Monday, June 1, 2009

Program Sepetang Santap Kambing Semalaya II

YB Dr Yunus bergambar bersama ahli Rangkaian Kambing Semalaya (Kambing Malaya Network)

Jeling Kambing!

Senyum kambing!


Lepak kambing!

Tengok kambing!

Jam 3.45 ptg 30 Mei 2009 bersamaan hari Sabtu kami ke Ladang Kambing Alfalah, Jln Bangau, Bt 9, Kebun Bharu. Seorang pengusaha kambing menjemput kami untuk bersama-sama dalam Program Sepetang Santap Kambing Semalaya II. Pengusaha ini juga mengelarkan diri mereka dengan Rangkaian Kambing Malaya (Kambing Malaya Network). Program ini dirasmikan oleh YB Dr Yunus Khairi, ADUN Sijangkang. Antara pengisian dalam program ini ialah pameran dan jualan keluaran berasaskan kambing termasuk susu, baja, cenderahati dan lain-lain. Selain itu forum juga diadakan dalam kalangan pengusaha/penternak, pembeli dan pengimport kambing. Saya berasa kagum kerana rata-rata pengusaha/penternak kambing terdiri daripada anak muda yang berkerjaya dan profesional. Turut hadir dalam program tersebut ialah pegawai Jabatan Haiwan daerah Kuala Langat dan negeri Selangor. Apa yang menarik ialah tetamu dihidangkan dengan kambing panggang yang menjadi kegemaran saya dan anak-anak. He he he!
Pengusaha kambing yang berkaitan boleh diakses melalui url berikut:

http://fanagri.blogspot.com/
http://kambingmalaya.blogspot.com/
http://usrahagrofarm.blogspot.com/

No comments: