Wednesday, December 29, 2010
Semakan Tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakan_sbpt1/
Monday, December 20, 2010
Asean Cyberkids Camp 2010- Edisi kemaskini
PASUKAN SMK TELOK PANGLIMA GARANG
DALAM ASEAN CYBERKIDS CAMP 2010
1.0 PENGENALAN
Asean Cyberkids Camp (ACC) merupakan kesinambungan daripada Maxis Cyberkids Camp Fasa 1 dan Maxis Cyberkids Nasional Challenge. Maxis Cyberkids Camp 1 telah diadakan pada 18 - 22 Mei 2010 di Hotel Flamingo By The Lake, Jalan Hulu Kelang. Dalam Kem Fasa 1 yang kesemuanya melibatkan 4 kem termasuk kem di Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada 56 buah sekolah terlibat. Daripada jumlah tersebut 7 buah sekolah terpilih mengikuti Maxis Cyberkids Nasional Challenge yang diadakan di Ancasa AllSuites Resort & SPA, Port Dickson pada 1-4 Oktober 2010. SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG) telah terpilih dan berjaya melalui semua kem tersebut sehingga ke peringkat Asean Cyberkids Camp yang diadakan baru-baru ini.
2.0 Maklumat Kem
2.1 Nama Kem: Asean Cyberkids Camp
2.2 Tarikh: 20 – 27 November 2010
2.3 Tempat: Cyberview Lodge Resort & SPA, Cyberjaya
2.4 Penyertaan negara Asean:
Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina, Myanmar, Cambodia, Laos, dan Vietnam.
Pasukan Jemputan: Sri Lanka dan Sekretariat Asean beribu pejabat di Indonesia.
2.5 Anjuran
Sekretariat ASEAN, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan Maxis Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.6 Perasmian Penutupan:
2.6.1 Disempurnakan oleh YB Dato' Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
2.6.2 Dalam persembahan sempena majlis penutupan ACC, Aqmal Afiq mengetuai persembahan ‘Funk the Junk’, sementara Raja Farizal dan Logivamalan terlibat dengan tarian. Nurul Syahirah pula bermain muzik. Video tersebut boleh ditonton melalui URL berikut: http://www.youtube.com/watch?v=YSoJvw9RKUw
3.0 Senarai Peserta Asean Cyberkids Camp dari SMKTPG
Guru Penasihat/Fasilitator
MOHAMAD RUZI BIN MOHAMED SHAMSUDIN (Myanmar)
Cyberkids/Junior Fasilitator
NURUL SYAHIRAH BINTI SAHARUDDIN (Filipina)
RAJA M. FARIZAL BIN RAJA M. GHAZALI (Cambodia)
AQMAL AFIQ BIN SHAMSUL BAHRI (Sri Lanka)
LOGAVIMALAN A/L S. RAJASEGAR (peserta Malaysia)
Pasukan ACC SMKTPG ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada:
4.1 Maxis Berhad kerana memberi kami peluang menyertai Kem Fasa 1, Nasional Challenge dan Asean Cyberkids Camp.
4.2 Barisan pentadbiran SMKTPG yang sentiasa memberi sokongan dari peringkat awal lagi sehingga pasukan berjaya ke peringkat Asean.
4.3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKTPG yang memberi sokongan moral dan menaja jamuan makan sempena Majlis Pelancaran Cyberkids@SMKTPG serta menaja jaket semasa ACC.
4.4 Guru Besar SK Kebun Baharu (SKKB), guru-guru dan pelajar khususnya yang terlibat dengan program Cyberkids SMKTPG sama ada program yang diadakan di SMKTPG mahupun yang diadakan di SKKB.
4.5 Masyarakat Orang Asli Kg. Sg Bunbun, Pulau Carey yang memberi tunjuk ajar tarian sewang dan menyediakan kostum tarian sewang untuk dipersembahkan semasa Nasional Challenge dan ACC.
4.6 Tn Hj Burhanudin Radzi - Pemilik Les Copaque Production (Upin & Ipin)
4.7 Guru-guru dan para pelajar SMKTPG yang membantu dan memberi sokongan moral sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kepada pasukan SMKTPG.
