Gaza Fishermen from Cultures of Resistance on Vimeo.
Tuesday, June 22, 2010
Sunday, June 20, 2010
Rahsia Cap Jari
Rahsia cap jari
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/06/20
Bentuk pola mampu dedahkan personaliti, potensi individu
CAP jari selama ini hanya digunakan sebagai asas pengenalan diri, sistem keselamatan sama ada untuk keperluan forensik ataupun mengenalpasti identiti penjenayah.Namun tidak ramai yang ketahui cap jari itu mampu mendedahkan rahsia sebenar diri individu termasuk personaliti dan potensi dirinya. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang. Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik - ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya.
Kebarangkalian memiliki cap jari sama pula disifatkan amat mustahil iaitu pada nisbah 1 setiap 64 juta atau hampir mustahil walaupun pada anak kembar. Ini kerana ia mula terbentuk sejak embrio berusia 13 minggu dalam kandungan ibu, lengkap pada usia 24 minggu dan terus berkembang seiring perkembangan sel otak.
Dermatoglifik pula adalah tiga pola dasar rupa bentuk cap jari iaitu arches atau lengkungan, simpulan (loops) dan lingkaran (whorls) atau gabungan ketiga-tiganya. Analisis cap jari ini menjadi antara khidmat yang disediakan syarikat perundingan, Airborne Discovery Sdn Bhd yang berpejabat di Shah Alam, Selangor.
Pengurusnya, Hanizah Ujang, berkata cap jari adalah bahagian tubuh yang bersifat kekal dan tidak pernah berubah.
“Cap jari adalah unik dan tersendiri bagi setiap individu dan mampu menggambarkan watak terperinci setiap orang. Memandangkan pertumbuhan cap jari bermula bagi embrio berusia 13 minggu dan perkembangannya pula seiring pertumbuhan otak. Pembentukan pola garis cap jari menggambarkan cara kerja dan fungsi bahagian otak,” katanya.
Namun, tegas Hanizah, tujuan dan manfaat analisis cap jari adalah untuk mengetahui potensi bakat, kecerdasan, watak dan motivasi individu dan tiada kena mengena dengan perbuatan meramal masa depan seperti menilik nasib berasaskan tapak tangan (Palmistry) dan sebagainya.
“Kaedah ini boleh dijadikan sumber rujukan berdasarkan potensi genetik untuk menentukan kejayaan masa depan, bukan untuk mengetahui masa depan. Memandangkan analisa dibuat melalui teori dan metodologi ilmiah dan proses perhitungan logik maka laporan adalah tepat berdasarkan data statistik dan biometrik.
“Masyarakat kini tidak lagi meletakkan kepentingan akademik sebagai kayu pengukur kejayaan dalam hidup secara seratus peratus, potensi bakat juga dilihat dan dinilai dalam diri seseorang kerana sebagai manusia kita dilahirkan unik. Ada kalanya kelebihan orang lain adalah kekurangan pada kita dan di situlah cabaran untuk kita memperbaiki diri,” katanya.
Bagi anak ‘auditory’ (gemar belajar dengan iringan suara, muzik dan bahasa) misalnya perlukan pendekatan berbeza berbanding anak kinestetik (menyukai pembelajaran dengan gerakan, pancaindera dan praktikal) dan visual (menyukai pembelajaran dengan gambar, grafik, foto dan tampilan). Begitu juga kedudukan mereka dalam kelas dan cara untuk berkomunikasi dengannya atau kalangan majikan, pekerja, pelajar, ibu, bapa dan individu lain.
Menurut Hanizah, teknologi analisis cap jari mula dipelopori lebih 25 tahun lalu di Amerika Syarikat (AS) terutama bahagian forensik Agensi Perisikan Pusat (CIA). Hanya selepas dua tahun kaedah ini tersebar di Singapura dan Indonesia barulah ia sampai ke sini.
Katanya, sejak mula beroperasi lebih dua tahun lalu, syarikat Airborne Discovery sudah mempunyai 5,000 pangkalan data sampel cap jari. Kaedah ini bukan saja banyak memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak sebagai panduan memilih jurusan yang sesuai berdasarkan potensi diri, mengesan gaya pembelajaran yang sesuai dan efektif malah berupaya merancang masa depan dan kerjaya yang sesuai dengan bakat.
“Kaedah analisis ini besar manfaatnya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara terutama kalangan perunding motivasi dalam membina sahsiah diri, majikan, ketua jabatan, guru-guru khidmat bimbingan dan kaunseling, penghuni pusat pemulihan akhlak serta pesalah juvana, golongan berkerjaya malah pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.”
