Thursday, July 30, 2009

PENGURUSAN PROGRAM TINGKATAN ENAM

Peserta kursus sedang khusyuk mendengar penerangan daripada Pn. Hjh Munah Selamat tentang Pengurusan Program.
Pn. Hjh Munah Selamat sedang menyampaikan ceramah

Kumpulan 3 dan Kumpulan 4 Kokurikulum Tingkatan 6 Bawah SMKTPG telah berjaya mengadakan satu aktiviti kokurikulum mereka iaitu "Pengurusan Program". Program ini diadakan pada 30 Julai 2009 jam 2.00 ptg - 4.30 ptg bertempat di Bilik Gerakan SMKTPG. Para peserta terdiri daripada semua pelajar Tingkatan 6 Bawah. Ceramah berhubung pengurusan program ini disampaikan oleh Pn Hjh Munah Selamat. Program ini sangat berguna kepada para pelajar dalam mengurus sesuatu program. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kumpulan 3 dan 4 serta guru-guru penasihat yang telah berjaya menganjurkan program ini.

3 comments:

cikgu yassir said...

HEHEH mcm penat je pn munah bersilat.

tahniah ... tingkatan 6 ( guru dan pelajar)

Mohamad Ruzi said...

Bukan sahaja Hjh Munah yang penat para pelajar juga penat sama setelah belajar sehingga jam 12.35 lepas tu sambung pula aktiviti kokurikulum. Pada hari Isnin, Selasa dan Rabu pelajar ini belajar sehingga sekitar jam 2.00 ptg dan disambung dengan aktivitu kokurikulum, penyelidikan dan kolokium. Namun para pelajar tetap bersemangat mengikuti aktiviti yang dirancang. Misalnya ada kumpulan kokurikulum yang akan mengadakan Karnival Permainan Tradisional, projek khidmat masyarakat, membina landskap, gazebo dan sebagainya. Dalam konteks penyelidikan pula mereka dibimbing dan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjalankan sesuatu penyelidikan.

cikgu yassir said...

takkan takde penat kalau nak berjaya.. mesti penat punya...!!!
teruskan usaha semua warga ting 6. tinggalkan zaman sekolah ting 5 dan berubah kepada pelajar yang lebih matang....