Monday, December 29, 2008
Sunday, December 28, 2008
Mesyuarat Guru SMKTPG Kali Pertama Sesi 2009
Tarikh: 30 Disember 2008
Masa: 8.30 pg
Tempat: Dewan Sri Panglima, SMK Telok Panglima Garang
*Memandangkan jumlah guru seramai 156 orang maka mesyuarat kali ini akan diadakan di Dewan Sri Panglima kerana Bilik Gerakan tidak dapat menampung jumlah guru seramai ini. Jumlah guru yang ramai pasti akan menambah kekuatan dalam memacu kecemerlangan sekolah.
Sumber: Tn Hj Jumiran Bin Anchor, Penolong Kanan Kurikulum (PK1)
Wednesday, December 24, 2008
Raden Imanuddin Dapat Cahayamata Pertama
Dengan kelahiran ini Cikgu Imanuddin telah merasai apa yang digelar sebagai 'bapa'. Bagi rakan-rakan yang masih bujang dan ingin merasa apa yang Cikgu Imanuddin rasa dan guru-guru lain juga jangan tunggu lama-lama!
Friday, December 19, 2008
Demam Chikungunya
Demam chikungunya
Di laman ini kita akan membincangkan satu lagi jenis penyakit bawaan nyamuk yang kadang kala berlaku di Malaysia. Soalan-soalan di bawah ini ialah soalan yang kerap ditanya oleh sesiapa sahaja yang ingin mengetahui mengenai penyakit ini – Demam Chikungunya….Jadi manfaatkannya…
Apakah itu demam chikungunya?!
Virus Chikungunya pertama kali dijumpai di
Sejauh manakah kekerapan berlakunya penyakit ini?!
Sejurus penemuan virus ini di Afrika, epidemik berlaku di Filipina (1954, 1956 dan 1968),
Memetik laporan AFP, sebanyak 148 kematian (secara langsung dan tidak langsung) telah dilaporkan sehingga Mac lalu di La Reunion dengan satu per tiga daripada penduduknya yang berjumlah 777,000 jatuh sakit disebabkan oleh virus ini. Selain insiden yang mula dikesan penularannya sejak 1 April lalu di Bagan Panchor, Pantai Remis, Perak, negara pernah dilaporkan dua kali menghadapi penyakit ini iaitu pada tahun 1999 di Pelabuhan Klang melibatkan 27 mangsa (majoritinya pendatang asing). Kes chikungunya yang pertama sekali di
Bagaimanakah virus ini merebak?!
Penyakit chikungunya boleh dikatakan ‘bersaudara’ dengan penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah kerana dibawa oleh pembawa yang sama iaitu nyamuk aedes sama ada aegypti mahupun albopictus. Masa inkubasi virus ini ialah dua sampai empat hari, sementara manifestasinya tiga sampai sepuluh hari.
Bezanya, jika virus denggi menyerang pembuluh darah, virus chikungunya menyerang sendi dan tulang.
Nyamuk aedes lazimnya akan menggigit seseorang yang telah dijangkiti oleh virus chikungunya dan memindahkan darah berkenaan kepada seorang mangsa lain yang sihat.
Apakah tanda-tanda orang yang telah terkena jangkitan ini?!
Simptom-simptom penyakit chikungunya secara klinikalnya sangat mirip kepada demam denggi. Ia lazimnya dimulai dengan demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 39 celsius. Simptom lain termasuklah kesejukan, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.
Gejala paling biasa adalah sakit sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.Jangkitan chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.
Mujurlah, penyakit chikungunya tidak menyebabkan kematian seperti denggi berdarah. Ia dikategorikan sebagai penyakit yang boleh sembuh dengan sendirinya. Kalaupun berlaku kematian, ia adalah dalam jumlah yang kecil.
Jadi, kenapa perlu bimbang?!
Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya. Pesakit biasanya akan mengalami demam selama
Apakah seseorang itu dijangkiti virus ini beberapa kali dalam hidup?!
Tidak. Mana-mana individu yang pernah dijangkiti virus ini secara semula jadinya akan membina daya ketahanan yang bertahan lama.
Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mungkin mengalami sakit sendi yang berpanjangan dari beberapa minggu ke bulan lamanya dan berulang-ulang dalam tempoh yang agak lama, disebabkan oleh reaksi sendi dan bukannya jangkitan virus.
