Friday, October 10, 2008

Kisah Kedai Gambar di Telok Panglima Garang

Alkisah pada 7 Oktober bersamaan hari Selasa saya ke sebuah kedai gambar untuk mengambil gambar yang telah siap. Entah macam mana gambar tu baru saya ambil setelah setahun saya & famili 'menangkap gambar' sempena konvokesyen saya tahun lepas. Setelah siap semua urusan di kedai tersebut saya pun balik ke rumah dan membuka cd gambar yang dibekal. Alamak! tak boleh buka la pulak cd tu kerana kedai tu meletakkan password untuk membukanya. Gambar yang boleh dibuka cuma gambar yang resolusinya dikecilkan dan gambar akan 'pecah' kalau dibuka. Jeng jeng jeng pasti kedai gambar tu tak mau saya ke kedai gambar lain untuk 'mencuci' balik gambar tersebut. Sebenarnya saya ingin memasukkan gambar tersebut dalam web saya. 8 Oktober (Rabu) saya balik semula ke kedai gambar tersebut minta dengan bahasa yang 'lembut' supaya dibuang sahaja password dalam cd gambar saya. Taukey kedai tersebut memberi alasan cuma sistem komputer di kedainya sahaja yang boleh membuka cd tersebut. Katanya lagi dia tak boleh buat apa-apa dengan cd tersebut. Cuba nak temberang pada saya dan menguji kesabaran saya yang kebetulan puasa 6. Saya cakap elok-elok dengan taukey kedai tersebut masih tak jalan. Sampai rumah saya 'call' Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan FOMCA. Kedua-dua pegawai yang menerima panggilan saya mengesyorkan saya membuat aduan rasmi dan siasatan akan dibuat. FOMCA ada aduan secara online sementara KPDNHEP perlu gunakan telefon (nampaknya FOMCA jauh ke hadapan dan lebih BESTARI daripada KPDNHEP). Saya juga pergi ke kedai gambar lain bertanya tentang hal cd dan kedai tersebut tidak akan meletakkan password supaya pengguna/pembeli dapat membukanya. Saya mengambil keputusan untuk tidak terus membuat aduan dan cuba berbincang secara baik dengan taukey kedai tersebut. Hari ini (Khamis)kira-kira jam 2.15 ptg saya ke kedai tersebut malangnya hanya pekerjanya yang ada di kedai. Menurutnya taukey tiada di kedai apabila saya cuba berbincang secara baik sebelum saya membuat aduan kepada KPDNHEP dan FOMCA. Pada mulanya pekerja tersebut meminta saya menunggu taukey kedai sehingga jam 3.00 ptg kerana menurutnya hanya selepas jam itu baru taukey sampai ke kedainya dan taukey tersebut tidak dapat dihubungi kerana tidak membawa handphone. 'Angin' saya dah mula naik. Saya cakap saya akan buat aduan. Tup tup pembantu kedai tu cakap dia akan bercakap dengan partner kedai tu (nak temberang lagi gamaknya). Amoi tu minta saya beri cd gambar saya tu dan akan dibuat satu cd baru yang boleh diakses. Sah kedai ini menggunakan modus operandi seperti ini supaya pembeli/pengguna tidak akan 'lari' ke kedai lain. Saya berikan cd gambar saya dan akan bertemu taukey gambar esok untuk buat 'perhitungan' dengan dia!

1 comment:

Khai2020 said...

Lawan tetap lawan. Jgn kasi can.......