Bagi menjaga sensitiviti pelanggan yang majoriti beragama Islam, kaedah ini mempunyai panel syariah sendiri iaitu Penasihat dakwah untuk Kerajaan Negeri Selangor, Dr Azahar Yaakob yang juga Pensyarah Pengajian Islam UTM dan diiktiraf Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
“Kami juga menitikberatkan soal keselamatan data yang tersimpan dalam pangkalan datanya. Menjadi amalan penganalisis untuk memusnahkan imej sampel cap jari mengikut tempoh yang sudah ditetapkan iaitu satu hingga tiga bulan,” katanya
8 perkara asas analisis cap jari
“Sejak kecil hingga berkahwin dan beranak pinak, satu soalan yang masih sukar untuk dijawab hingga kini ialah adakah salasilah dalam keluarga yang berkahwin dengan orang asing? Adakah saya berdarah campur?” kata Zenora Ibrahim, 35, salah seorang pelanggan Airborne Discovery Sdn Bhd.
Pelbagai soalan timbul kerana pertama mungkin rupa paras, nama selain perwatakannya yang ceria, mesra dan mudah untuk didekati.
“Hidup tanpa kepastian memang cukup menyeksakan, dan maklumat mengenai salasilah keluarga menjadi semakin sukar kerana perpisahan dan juga kematian, jadi saya hilang punca dan tiada sumber untuk merujuk hal berkaitan keturunan dan darah,” kata Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah firma swasta di ibu negara.
Mengetahui mengenai kaedah yang diperkenalkan AD selepas terlihat pameran mereka di sebuah pusat membeli belah. Selepas membuat temujanji semua persoalan semakin jelas.
“Analisis itu ternyata satu kejutan buat saya, berdasarkan rupa bentuk atau pola cap jari jenis lengkungan (arches), saya memang sah berdarah kacukan. Apapun, salasilah keturunan dan bangsa masih lagi satu misteri namun apa yang pasti arwah moyang saya adalah seorang guru taranum begitu juga ibu yang berbakat mengaji dengan baik manakala ayah yang berkebolehan bermain muzik.”
Hasil analisis itu juga menjelaskan ibu kepada tiga orang anak ini punya kecenderungan yang besar terhadap muzik. Laporan itu turut mendedahkan tabiat Zenora sewaktu menuntut yang tidak boleh belajar tanpa mendengar muzik. Ternyata Zenora jatuh dalam kategori pelajar auditory iaitu lebih menyukai pembelajaran dengan suara, muzik dan bahasa.
Laporan itu turut menggambarkan bahawa otak kanan Zenora yang mewakili kreativiti, warna, seni, visual, intuisi, idea, khayalan, muzik, bentuk dan ruang lebih dominan berbanding otak kiri, yang begitu cenderung terhadap sesuatu yang artistik.
Apa yang sebenarnya berlaku adalah, perisian khas analisis imbasan cap jari akan memproses dan menilai lapan subjek atau perkara menerusi data yang diperoleh iaitu Ujian otak kanan otak kiri; Ujian potensi kompetensi multiple intelligence; Ujian pengambilan/penempatan pekerja; Ujian gaya belajar; Ujian kepekaan belajar; ujian keperibadian; Alternatif kerjaya dan Cadangan gaya kerja.
Laporan analisis oleh penganalisis yang siap akan dicetak dan dibukukan dalam Buku Bakat. Menerusi laporan analisis ini penganalisis akan berbincang dengan pelanggan mengenai maksud, interpretasi dan cadangan-cadangan untuk dijadikan panduan dalam merancang kejayaan dan masa depan pelanggan di mana proses ini hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.
Laporan analisis ini juga membolehkan penganalisa mengesan Kecerdasan secara majmuk (multiple intelligence) supaya pelanggan lebih fokus dan terarah pada bidang tugas yang paling sesuai dengan potensi dan bakatnya.
INFO: Proses cap jari
Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiacapjari/Article/index
Friday, June 18, 2010
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011
1. http://upu.mohe.gov.my/index_hebah.php
2. http://intake.utm.my/semakan/?menu=stpm
Semakan melalui SMS: Taip UPU RESULT NOKP dan hantar ke 15888
Thursday, June 17, 2010
40,000 lepasan STPM ke IPTA17/06/2010
PUTRAJAYA 17 Jun - Seramai 40,506 daripada 61,228 pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan matrikulasi ditawarkan tempat pengajian di IPTA bagi sesi akademik 2010/2011.
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata, 56.7 peratus adalah calon sains dan selebihnya calon sastera. - Utusan
Semakan Keputusan e-Rayuan Fasa 1 Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011
Semakan hendaklah dibuat melalui Laman Web IPTA seperti berikut :-
Monday, June 14, 2010
Pengalaman Razali Awang, pemberita TV3 di Gaza
Emel yang dihantar seorang sahabat tentang Palestin dan Israel untuk dikongsi bersama.