Adakah seseorang itu yang telah dijangkiti virus ini boleh menularkan penyakit ini kepada orang lain?!
Tidak. Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.
Adakah ia boleh dirawat?!
Seperti demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah penyakit chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi mengurangkan kesakitan).
Misalnya, pesakit diberikan ubat demam atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan banyakkan minum air dan istirehat yang cukup.
Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.
Bagaimanakah hendak mencegah virus ini dari terus menjangkiti orang lain?!
Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan penyakit chikungunya, satu satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum. Ini termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya. Antara pelbagai pilihan lain bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk termasuklah:
* Tidur menggunakan kelambu
* Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar
rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan
nyamuk aedes
* Pasang penghadang nyamuk pada tingkap
* Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga
* Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat penghawa dingin
* Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.
Sumber dipetik daripada: http://erfi46.multiply.com/journal/item/44
Saturday, December 13, 2008
Catatan Majlis Korban
3.45 ptg - ke dewan semula untuk persiapan majlis malam ini termasuk menyediakan PA System. 6.30 ptg Pa System baru sampai. Hati berderau takut tak sempat buat 'testing'. Susun meja dsb. Makanan mula datang kami susun mengikut jantina termasuk 5 meja VIP.
8.00 mlm - Sampai di dewan. Alhamdulillah ramai yang menghulur tangan membantu persiapan jamuan. Saya membuat persediaan akhir alat audio video saya dan LCD projektor. Jam 8.45 AV tak berfungsi. Saya mula berpeluh. Jam 9.00 akhirnya dapat berfungsi. Dewan semakin dipenuhi warga kampung. Malah ramai lagi yang selesa berada di luar dewan kerana Majlis Daerah telah menyediakan kerusi yang mencukupi. Ketua Balai Polis Jenjarom, Penghulu Tg 12, Ketua-ketua kampung berdekatan, setiausaha Majlis Daerah dan beberapa ketua jabatan memenuhi undangan kami. Jam 9.15 majlis bermula. Pelbagai juadah dihidangkan. Cendul paling laris. Saya sendiri tak sempat rasa.
Jam 12.30 mlm semuanya selesai dan dewan kembali seperti asal; bersih dan kerusi meja disusun semula. Walaupun hari ini hari yang memenatkan tetapi kepuasan tergambar pada wajah kami kerana kami dapat memberikan sesuatu kepada warga kampung yang kami cintai! Memang betul kata-kata keramat 'wonderpets' "Apa yang penting- kerjasama"!
Saturday, December 6, 2008
Catatan Percutian di P.Pinang III
Pagi tadi tersentak mendengar berita mengharukan iaitu kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ampang. Berita jam 1.30 tgh menyatakan 3 orang meninggal dunia, 6 masih tertimbus dan 93 orang dapat diselamatkan. Kita berharap agar semua mangsa sabar menghadapi dugaan ini. Tentu ada sesuatu yang boleh dipelajari daripada kejadian ini.
Rakan-rakan kita yang mengerjakan ibadat haji di Mekah kita doakan moga dapat mengerjakan haji dengan baik dan memperoleh haji mabrur. Insyaallah.
Catatan Percutian di P.Pinang II
10.00 mlm, 5 Dec - Makan malam & jalan-jalan kat Persiaran Gurney. Cuci mata & beli buah tangan sambil bawa video cam. Memang hobi saya rakam aktiviti guna video cam. Ambil gambar suasana kat gerai makan & yang paling menarik aksi penjual pasembor yang menyanyi & berpusing semasa menyediakan pasembor. Kat sepanjang jalan ada gak aktiviti jualan. Tengah ambil gambar ada penjual DVD yang lari. Adus! Dia orang ingat saya polis atau pihak majlis perbandaran. Saya cakap pada dia orang saya nak beli DVD, ni anak-anak saya. Dia orang siap jawab, "Ya la polis mana ada anak punya". Baru dia orang cool sikit. Pastu tengah ambil gambar 2 orang penjual barangan handy craft dari Amerika Latin tak puas hati pulak kat saya. Katanya kena minta kebenaran dulu daripadanya sebelum ambil gambar. Ewah banyak cantik muka dia orang!. Dah la jual kat kawasan larangan boleh plak nak marah kat orang. Berbalah la juga saya ngan dia. Nanti saya masukkan dalam youtube aktiviti ni.