Saturday, April 21, 2012

Tatasusila Dalam Majlis Makan Formal

Pendidikan: Tatasusila dalam majlis makan formal


Gaya laku seseorang dalam majlis makan ialah cermin keperibadian. JANNAH LEVINGE membantu anda mengetahui perkara yang perlu diberi perhatian. 


Sikap beradab semasa menghadiri majlis formal mungkin dapat membantu anda dalam meluaskan rangkaian niaga. Berikut garis panduan yang mungkin boleh diamalkan:

Meletak tas tangan
Jika tas tangan besar, letak di lantai di bahagian kiri bersebelahan kerusi anda. Sekiranya tas sederhana besarnya atau tanpa tali pemegang, letak ia di belakang anda.Jika tas tangan terlalu kecil, letak di bawah napkin di atas paha anda.

Nak guna garfu yang mana?
Jika masih ragu sudu atau garfu mana yang harus digunakan dahulu, ingatlah, ia harus digunakan dari bahagian luar ke dalam.

 Ketibaan makanan

Makanan sering dihidangkan dari kiri dan piring makan yang telah digunakan diambil dari sebelah kanan anda. Mula makan setelah semua tetamu dihidangkan juadah atau tuan rumah menjemput. Hidangan Barat yang formal selalu bermula dengan sup atau pembuka selera. Gunakan sudu sup yang terletak di sebelah kanan atau garfu salad yang terletak di kiri anda.

Menikmati sup
Hirup sup secara perlahan tanpa bunyi.Cara mengambil sup harus bermula berdekatan anda dan ke arah luar, iaitu daripada bahagian dalam ke luar. Jika sup terlalu panas usah meniupnya. Tunggu sebentar dan jamah roti dulu.Sehabis hidangan sup, letak sudu di tepi mangkuk sup yang dialas piring. Jika anda diberi pembuka selera, letak garfu di dalam mangkuk atau piringnya.

Roti dan mentega
Jika ingin makan roti, patahkan atau ambil sebahagian kecil sahaja. Anda tidak sepatutnya memotong roti dengan pisau mentega atau pisau makan.Sekiranya tiada mentega di piring roti, ambil sedikit dari mangkuk mentega dan letak di piring. Usah sekali-kali mengambil mentega dan sapukan terus ke atas sekeping roti.

Batasi roti
Anda perlu ingat roti hanya hidangan sampingan untuk mengalas perut sementara menunggu ketibaan hidangan utama.

Apabila ayam atau daging tiba
Gunakan garfu di sebelah kiri dan pisau di sebelah kanan. Ini bagi mempermudahkan anda memotongnya. Jika anda lebih selesa mengunakan garfu di sebelah kanan anda boleh melakukannya setelah memotong daging tersebut.

Beri ruang dalam mulut
Usah sekali-kali mengunyah makanan dengan mulut yang penuh kerana anda bakal tampak gelojoh dan kurang sopan. Ia juga menyukarkan untuk berbual.

Kedudukan sudu garfu ketika berbual
Jika ingin berbual sambil makan, letak pisau dan garfu di atas piring dahulu. Jangan memegang pisau sambil berbual apatah lagi mengacunya ke arah orang tersebut.Letak sudu, garfu atau pisau di atas piring umpama memangkahnya dengan huruf X.Pisau di bawah dan garfu di atas atau garfu di bawah dan sudu diatas.Ini mengikut keselesaan anda dan terletaknya alat tersebut.Jika agak sukar, cukup sekadar meletakkan seperti huruf V terbalik di atas piring makan anda.

Meja bukan untuk siku
Bila anda sedang makan jangan meletak siku di atas meja. Jangan menundukkan muka ke piring makan tetapi makanan di angkatmulut dengan mengunakan sudu atau garpu dan bukan dengan mengunakan pisau.

Selepas makan
Sudu, garfu dan pisau boleh diletak bersama di atas piring. Miringkan penghujung alat tersebut ke arah lima minitke pukul lima. Gigi garpu menghadap ke atas dan gigi pisaumenghadap garfu. Permukaan sudu menghadap ke atas.

Kedudukan napkin setelah makan
Letak napkin atau kain pengesat mulut di atas meja di sebelahkanan sesudah makan. Jika perlu ke bilik air, letak ia di atas meja di sebelah kiri bukan di atas kerusi.

Jika makanan tertumpah
Anda tidak perlu membersihkan meja. Dapatkan bantuan pelayan untuk membersihkan tumpahan tersebut. Ia juga termasuk makanan atau napkin yang terjatuh ke lantai.

Pembayaran bil
Jika ingin melunaskan bil sendirian, bincang terlebih dahulu dengan teman. Kalau dua pihak bersetuju saling berkongsi,beritahu pelayan sebelum anda membuat pilihan hidangan. Inibagi menjauhi perselisihan faham atau memalukan teman anda.

Kedudukan sudu garfu
Garfu biasanya di kiri, pisau dan sudu di kanan.
Sudu kopi atau teh juga akan diletakkan di sebelah kanan.
Alat pencuci mulut terdapat di bahagian atas menghadap piring makan.
Gelas minuman di kanan dan piring roti di kiri.
Cawan kopi atau teh bersebelahan gelas minuman.Adakala cawan kopi atau teh dibawa apabila minuman panas dihidangkan.
-------------------------------------------------------------------------------
Nota: Penulis ialah perunding dan pengatur majlis 'istimewa' yang mempunyai pengalaman mengatur acara untuk orang kenamaan dalam bidang perniagaan dan kerabat