Sebenarnya kejayaan pasukan SMKTPG sehingga ke peringkat Asean merupakan kejayaan bersama semua pihak yang telah memberi sokongan kepada kami. Tanpa sokongan tersebut pasukan SMKTPG tidak mungkin mencapai apa yang kami capai ini.
5.0 Penutup
Asean Cyberkids Camp 2010 telah berjaya memupuk budaya semangat berpasukan, perpaduan dalam Asean serta mengaplikasikan ICT dalam kehidupan harian para pesertanya. Selain itu, melalui kem ini para peserta juga dapat bertukar-tukar pengalaman tentang kebudayaan dan bahasa negara masing-masing. Aktiviti yang dijalankan juga dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama peserta melangkaui garis sempadan negara antara mereka.
Sementara itu, aktiviti Asean challenge selama tiga bulan selepas kem berakhir yang akan dijalankan di negara masing-masing akan terus mengekalkan hubungan antara fasilitator yang terdiri daripada peserta Malaysia. Fasilitator akan terus membantu serta memantau projek dan program yang dijalankan oleh negara ‘cluster’ masing-masing.
Sesungguhnya, peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaa (KPKK), Sekretariat Asean dan Maxis Berhad serta kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menganjurkan Asean Cyberkids camp ini amat terpuji dan patut diteruskan.
Dari kiri En. Mohamad Ruzi Mohamed Shamsudin, Nurul Syahirah Bt Saharudin,
Aqmal Afiq Syamsul Bahri dan Raja M. Farizal Raja M Ghazzali
Pasukan Malaysia diwakili oleh dari kiri Chew Pan Soon SMK Tatau, Sarawak, Amer Syuib SMK Kamil, Kelanatan, Logavimalan a/l S. Chandrasegar, SMKTPG, Selangor dan Azrul b Abd Wahid,
Maktab sultan abu Bakar (Johor)
Guru-guru fasilitator Malaysia bersama guru-guru negara Asean
En. Mohamad Ruzi bersama pasukan Myanmar serta junior fasilitator iaitu Andy Bintang dari SMK Pasir Putih, sabah dan Iman Naqib Bin Khairul Anwar dari Maktab Sultan Abu Bakar, Johor.
Berdiri no 2 dari kiri Nurul Syahirah Saharudin dari SMKTPG bersama pasukan Filipina
Dari kiri Aqmal Afiq dari SMKTPG bersama pasukan Sri Lanka
Raja Farizal (empat dari kiri) bersama pasukan Cambodia
En. Mohamad Ruzi sebagai fasilitator duduk bersama pasukan Myanmar sebagai ‘cluster’ SMKTPG
Pasukan Myanmar menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Maxis Berhad, YM Raja Tan Sri Dato Seri Arshad Bin Raja Tun Uda
Pasukan Myanmar menerima hadiah kemenangan sebagai johan pertandingan sempena aktiviti ‘Techno trip’ dan 'Info Hunt'
Pasukan SMKTPG menerima sijil penghargaan daripada Pn. Salmah Ahmad, Pengurus Kanan CSR Maxis
Logavimalan, Afiq, Raja Farizal dan Nurul Syahirah(SMKTPG) bersama peserta lain sedang menari ‘Joget Malaysia’ diiringi oleh pemuzik dan penyanyi ‘Funk The Junk’ ACC.
Tarian sewang oleh pasukan SMKTPG sempena majlis alu-aluan untuk peserta negara Asean
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Y.B Dato' Joseph Salang (2 kanan) menyempurnakan penutupan Asean Cyberkids Camp 2010 di Cyberview Lodge Resort and Spa, Cyberjaya. Turut kelihatan Pengerusi SKMM Tan Sri Khalid Bin Ramli (kanan) dan YM Raja Tan Sri Dato Seri Arshad Bin Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis Bhd (2 kiri), pada 26 November 2010.
Video Majlis Penutupan Asean Cyberkids Camp 2010
Persembahan oleh peserta Asean Cyberkids Camp 2010
Nota: Capaian berkaitan Asean Cyberkids Camp boleh diperoleh melalui url di bawah:
1. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan : http://www.moi.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2332:asean-cyberkids-camp-2010-pada-26112010&catid=16:cover-flow&lang=bm
2. Portal Maxis Cyberkids: http://maxis.cyberkids.com.my/ckportal/camps/view/28
3. Portal Maxis Cyberkids SMK Telok Panglima Garang: http://maxis.cyberkids.com.my/ckportal/schools/view/166
4. The Malay Mail: http://www.mmail.com.my/content/56829-maxis-makes-major-contribution
5. www.hardwarezone.com.my http://www.hardwarezone.com.my/news/view.php?id=17732&cid=5
6. Berita Harian: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ASEANCyberkidsCamp/Article/
7. Sunday Times Online (Sri Lanka): http://www.sundaytimes.lk/events/3080-asean-cyberkids-camp
8. Harian Metro: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ACCdedahkomunikasimasadepan/Article/index_html
Friday, October 8, 2010
Maxis Cyberkids Nasional Challenge & ASEAN Camp 2010 - Edisi kemas kini
1.0 PENGENALAN
Program Maxis Cyberkids merupakan program anjuran Maxis Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah diadakan semenjak tahun 2007. Sebelum itu, Maxis telah mengadakan program Maxis Cyberlinq dan pada tahun 2007 SMK Telok Panglima Garang telah terpilih ke peringkat kebangsaan dan memperoleh tempat ketiga dengan hadiah wang tunai sebanyak RM2000.00. Tahun 2010, SMK Telok Panglima Garang telah menghantar satu proposal berkenaan dengan cadangan projek/program komuniti berasaskan ICT sekitar bulan April 2010 kepada pihak urusetia Maxis Cyberkids. Berdasarkan proposal tersebut SMKTPG telah terpilih ke Maxis Cyberkids Camp 1 di Hotel Flamingo By The Lake, Jalan Hulu Kelang pada 18 Mei 2010 - 22 Mei 2010. Selepas selesai setiap kem yang kesemuanya melibatkan 56 buah sekolah seluruh negara, setiap sekolah perlu melaksanakan tugasan bagi menyempurnakan program cyberkids. Aktiviti ini akan dinilai untuk pemilihan ke Nasional Challenge. Sebanyak 7 buah sekolah telah terpilih ke Nasional Challenge dan seterusnya ke Asean Camp. SMKTPG telah terpilih dalam kedua-dua program tersebut. Nasional Challenge telah diadakan di Ancasa AllSuites Resort & SPA, Port Dickson pada 1-4 Oktober 2010, sementara Asean Camp akan diadakan di Cyberview Lodge Resort & SPA, Cyberjaya pada 20-27 November. Dalam setiap program yang telah diadakan pasukan SMKTPG telah memenangi beberapa kategori seperti kumpulan terbaik dan persembahan terbaik.
2.0 Senarai Ahli Cyberkids SMKTPG
Penasihat
En Nordin Saad, Pengetua SMKTPG
Cyberteacher
En. Mohamad Ruzi Mohamed Shamsudin
Cyberkids
NURUL SYAHIRAH BINTI SAHARUDDIN
RAJA M. FARIZAL BIN RAJA M. GHAZALI
AQMAL AFIQ BIN SHAMSUL BAHRI
LOGAVIMALAN A/L S.RAJASEGAR
Ahli tambahan
Cyberteacher
PN. NORSHAFIZA BINTI SHAFIE
PN. NOR ELINA BINTI TUKIMAN
Cyberkids
30 ahli baru
URL Portal Maxis Cyberkids: http://maxis.cyberkids.com.my/ckportal/home
URL Portal Maxis Cyberkids SMKTPG: http://maxis.cyberkids.com.my/ckportal/schools/view/166
3.0 Camp 1 2010
Tarikh: 18 Mei 2010 - 22 Mei 2010
Tempat: Hotel Flamingo By The Lake, Jalan Hulu Kelang
Pasukan:
· SMK Tunku Abdul Rahman Putra
Kejayaan SMKTPG Semasa Kem
Pasukan Terbaik Kem 1 bersama ‘cluster’ SMKTPG iaitu Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
Tempat Kedua Pertandingan mencari harta karun bersama pasukan ‘cluster SMKTPG iaitu STF
Bergambar bersama semua peserta kem 1 dan Pengurus CSR Maxis Pn Salmah Ahmad, Pn Nurliza Samsudin, Pengurus Kem Maxis Cyberkids, Prof Madya Halinah Atan, Pengetua kem dan En Nordin Saad, Pengetua SMKTPG
|
