Saturday, December 12, 2009

Peperiksaan STPM 2009 Tamat

Hari terakhir para pelajar di dewan peperiksaan
Pn Hjh Munah menerima cenderahati drp wakil pelajar






Pada 10 Disember 2009 tamatlah peperiksaan STPM sementara peperiksaan SPM hanya akan tamat pada 16 Disember 2009. Kepada pelajar-pelajar STPM yang telah menamatkan peperiksaan mereka diucapkan selamat bercuti. Gunakanlah waktu cuti ini dengan sesuatu yang bermanfaaf.

Pada kira-kira jam 5.30 ptg 10 Disember lalu, sekumpulan pelajar yang membuat kajian lapangan Geografi di Sarawak dahulu telah mengadakan jamuan di PAPA Tomyam. Guru-guru turut dijemput hadir. Saya, Hjh Munah, C. Khai dan C. Awal sempat hadir pada majlis tersebut. Dalam jamuan tersebut sempatlah kami 'berborak-borak' tentang peperiksaan yang telah dilalui oleh para pelajar. Kami mendoakan semoga semua pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dan akan ke universiti tahun hadapan. Insyaalah.

1 comment:

Wakuba Today said...

Tahniah buat semua anak murid cikgu yang telah berjaya menempuhi STPM ini...semoga semua dapat keputusan yang cemerlang nanti...