Cikgu Raden menerima cenderamata daripada Tn. Hj Jumiran PK1 sempena perpindahan tugas beliau ke Pusat Perkembangan Kurikulum
Tn Hj Jailani menerima cenderamata daripada En Nordin, pengetua SMKTPG yang kini bertugas sebagai HEM di SMK Pulau Carey
Guru dan staf mengambil juadah pada jamuan meraikan Hj Kadis. Menu istimewa ialah kambing & ayam panggang.

1 Februari 2010 merupakan hari terakhir Tn Hj Ustaz Kadis Bin Ringin bertugas sebagai guru atau kakitangan awam. Beliau telah berkhidmat sebagai guru selama 33 tahun. Sehubungan itu, majlis persaraan telah diadakan untuk beliau oleh pihak sekolah. Antara acara yang terkandung dalam majlis ini ialah persembahan pelajar dan ucapan terakhir Tn Hj Ustaz Kadis Bin Ringin serta jamuan makan tengah hari untuk warga pendidik dan staf SMKTPG. Ustaz Kadis yang saya kenali memang seorang yang mudah mesra dan senang bergurau dengannya. Pengalaman makan angin bersama Ustaz Kadis menyebabkan saya lebih dekat dengan beliau. Bulan April nanti kami akan ke Kota Kinabalu, Sabah. Ustaz Kadis sering dijadikan sumber rujukan dalam kalangan guru sekolah terutamanya tentang hukum hakam Islam.

No comments: