1. Bagi mereka yang mengalami simptom H1N1 dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) (Lampiran 1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.
2. Bagi mereka yang mempunyai simptom penyakit ini (sila rujuk dlm e-emel di bawah) diminta untuk mendapatkan rawatan di klinik dengan serta merta. Mereka juga dinasihatkan untuk tidak datang bekerja dan berada di rumah sekiranya diberikan sijil sakit (MC) dan membatas pergaulan serta aktiviti dgn orang lain. Sentiasa amalkan kebersihan diri, selalu basuh tangan dan etika batuk. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.
3. Pekerja yg datang bekerja dan sedang mengalami atau baru sembuh dari penyakit seperti Selesema / Influenza haruslah memakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ semasa bekerja. Mereka ini juga dikehendaki memeriksa suhu bahan mereka setiap hari. Sekiranya suhu badan anda 380C atau lebih sila kembali mendapatkan rawatan di klinik. Sila rujuk arahan no. 2 di atas.
4. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.
5. Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.
6. Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung pada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi.
7. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.
Lampiran 1 : Orang yang berisiko tinggi mendapat komplikasi:
- Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
- Warga tua berusia 65 tahun ke atas
- Kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang
- Wanita hamil
- Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf dan gangguan metabolik seperti diabetes.
- Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubat-ubatan tertentu, pesakit kanser dan HIV)
- Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain
Tanda / Gejala
- Demam (>38C)
- Batuk teruk
- Sakit tekak
- Selsema
- Sakit-sakit badan
- Sakit kepala
- Rasa sejuk
- Cirit birit
- Muntah
Langkah Pencegahan
- Kebersihan diri
- Basuh tangan
- Pakai mask (Simple Mask / N95)
- Elak tempat sesak
- Dapatkan nasihat sebelum keluar negara
- Dapatkan vaksin
3 comments:
demam 380 C .... mcm takat lebur besi je.... 38.0 kot.... :D
perghh...cair bang mcm ni...paneh...jgn mare,la ni aku kt ptrjya br keluar hosp, tgh lepak ngan din kt mamak ni...release la...
He he he memang 38C. Bukan 380C tersilap tu. Ni sambil nengok Liverpool lwn Spurs. Tadi MU kalahkan Birm City 1-0.
Post a Comment