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:
Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel
(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)
Beautiful country, iklim Mediterranean boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.
Thursday, June 10, 2010
Menara Gading Dan Kursus Pilihan Jadi Penentu
Oleh Hazlinda Hamzah
SHAH ALAM, 9 Jun (Bernama) -- Ada antara pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak pernah memohon untuk mengikuti mana-mana kursus di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Namun mereka menerima panggilan bertali arus daripada pihak IPTS sejurus selepas menerima keputusan SPM pada Mac lepas. Malahan ada antara mereka yang tidak pernah mendengar nama IPTS berkenaan sebelum ini.
Sejak itu juga kebanyakan pelajar sudahpun membuat permohonan kepada pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan Unit Pusat Universiti (UPU) mengikut citarasa masing-masing.
Manakala ada yang sudah memohon lebih awal menggunakan keputusan peperiksaan percubaan 2009.
Kebanyakan ibu bapa serta anggota keluarga yang terdekat turut terbabit dalam memberi dorongan serta bantuan untuk memohon tempat penggajian.
Antara mereka ialah S. Hadi Abdullah yang memberi dorongan kepada anak perempuan ketiganya, Atieqah, memohon tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semasa pihak UPU membuka permohonan melalui Internet selama sebulan.
Kemudian, keputusan penerimaan permohonan diumumkan pada 1 Mei 2010 dengan Atieqah yang mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM 2009, menerima dua tawaran pilihan melanjutkan pengajian ke menara gading.
MEMILIH IPTA
"Saya telah ditawarkan tempat di pusat Matrikulasi Kementerian Pelajaran di Melaka dan baru-baru ini pula menerima tawaran untuk mengikuti kursus Matrikulasi Sains di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Puncak Alam. Tak jauh dari rumah keluarga kami. Sesuai sekali. Lagipun ayah saya seorang pesara, jadi tawaran IPTA ini amat saya alu-alukan. Alhamdulilah," kata Atieqah.
Ramai di kalangan rakannya telah menerima pelbagai tawaran dan tidak dinafikan mereka yang menerima lebih daripada satu tawaran mempunyai keputusan yang baik.
Rata-rata bersetuju, ibu bapa mereka memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan mereka untuk melangkah ke menara gading.
BIDANG PILIHAN LEBIH UTAMA
Seorang kakitangan sebuah bank di Selangor pula menceritakan tentang tawaran yang diterima anak lelakinya, seorang bekas pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh berprestasi tinggi di Cyberjaya.
Abdul Shukor Zainol Abidin berkata, "Anak saya dapat tawaran ke Kanada untuk kursus kejuruteraan dan matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran. Dia menolak kedua-duanya. Anak saya mahu mengambil jurusan perubatan saja, jadi dia masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam kursus tajaan Kementerian Kesihatan dan MARA. Harap-harap dia berjaya kali ini untuk mengejar cita-citanya."
Seorang lagi pelajar perempuan masih belum dapat memutuskan ke mana beliau akan melanjutkan pelajarannya.
Menurut Adeline Baig, yang memperoleh 4A dalam SPM baru-baru ini, "saya terima tawaran melanjutkan pengajian di Utara Semananjung dalam bidang Analisis Perbankan. Itu bukan kursus yang saya mahu dan saya tidak memohon untuknya. Saya juga telah ditawarkan tempat di Tingkatan Enam dalam aliran sains. Saya telah merayu kepada UPU untuk kursus pilihan saya di Universiti Islam Antarabangsa sementara menunggu masuk ke tingkatan enam."
Rayuan untuk melanjutkan pengajian di IPTA ditutup pada 14 Mei.
BELAJAR DI IPTS
Reshnu Suri, turut memperoleh keputusan baik dalam SPM khasnya dalam mata pelajaran sains dan matematik. Ayahnya, yang mahu dikenali sebagai Suri sahaja, mempunyai wawasan untuk anak perempuannya ini.
"Saya percaya bidang pergigian, farmasi dan perubatan sajalah yang akan menjamin pekerjaan tidak kira kedudukan ekonomi tempatan mahupun global. Saya akan berusaha memastikan anak saya mengambil 'A Level' di sebuah kolej swasta. Saya tahu persaingan untuk memasuki IPTA agak sengit," kata Suri kepada Bernama.
Kos pengajian di IPTS sememangnya lebih tinggi tetapi ramai menyedari bahawa skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh membantu mereka merealisasi impian memulakan pengajian di IPTS.
