Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

Saya dan isteri serta anak-anak Muhamad Arif, Muhamad Adib, Alesha dan Anisa mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada pengunjung blog yang mengenali kami.

Friday, September 11, 2009

Monday, September 7, 2009

Budaya 'munjung'

Kuah kacang, daging masak palembang dan sayur campur


Ayam masak merah

Sebungkus 'punjungan' yang telah siap untuk diedarkan

'Munjung' ialah istilah Jawa yang bermaksud menghantar sesuatu yang biasanya makanan kepada seseorang atau sesuatu keluarga semasa sesuatu perayaan atau majlis seperti semasa diadakan kenduri kesyukuran atau pada bulan Ramadan (Hari Raya). 'Munjung' biasanya sedekah yang diberikan kepada jiran tetangga ataupun saudara mara. Budaya ini telah kami amalkan sejak saya kecil lagi. Pada 6 September 2009 yang lalu, keluarga kami telah berkumpul untuk meneruskan budaya 'munjung' ini. Bagi ahli keluarga yang tinggal di luar Selangor mereka telah sampai pada Sabtu malam Ahad. Sementara yang tinggal di Selangor pagi-pagi Ahad masing-masing telah sampai ke rumah untuk sama-sama bergotong-royong memasak nasi impit, daging masak palembang, ayam masak merah dan kicap, kuah kacang dan sayur campur. Bermula jam 7.00 pagi kami mula menyiapkan semua persiapan untuk memasak dan seterusnya mula memasak kira-kira jam 9.00 pagi dan siap sepenuhnya kira-kira jam 1.45 ptg. Setelah berehat sebentar dan solat zohor aktiviti pembungkusan dimulakan. Tahun ini kami menghantar kira-kira 50 bungkus 'punjungan' kepada jiran tetangga dan saudara mara. Seperti rutin 13 tahun yang lalu saya akan ke 3 rumah di Sijangkang (seorang adik ayah dan dua orang besan ayah) dan Pandamaran (rumah ibu mertuaku he he he) untuk menghantar 'punjungan'. Tahun ini setiap 'punjungan' mengandungi 1/4 daging ayam, ketupat, kuah kacang, daging masak palembang dan sayur campur. Sudah menjadi tradisi juga, kami akan menerima sekurang-kurangnya 50 'punjungan' daripada jiran dan saudara mara.

Thursday, September 3, 2009

Pelantikan guru Tingkatan Enam perlu disegerakan


SEBANYAK 767 sekolah menengah kebangsaan dan swasta yang menawarkan Tingkatan Enam sepatutnya sudah melantik guru penolong kanan dan kokurikulum serta tenaga pengajar bagi memulakan proses transisi penjenamaan semula pengajian peringkat prauniversiti itu.
Klik url berikut untuk berita selanjutnya:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Pendidikan/20090827062151/Article/

Wednesday, September 2, 2009

Pembayaran Zakat Fitrah Secara 'Online'

Kini zakat fitrah boleh dibayar secara online. Ini akan memudahkan umat Islam menunaikan zakat mereka tanpa perlu menemui amil. Perbankan internet yang terlibat dengan pembayaran secara 'online ialah Maybank, CIMB, Bank Islam, Hong Leong Bank dan Public Bank. Sila klik url di bawah untuk ke bayaran zakat secara 'online':

Zakat Fitrah Secara 'Online'