Sunday, August 17, 2008

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

1. Apakah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar ?

• Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu).
• Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari).
• Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ), terlibat dalam penilaian berterusan
• Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.

• Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan pelajar secara terus dan dalam menemui pengetahuan. Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial. Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.

• Menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos.

2. Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.

• Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
• Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
• Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
• Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
• Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka.
• Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.


PEMBELAJARAN BERSIFAT INDIVIDU

1. Apakah itu Pendekatan Pembelajaran Bersifat Individu?

Pendekatan pembelajaran bersifat individu mengambil kira perbezaan antara individu.

2. Nyatakan jenis-jenis pembelajaran individu.

Pembelajaran Masteri (PM): percaya bahawa setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (master) apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mereka mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka dan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar.

Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK) : pelajar diberi tanggungjawab dan diharap dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka.

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK): pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari

Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK): usaha oleh seseorang atau individu untuk memperbaiki dirinya. Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan pembelajaran sendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. Menekankan sikap lebih daripada teknik-teknik atau mod-mod pengajaran pembelajaran yang lain yang lebih menekankan perkaitan aktiviti – aktiviti pembelajaran pelajar, guru dan interaksi mereka.

3. Terangkan bagaimana seorang guru boleh menggalakan pembelajaran individu berlaku.

PM: Unit atau program dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit pembelajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang memerlukan tempoh waktu, barangkali satu hingga dua minggu. Ujian yang menguji yang telah dipelajari perlu disediakan.

PKK: sediakan bahan pembelajaran berperingkat. Contoh: Modul, program, buku teks yang diperingkatkan aada tahap-tahap tertentu dengan penggunaan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya (Keller Plan), program penggunaan komputer yang terancang, CD interaktif.

PAK: sediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan berkenaan dengan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di suatu tempat khusus yang dikenalai sebagai Pusat Akses Kendiri. Pelajar belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Pentaksiran kendiri disediakan supaya pelajar dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka.

PTK: membimbing pelajar untuk menentukan sendiri tujuan dan isi kandungan pembelajaran; memastikan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran; mengadakan inferens, perbincangan dan berbincang mengenai kemajuan pembelajaran pelajar.

PEMBELAJARAN BERFIKRAH

1. Apakah pembelajaran berfikrah?

Pembelajaran berfikrah adalah proses P&P yang memberi penekanan untuk mewujudkan
iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks.

3. Apakah strategi guru berfikrah (a thoughtful teacher)?
Guru
• berusaha memfokus dan memfokuskan semula tugas pelajar.
• menyoal soalan-soalan yang terbuka (open ended)
• menyoal soalan-soalan lanjutan.
• menunggu maklum balas daripada pelajar.
• menerima kepelbagaian maklum balas.
• menggalakkan interaksi antara pelajar.
• tidak memberi pendapat atau “value judgement” terhadap pelajar.
• tidak akan mengulang maklum balas pelajar.
• meminta pelajar membuat refleksi tentang pemikirannya.

4. Apakah tingkah laku pelajar berfikrah?
Pelajar

• akan terikat kepada sesuatu masalah walaupun pada masalah yang lebih susah.
• akan memberi jawapan yang berlainan kepada sesuatu masalah.
• memberi sebab untuk jawapan.
• menggunakan perkataan yang spesifik dan tepat.
• mengambil masa untuk berfikir.
• mengambil bahagian dalam pembelajaran.
• akan mendengar kepada apa yang disebut oleh pelajar lain.
• memikir akan pemikirannya.
• akan menyoal dengan soalan-soalan yang kompleks mengenai tajuk tersebut.


PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI


1. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi ?

Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses p&p.

2. Nyatakan strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi ?

Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah :

• merancang dan memilih topik yang sesuai
• merancang objektif pengajaran pembelajaran
• merancang dan menyediakan bahan akses atau mempastikan bahan sedia ada boleh digunakan
• mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai
• kawal selia penggunaan media

3. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda akan menentukan keberkesanan penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran anda?

Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi, tujuan, kesesuaian, kaedah penggunaan, kualiti dan kos sesuatu alat bantu mengajar.

4. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan ICT?

Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuain untuk meningkatkan kecekapan proses p&p.

5. Terangakan maksud ICT (a) untuk pembelajaran tutorial (b) untuk pembelajaran penerokaan (c) sebagai alat aplikasi (d) sebagai alat komunikasi

(a) Tutorial: menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan (Pembelajaran Tutorial merangkumi: ekspositori, demonstrasi, latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem).
(b) Penerokaan: ICT sebagai medium
• mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom, internet, portal, maklumat dll.
• mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
• melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
(c) Alat aplikasi : apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.
(d) Alat komunikasi : apabila digunakan untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (teks, grafik, audio, video).

6. Apakah perbezaan antara soalan 1 dan 4 ?

Soalan 1 merujuk kepada semua jenis teknologi (OHP, radio, TV, dsbnya). Soalan 4 merujuk kepada teknologi yang melibatkan komputer sahaja.

PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK

1. Apakah itu pembelajaran berasaskan otak?

Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku, maka akan berlakulah proses pembelajaran.


2. Apakah prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak?

• Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa.
• Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi
• Mencari makna secara dalaman
• Mencari makna melalui pencorakan
• Emosi adalah penting dalam pencorakan
• Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak
• Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang ditumpukan.
• Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.
• Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote
• Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded) dalam spatial memory.
• Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan.
• Otak adalah unik

3. Nyatakan tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan pembelajaran berasaskan otak.

Orchestrated immersion: Mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran.
Relaxed alertness:Mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran
Active processing: Membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif

4. Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran yang berkesan. Guru perlu membantu pelajar mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka. Nyatakan elemen- elemen interaktif yang penting dalam proses ini.

• Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai.
• Pelajar perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya
• Bagi mempastikan pelajar memahami sesuatu masalah secara mendalam, mereka harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan
• Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada pihak berautoriti
• Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik
• Gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagiannya.
• Oleh kerana otak berbeza, guru perlu membenarkan pelajar belajar merancang pembelajaran mengikut persekitaran sendiri
• Penyelesaian masalah terbaik adalah ketawa.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

1. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?

Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu
laporan yang betul.

2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?

• Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
• Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
• Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
• Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
• Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
• Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
• Sesuai dengan murid dan kurikulum.
• Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?

• Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar
yang pelbagai.
• Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P.
• Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
• Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
• Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
• Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
• Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran
berasaskan projek?

• Memberi tugasan mengikut kurikulum.
• Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
• Menentukan jadual kerja.
• Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
• Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
• Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
• Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
• Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
• Penyediaan JPT dan PMM
• Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
• Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek

2 comments:

SuriaSeremutUngu said...

thanks a lot cikgu.Artikel ini terlalu banyak membantu sy menyiapkan kerja kursus yang nak dihantar khamis ni.tapi, nape takde artikel P&P berasaskan Bahan? Apapun, ini dah sgt baik

SuriaSeremutUngu said...

thanks a lot cikgu.Artikel ini terlalu banyak membantu sy menyiapkan kerja kursus yang nak dihantar khamis ni.tapi, nape takde artikel P&P berasaskan Bahan? Apapun, ini dah sgt baik