4.0 Aktiviti Cyberkids SMKTPG Selepas Kem 1
Date | Activity |
26th June’10 , | Hari Koperasi Selangor |
6th July’10 | Pertandingan Pidato dan Kuiz PNB Selangor |
8th July’10 | Pelancaran Maxis Cyberkids@SMK Telok Panglima Garang |
8th July’10 | Bengkel Photoscape dan Photostory@SMK TPG |
10th July’10 , | Bengkel Photoscape & Photostory@SK Kebun Baru |
19 July’10 , | Cyberkids @ Les’ Copaque Production dan MSU |
21 July’10 | Cyebrkids @ Sekolah Tun Fatimah dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra |
25th July’10 | Bengkel Photoscape dan Photostory @ SMK TPG F6 |
9th - 20th August’10 , | Kempen “Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata“ anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor |
2 – 3 September’10 , | Penyampaian Sumbangan Hari Raya SMKTPG |
4.1 26 Jun 2010 - Hari Koperasi Selangor
Cyberkids bergambar bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Cyberkids menjalankan kaji selidik pendapat orang ramai tentang aplikasi telefon yang dibangunkan oleh Cyberkids SMKTPG
4.2 6 Julai 2010 - Pertandingan Pidato Perbadanan Nasional Berhad
4.3 8 Julai 2010 - Majlis Pelancaran Cyberkids SMKTPG
Pelancaran Cyberkids@School oleh En. Azman Bin Sharif, mewakil Tuan PPD Kuala Langat
i. Emel daripada Prof Madya Halinah Atan (MSU), Pengetua Maxis Cyberkids Camp 2010
Salam Cg.
Saje nak bagi tau..... rindu betul kat CKids semua bila pergi ke SMK TPG kelmarin. The spirit that your children had brought back to their friends, and actually imitated what was done in the camp was .... (i am still speechless). And to see the new CKids equally enthusiastic was even more moving. I hope they will continue with that enthusiasm for the community, with or without us.. we will support where we can.....
YOU HAVE DONE A GREAT JOB !! CONGRATULATIONS!!
ii. SMS daripada Pn. Salmah Ahmad, Pengurus CSR Maxis Berhad
Dear En Ruzi, this Salmah Maxis. I would like to say thank you from the bottom of my heart on the event today. It was well organise with small glitch but most impt the commitment show the cyberkids alumni and new members. Afiq, raja, eyra are did well, emcee, support, leader, teamwork all show in your team. It started from a good leader like you. Please tell the cyberkids tomorrow afiq, raja and eyra we are impressed with their performance today. No worries abt the technical small matter but they managed to complete it anyhow. Determination. Thank you and have a good rest.
4.4 8 Julai 2010 - Bengkel Photoscape dan Photostory
4.5 10 Julai 2010 - Bengkel Photoscape dan Photostory di SK Kebun Baharu
Cykids SMKTPG sebagai fasilitator memberi tunjuk ajar kepada 20 ahli Cyberkids Junior SK Kebun Baharu
4.6 19 Julai 2010 - Cyberkids SMKTPG Berkunjung ke Les Copaque dan MSU - 19 Julai 2010
Cykids diberi taklimat oleh Tn Hj Burhanudin Radzi
Pemilik Les Copaque (Upin & Ipin)
Cykids diberi penerangan proses memasukkan suara di bilik audio
Di Management & Science Univercity (MSU)
Bersama Prof Madya Halinah Atan di MSU
4.6 21 Julai 2010 - Cyebrkids @ SekolahTun Fatimah dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra
Di STF, Johor Bahru
Di SMK Tunku Abdul rahman Putra, Kulai, Johor
4.7 9 – 20 Ogos 2010 - Kempen “ Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata” anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Pn Haslina Hj Sainal, pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Pelajar sedang mengumpul baju Melayu dan kurung baru yang akan dihantar ke JPN Selangor
4.8 2 – 3 September 2010 - Penyampaian Sumbangan Hari Raya SMKTPG
4.9 Our Achievements
• First , a new club had been established in our school which helps the students to enhance their ICT skill
• It builds up self confidence among the cyberkids members.
