Saturday, December 13, 2008

Catatan Majlis Korban







8 Disember - 9.30 pg hujan mula lebat. Di kampung saya 37 ekor lembu dikorbankan sempena Hari Raya Korban tahun ini. Saya menerima dua undangan untuk menolong melapah lembu. Satu di sebuah surau yang akan menyembelih 3 ekor lembu dan satu lagi di rumah bapa saudara seekor lembu. Saya memilih ke rumah bapa saudara. Dalam hujan lebat lembu disembelih dan kami melapah juga dalam keadaan hujan kerana tuan rumah tidak menyediakan khemah. Tapi semangat korban menjadikan kami cukup selesa melapah lembu dalam hujan lebat. Kira-kira jam 12.30 tghari semuanya selesai termasuk kerja-kerja mengagih-agihkan daging korban. Basah lencun pakaian kami.

10 Disember - 9.00 pg cuaca baik dan cerah. Ke Sekolah Kebangsaan Jenjarom, pihak sekolah & PIBG mengadakan program menyembelih 4 ekor lembu. Tahun ini bertambah kerana rasa syukur pihak sekolah atas kejayaan UPSR tempoh hari. Saya dan anak mengambil gambar video untuk dihantar ke EduwebTV, Kementerian Pelajaran. Jam 10.30 bergegas ke rumah Sdr Sarkam untuk majlis anjuran JKKK. Dua ekor lembu dikorbankan dan terus dimasak untuk Jamuan Hari Raya Korban pada malamnya di Dewan Orangramai. Jam 12.00 tghari ke dewan, lori Majlis Daerah datang menghantar meja dan kerusi untuk majlis malam nanti. Saya juga kena membuat persediaan di dewan. Dalam masa yang sama khemah juga datang untuk dipasang. Saya sempat ke SK Jenjarom menemuramah guru besar, guru-guru dan orang kampung tentang program hari ini.

3.45 ptg - ke dewan semula untuk persiapan majlis malam ini termasuk menyediakan PA System. 6.30 ptg Pa System baru sampai. Hati berderau takut tak sempat buat 'testing'. Susun meja dsb. Makanan mula datang kami susun mengikut jantina termasuk 5 meja VIP.

8.00 mlm - Sampai di dewan. Alhamdulillah ramai yang menghulur tangan membantu persiapan jamuan. Saya membuat persediaan akhir alat audio video saya dan LCD projektor. Jam 8.45 AV tak berfungsi. Saya mula berpeluh. Jam 9.00 akhirnya dapat berfungsi. Dewan semakin dipenuhi warga kampung. Malah ramai lagi yang selesa berada di luar dewan kerana Majlis Daerah telah menyediakan kerusi yang mencukupi. Ketua Balai Polis Jenjarom, Penghulu Tg 12, Ketua-ketua kampung berdekatan, setiausaha Majlis Daerah dan beberapa ketua jabatan memenuhi undangan kami. Jam 9.15 majlis bermula. Pelbagai juadah dihidangkan. Cendul paling laris. Saya sendiri tak sempat rasa.


Jam 12.30 mlm semuanya selesai dan dewan kembali seperti asal; bersih dan kerusi meja disusun semula. Walaupun hari ini hari yang memenatkan tetapi kepuasan tergambar pada wajah kami kerana kami dapat memberikan sesuatu kepada warga kampung yang kami cintai! Memang betul kata-kata keramat 'wonderpets' "Apa yang penting- kerjasama"!

4 comments:

A.M.azhari said...

kumpulan nasyid yang dibambar tu dari mana?

A.M.azhari said...

i mean yang digambar tu

Mohamad Ruzi said...

Kumpulan al-Falah dr tempat saya. La ni kurang aktif sbb dah berumahtangga kecuali penyanyi utamanya Ustaz Ali yg masih bujang. Pernah masuk TV9 tu!

david santos said...

Freat work!
Have a nice day.