Reshnu kini sudahpun memulakan pengajian di Kolej Universiti MAHSA, dalam bidang farmasi, sedangkan mereka yang mendapat tempat di IPTA memulakan pengajian pada minggu terakhir Mei atau awal Jun.
Begitu juga dengan Lee Huey Min, dengan keputusan 8A dalam SPM yang meneruskan pengajian dalam bidang perakauanan di sebuah IPTS.
"Masuk IPTS buat perakaunan, itu pilihan pertama supaya boleh buat kursus profesional dalam bidang perakaunan," kata Huey Min.
BIDANG MEDIA
Tharanee Tharan, seorang pelajar lelaki yang dikenali kerana budi pekertinya yang positif, lebih bernasib baik kerana sudahpun menerima biasiswa pelajaran untuk bidang yang diminatinya.
"Mula-mula ibu bapa saya tidak menggalakkan. Saya mahu mengambil jurusan perfileman. Kelas saya sebenarnya sudah bermula sebelum keputusan SPM dikeluarkan lagi. Sekolah beri surat sokongan. Walaupun saya kini pelajar kursus diploma dalam komunikasi, saya akan pastikan saya berupaya ke peringkat ijazah dengan pengkhususan dalam bidang filem. Itu cita-cita saya," kata Tharan, yang kini belajar di sebuah IPTS di Cyberjaya.
Apa yang nyata, melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk lepasan SPM masa kini sudah menjadi satu perkara biasa.
Rata-rata tidak mahu ketinggalan dalam mengejar ilmu. Kolej dan universiti turut merasakan ia satu kebaikan untuk bidang pendidikan yang mereka 'niaga'kan ini.
KOS DAN PINJAMAN
Kos pra universiti, termasuk kursus peringkat asasi dan diploma di IPTS tidak kurang daripada RM12,000 setahun.
Pihak PTPTN hanya menawarkan pinjaman sebanyak RM8,000 untuk penuntut yang memohon pinjaman di peringkat ini.
Ramai di kalangan ibu bapa merasakan ia sesuatu yang masih boleh diusahakan. Kos kursus kejuruteraan selama empat tahun di IPTS adalah sekitar RM50,000 ditambah setahun di peringkat asasi, jumlahnya sudah mencapai RM62,000 dan ia tidak termasuk kos penginapan, nota tambahan dan perbelanjaan makan seharian penuntut yang menghadiri kursus itu.
Program ijazah berkembar atau 'twinning' dalam bidang senibina di IPTS dengan dua tahun pengajian di New Zealand atau Australia pula memerlukan perbelajaan hampir RM65,000 untuk keseluruhan kursus.
Kursus dalam bidang psikologi di IPTS dengan dua tahun akhir pengajian di Amerika Syarikat bergantung secara langsung kepada nilai tukaran wang asing dengan kos dua tahun pertama di dalam negara menjangkau RM25,000.
Apa yang nyata, kos menimba ilmu semakin tinggi dan penuntut pula semakin menumpukan pada jurusan dan kolej pilihan mereka.
-- BERNAMA
Dipetik daripada: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=504523
Nota: Suatu persoalan; bagaimana pula kedudukan Tingkatan Enam atau Prauniversiti di sekolah-sekolah?
Ini antara jawapan yang saya terima daripada pelajar Tingkatan Enam Bawah yang baru mendaftar pada 10 Mei lepas:
i. Saya menolak tawaran ke matrikulasi dan UiTM kerana ingin meneruskan pelajaran di Tingkatan 6. Saya ingin menjadi guru.
ii. Ibu saya mendesak saya ke Tingkatan 6 sedangkan saya tidak berminat. Saya cuba dulu.
iii. Saya berada di Tingkatan 6 sementara menunggu tawaran daripada lain-lain IPTA.
iv. Saya sudah tiada pilihan lain. Keputusan saya tidak cukup baik untuk ke mana-mana IPTA dan lain-lain institusi.
Mungkin kajian yang lebih komprehensif perlu dilakukan oleh pihak berkenaan berkaitan dengan dilema Tingkatan 6 sama ada:
i. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) tingkatan 6 sesuai diadakan di sekolah atau pusat tersendiri seperti pusat matrikulasi.
ii. Pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 kondusif dengan suasana dan situasi semasa termasuk kemudahan pusat sumber sebagai tempat rujukan utama pelajar.
iii. Kemudahan multimedia dan ICT seperti LCD projector dan LCD skrin tersedia termasuk kemudahan akses internet bagi memudahkan proses P&P.
Barangkali kajian seperti ini dapat menjawab jawapan sebab pelajar belajar di Tingkatan 6.