Hari ini saya bersama keluarga berpeluang melawat suami Pn. Rosnani (warga guru SMKTPG) yang terlantar sakit akibat masalah paru-paru sejak empat bulan yang lalu. Beliau dibenarkan 'bercuti' sehingga 28 Januari 2009 untuk pulang ke rumah setelah empat bulan di hospital. Keadaannya memang menyedihkan. Beliau menjadi kurus kering akibat penyakitnya. 'Pain killer' menjadi sebahagian keperluan hidupnya untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Sepanjang beliau di hospital, Pn Rosnanilah yang menjaganya siang dan malam kerana keadaan beliau memang perlu sentiasa diawasi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Pn Rosnani memang cekal orangnya. Saya kenali beliau semenjak saya masih seorang pelajar di SMKTPG. Walaupun tidak pernah mengajar saya, Pn Rosnani saya kenali kerana merupakan salah seorang guru yang aktif terutama dalam bidang kokurikulum. Setelah saya kembali ke SMKTPG sebagai seorang guru, saya sering menemuinya terutama apabila memerlukan bantuannya kerana beliau merupakan seorang yang rapat dengan Dato Seri Shafiee Salleh. Melaluinya, saya memohon peruntukan untuk program Kelab Guru (kebetulan saya AJK Kelab Guru sesi lepas) dan Mini Perpustakaan di Kg Org Asli, Sg Judah, P. Carey (Pertandingan berbentuk projek kemasyarakatan anjuran Maxis dan kami mendapat tempat ke-3 dengan hadiah wang berjumlah RM2k, plak dan sijil). Kesemua peruntukan sama ada berbentuk wang dan buku-buku berjumlah kira-kira RM12,000.00. Begitulah Pn Rosnani seorang yang mudah membantu. Saya doakan moga suaminya cepat sembuh dan beliau serta anak-anak sabar dan tabah menghadapi dugaan-Nya. Insyaallah.

No comments:
Post a Comment