• Then , we shared the knowledge that we gained during the camp with other team members
• Expand the Cyberkids Club at selected primary school in our district and also at the nearby aborigine’s school situated in Pulau Carey
• Expose young children to ICT knowledge
• Help to generate the students to think creatively
• Organise a workshop to those students who are interested and want to learn about ICT and editing pictures
• Teach the students on how to make use of photoscape and photostory
• Get involve in school activities such as during the sport day , parents’ day and etc
• Produce a generation that smart in ICT
5.0 Maxis Cyberkids Nasional Challenge 2010
Tarikh: 1-4 Oktober 2010
Tempat: Ancasa AllSuites Resort & SPA, Port Dickson
Pencapaian: 1. Persembahan Terbaik Tarian Budaya (Tarian Sewang)
2. Terpilih ke Asean Camp pada 20 – 26 November 2010 di Cyberview Lodge Resort & SPA. Semasa di ASEAN Camp kami sebagai fasilitator kepada negara lain. En. Mohamad Ruzi sebagai fasi negara Myanmar, Nurul Syahirah fasi negara Filipina, Raja Farizal Raja Ghazali fasi negara Cambodia dan Aqmal Afiq Samsul Bahri fasi negara Sri Lanka. Sementara itu, Logavimalan a/l S. Rajasegar bertuah kerana telah terpilih mewakili pasukan Malaysia yang semuanya mempunyai empat peserta dalam Asean Camp. Dengan itu, dalam Asean Camp 2010 akan ada 5 peserta dari SMKTPG termasuk seorang guru.
Menerima hadiah persembahan terbaik Malam Kebudayaan
Cyberkids Nasional Challenge 2010 bergambar bersama urusetia dan fasilitator. Pasukan ini berjaya ke Asean Camp 2010 yang akan diadakan pada 20-26 November 2010 bertempat di Cyberview Lodge Resort & SPA
Seven schools moving on to the next level - ASEAN Camp.
Camp 1
- Maktab Sultan Abu Bakar, Johor
- SMK Telok Panglima Garang, Selangor
Camp 2
- SMK Sultan Sulaiman, Terengganu
- SMK Kamil, Kelantan
Camp 3
- SMK Merotai Besar, Sabah
- SMK Kunak Jaya, Sabah
Camp 4
- SMK Tatau, Sarawak
CONGRATULATIONS!!!
* Kata-kata semangat daripada Tn Hj Mazlan Nasir, YDP PIBG SMKTPG
Mazlan Nasir October 4 at 2:16am
Salam buat semua Team Maxis Cyberkids yg berjaya membawa SMKTPG ke peringkat ASEAN Camp ! Satu kejayaan yg sangat membanggakan.
6.0 Penutup
SMKTPG telah dapat membuktikan bahawa sekolah mampu bersaing dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat ASEAN. Namun, untuk mencapai ke peringkat tersebut perancangan yang rapi dan kerjasama berpasukan (team work) antara ahli sehinggalah kerjasama semua pihak terutama pentadbir sekolah, warga sekolah, PIBG, PPD serta komuniti yang berkenaan amat penting dalam melaksanakan tugasan yang perlu dilunaskan bagi memenuhi kehendak program. Kesepaduan sokongan inilah yang menjadi tunjang pasukan SMKTPG hingga terpilih mengikuti ASEAN Camp 2010.
Peranan pihak korperat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korperat (CSR) seperti Maxis Berhad amat terpuji dan harus diikuti oleh pihak korperat yang lain dalam membantu membangunkan modal insan dalam kalangan pelajar sesuai dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Sesungguhnya, peluang yang diperoleh para pelajar semasa mengikuti Program Maxis Cyberkids telah memupuk minat dan mengembangkan kebolehan pelajar dalam ICT seterusnya menyerlahkan bakat kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan mereka selain prihatin dengan komuniti yang memerlukan bantuan.