Friday, July 31, 2009
Koleksi Video: Artis SMKTPG
Thursday, July 30, 2009
PENGURUSAN PROGRAM TINGKATAN ENAM
Monday, July 27, 2009
Pelajar SMKTPG Menang Pingat Emas 8th Internasional Club Open Taekwando Championship
Tarikh: 24 - 26Julai 2009
Tempat: Stadium Badminton Cheras
Kategori: 52 - 55kg
Penyertaan: 16 buah negara antaranya Korea, England, Australia Canada dll.
Perjalanan ke perlawanan akhir:
1. Pusingan Pertama menewaskan Australia
2. Suku Akhir menewaskan England
3. Separuh Akhir menewaskan Korea
4. Perlawanan Akhir menewaskan Sabah
Warga SMKTPG mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan yang diperoleh oleh Fatimah Remey.
Sunday, July 26, 2009
Penyelidikan Prauniversiti
Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan penyelidikan sebagai perbuatan menyelidik, pemeriksaan: ~ telah pun dijalankan tentang kanak-kanak; penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam
Makna Kolokium (Khusus Untuk Pelajar Prauniversiti)
Soalan : Apa perbezaan antara simposium dan kolokium?
Di sini saya ingin menerangkan secara ringkas perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut.
SIMPOSIUM
Kamus Dewan mendefinisikan simposium sebagai pertemuan antara para cendekiawan, pakar dan sebagainya untuk membincangkan sesuatu persoalan, perkara dan sebagainya.
Wikipedia menjelaskan simposium dengan panjang lebar. Sila baca di sini.
KOLOKIUM
kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan.
Manakala, menurut wikipedia mengenai kolokium atau dalam bahasa Inggerisnya Colloquium ialah :
A colloquium is an important type of academic activity. Typically, a colloquium will consist of a single lecture given by a member of the academic community about his or her work, to colleagues who work in the same or an allied field. The audience is expected to ask questions and to evaluate the work presented. Colloquia help to provide scholars with the opportunity to face and respond to criticism in the early stages of the development of new ideas.
In legal parlance, colloquium is used when the identity of a plaintiff in a defamation suit is not expressly stated, but people know who the tortfeasor was attempting to defame.
Secara keseluruhan, kelihatan seolah-olah tidak ternampak perbezaan antara kolokium dan simposium. Tetapi, Jika diteliti, Simposium lebih bersifat terbuka kepada umum, topik perbincangannya juga pelbagai serta perbincangan itu selalunya akan berakhir di situ tanpa resolusi atau ketetapan yang segera.
Manakala kolokium pula lebih bersifat tertutup. Ini bermakna, perbincangan dalam kalangan ahli akademik atau golongan cendekiawan itu memfokus kepada sesuatu topik dan tidak sewenang-wenangnya disebarkan kepada umum, tanpa memutuskan hasil perbincangan itu melalui ketetapan atau resolusi akhir.
*Sila maklumkan jika terdapat kesalahan tafsiran atau penambahan makna pada istilah ini.
Kamus Dewan edisi Empat mendefinisikan kolokium sebagai perjumpaan atau persidangan utk membincangkan perkara yg biasanya bersifat ilmiah; berkolokium menghadiri atau menyertai kolokium: kami juga ingin ~, berseminar dsb kalau ada kesempatan; mengkolokiumkan membincangkan sesuatu perkara, isu dsb dlm kolokium: utk menghimpunkan dan menerbitkan hasil kajian yg telah dikolokiumkan demi memperkaya kepustakaan Melayu.
Dalam konteks Tingkatan Enam, kolokium ialah persembahan hasil penyelidikan para pelajar dan hasil tersebut dibincangkan dalam kolokium. Semasa kolokium warga sekolah dialu-alukan untuk turut serta bagi sama-sama membincangkan hasil sesuatu penyelidikan.