Wednesday, October 15, 2008

Perkongsian Pengalaman: Bonda jalani 'spinal operation' di Damansara Specialist Hospital

14 Oktober 2008
Kira-kira jam 10.30 pg bonda dimasukkan ke OT. Segala persiapan pbedahan dilakukan. Kami tak dibenarkan jumpa bonda lg. Hati kami bdebar2 tunggu bonda dibedah. Pada pjumpaan sebelumnya Dr Malek menyatakan mungkin (bdasarkan xray MRI) 5 disc bonda rosak dan 2 rosak teruk. Mungkin perlu 8 skru utk betulkan spine/disc bonda. Mlm tadi dr Malek jmpa bonda di wad menyatakan mungkin lebih drp 8 skru diperlukan. Katanya pada bonda tak tidur mlm dia memikirkn problem bonda. Mlm tu juga dr daud pakar jantung periksa bonda sbb ptgnya xray dada mcm ada kelainan pada jantung bonda. Dlm masa yg sama tekanan darahnya cecah 200. Kami pun tperanjat slalu ok. Rupanya mlmnya bonda x tidur mlm agaknya sbb memikirkan pbedahan yg akan dihadapi. Jam sebelas tekanan darah bonda kembali normal & Dr Daud sahkan jantung bonda ok & selamat utk jalani pbedahan. Jam 12.30 tgh bonda mula dibedah Dr malek ckp mkin dlm 4 - 6 jam selesai. Jam 1.05 kami bkumpul dlm bilik bonda solat zohor bjemaah, solat hajat & baca yasin 3x. Itulah yg kami mampu buat utk bonda kesayangan kami pada masa itu. Dlm jam 3.15 ptg kami mkn tgh ari. Ani, Nanon, Art & Ajip x join coz puasa. Habis mkn kami naik ke tingkat 3 ke bilik menunggu di OT. Bonda masih dibedah. Kami ke bilik solat asar bjemaah. Naik lg ke tingkat 3. Dah jam 6 ptg x habis lg bedah. Kami suspen!. Jam 6.30 Yg posa turun ke kafe tempah mkn utk buka. 6.45 nmpk bonda diusung keluar dari OT utk dibawa ke HCU. Kami x dibenarkan masuk sehingga diberitahu. Kami turun ke kafe utk ngeteh (minum ptg). Jumpa yg tgh bbuka kat kafe. kita org join sama. 7.30 nak ke bilik solat maghrib. Ani call (dia dah sampai atas rupanya) bonda sedar & tnya atok. Atok terus ke bilik HCU. Yg lain gi solat. Habis solat sya terus ke HCU. Atok & Wak Arom kat dlm blinang airmata dia org tengok bonda. Bonda kesakitan. Ni yg paling tak tahan ni. Bonda cakap "mak sakit tak tahan" dgn muka yg mgambarkan kesakitan yg amat sangat. Sya jumpa nurse ckp ttg hal bonda. Dia naikkan dose drp 2 ke 4. Bonda masih ckp sakit. Paggil lg nurse. Dtg staff nurse dia naikkan lagi dose ke 6. Lama-lama bonda ok sket. Rupanya pembedahan bonda telah dibuat utk hampir keseluruhan tulang belakang yg rosak termasuk meluruskan tulang belakang yg bengkok. 12 skru titanium dipasang kat tulang belakang bonda. Mak datok! Doktor awalnya cuma mjangka paling banyak 8 je. La ni jadi 12. Mmg kesian betul tengok bonda. Tp dah 5 tahun bonda menderita sakit akibat tulang belakangnya yg rosak menyebabkan menghimpit saraf tapak kaki & dubur bonda hingga berasa sakit sentiasa & susah utk bonda berjalan. Akhirnya kami & bonda pasrah mungkin inilah jalan terakhir utk memulihkan bonda walaupun berisiko. Kami cuba mencari Doktor yag baik utk bonda. Selama 5 tahun sebenarnya kami tak putus mengubati bonda dgn rawatan alternatif & tak menampakkan kejayaan malah bonda semakin sakit.
Doakan bonda Hajah Tapserah kembali pulih.
Sekian

2 comments:

HAJI JUMIRAN said...

Salam,
Cikgu Ruzzi,
Sabar atas ujian Ilahi. Cikgu dan saya masih ada bonda. Kita anak lelaki wajib melebihkan bonda walaupun dengan isteri atau anak-anak. Kita singgah di RAHIM bonda dari alam pertama sebelum hidup di dunia. Dinamakan Rahim sebagaimana nama ALLAH Yang Maha Esa. Doa semoga cepat pulih.

KHAIRUDIN B. ABDUL RAHMAN said...

Banyak2 bersabar. Ujian Allah turunkan tu semuanya ada hikmah di sebaliknya. Kuatkan semanagat.