Thursday, June 18, 2009

Kajian Lapangan Geografi SMKTPG di Sarawak

Di hadapan SMK BAKO

Persembahan oleh pelajar SMKTPG
Pn.Hjh Munah menyampaikan cenderamata kepada Pengetua SMK Bako




Di Kg Budaya


Kacip Fatimah yang ditemui di Taman Negara Bako







Bersama warga emas dari Australia


Menaiki bas awam dari SMK Bako ke jeti untuk ke Tmn Negara Bako

Nasi ayam penyek bernilai RM6.00
Tinggal tulang!




Kajian Lapangan Geografi SMKTPG sedang dijalankan di Sarawak dari 16 Jun hingga 20 Jun 2009. Seramai 31 orang peserta telah mengikuti kajian ini yang terdiri daripada 5 orang guru dan 26 orang pelajar Tingkatan 6 Atas SMKTPG. Sepanjang lima hari kajian dibuat para peserta menginap di Asrama SMK Bako. Antara program sepanjang 5 hari peserta di Sarawak ialah lawatan ke Muzium di Kuching pada hari pertama. Pada hari kedua kajian dimulakan dengan destinasi menarik iaitu Taman Negara Bako. Sehari suntuk peserta berada di sini. Di sebelah malam diadakan Program Jalinan Muhibah antara pihak SMK Bako dengan para peserta kajian. Pada hari ketiga para peserta meneruskan kajian geografi di Gua Angin, Bau. Seterusnya pada hari keempat kajian diteruskan di Taman Negara Matang. Sementara itu, pada hari terakhir iaitu pada hari Sabtu atas permintaan para pelajar Tingkatan 6 SMK Bako, para peserta akan mengadakan satu sesi perkongsian ilmu bersama dengan para pelajar Ting 6 SMK Bako. Pada sebelah petangnya para peserta akan dibawa ke Pasar Satok. Satu-satunya pasar di Sarawak yang amat terkenal dan masih wujud sejak zaman merdeka lagi.

2 comments:

khairul zainie said...

semasa lawatan ini saya masih berada di tingkatan 3..satu perkongsian yang menarik, saya merupakan pelajar SMK Bako Kuching Sarawak.mungkin lawatan sebegini tidak akan dapat diadakan lagi..kenangan bersama mereka semua sangat bernilai..

khairul zainie said...

semasa lawatan ini saya masih berada di tingkatan 3..satu perkongsian yang menarik, saya merupakan pelajar SMK Bako Kuching Sarawak.mungkin lawatan sebegini tidak akan dapat diadakan lagi..kenangan bersama mereka semua sangat bernilai..