Wednesday, October 22, 2008

Menangguk Diair Keruh

Malang sekali dalam keadaan mangsa yang ditempatkan di pusat penempatan banjir ada pihak tidak bertanggungjawab menangguk di air keruh dengan mengambil kesempatan mencuri barangan di rumah mereka. Sehingga berita ini ditulis seorang mangsa masih berada di Balai Polis Telok Panglima Garang kerana melaporkan kehilangan komputer dan bebarapa pasang kasut. Kejadian ini amat dikesali kerana pada saat mangsa sepatutnya diberi sokongan moral akibat musibah yang dialami ada golongan yang mengambil kesempatan terhadap mereka. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga mangsa banjir menerima dua musibah. Pihak JKKK dan RELA perlu meninjau hal ini agar tidak berlaku lagi kepada mangsa banjir yang lain. Sekali lagi kami berharap mangsa yang terlibat bersabar. Sesungguhnya musibah ini pasti ada hikmahnya.

1 comment:

Maizatuhayani said...

cian nyer,,,betul ler kata pepatah kalangan binatang tak der MANUSIA TP KAL MSIA BYK YG TAK BERAKAL MCM BINATANG..SIAPA MKN CILI DIA TERASA PEDASNYER...