Sunday, July 26, 2009
Thursday, July 23, 2009
Thursday, July 16, 2009
Pertandingan Pidato Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Prauniversiti Peringkat Daerah Kuala Langat

Johan Kategori Bahasa Melayu, Amy Nursyafiqah bergambar bersama pengetua dan pengurus peserta Pn Maizatul serta jawatankuasa pelaksana pertandingan
Hakim tekun dengan tugas mereka. Dua orang pegawai SPRM turut menjadi hakim iaitu En Zainal dan Pn Rozi
SMKTPG telah menjadi tuan rumah pertandingan ini yang diadakan pada:
Tarikh: 16 Julai 2009
Masa: 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat: Dewan Seri Panglima, SMK Telok Panglima Garang.
Selaku tuan rumah SMKTPG telah menghantar 3 orang peserta iaitu seorang peserta kategori Bahasa Malaysia dan 2 orang peserta kategori Bahasa Inggeris. Peserta SMKTPG, Amy Nursyafiqah Bt Md Noor telah menjadi johan pertandingan tersebut dalam kategori Bahasa Malaysia dan akan mewakili daerah Kuala Langat pada peringkat negeri kelak. Warga SMKTPG bangga atas kejayaan tersebut dan diucapkan tahniah kepada beliau. Terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksa pertandingan serta pihak yang membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan tersebut.
Wednesday, July 8, 2009
Kaunter Express Lembaga Zakat Selangor
Baru-baru ini Lembaga Zakat Selangor (MAIS) mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Kaunter Express bagi memudahkan dan mempercepatkan pemberian bantuan zakat secara tunai atau cek sehingga RM 3,000 bergantung kepada jenis bantuan dalam tempoh tidak melebihi 2 jam.
Pemohon bantuan mestilah mengisi borang permohonan yang boleh didapati di sini serta MEMASTIKAN setiap dokumen sokongan lengkap. Dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Buat masa ini Kaunter Express ini hanya dibuka di Ibu Pejabat LZS di Shah Alam sahaja dan waktu operasi dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Maklumat lengkap mengenai Kaunter Express boleh didapati di sini atau hubungi talian khidmat pelanggan di 03-55227777 untuk maklumat lanjut.
Monday, July 6, 2009
Sistem Terminal Tingkatan 6 Ditukar ke Sistem Modular
PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pelajaran di tingkatan enam mempunyai peluang cerah menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi (IPT).
Ini kerana, tingkatan enam ibarat prauniversiti dan dengan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), ia melayakkan mereka mengikuti program ijazah.
Walaupun STPM bagaikan satu tiket ke IPT, kebanyakan pelajar lepasan SPM kini tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam sebaliknya memilih institut pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk meneruskan pengajian.
Mana tidaknya, walaupun dikatakan prauniversiti, sistem pembelajarannya tetap dilaksanakan seperti sistem persekolahan biasa di sekolah menengah.
Selain itu, pelajar di tingkatan enam turut merungut kerana perlu belajar mata pelajaran yang membebankan dan apabila mendapat keputusan STPM, mereka tiada peluang ke IPT.
Justeru, bagi menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam, sistem terminal yang dilaksanakan kini akan di gantikan dengan sistem modular.
Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.
Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.
Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan 'open book'.
Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.
Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti.
Walaupun sistem itu hanya dilaksanakan menjelang 2011, pelbagai pihak memberi pandangan pro dan kontra.
Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya menyokong sistem modular menggantikan sistem terminal.
Beliau berkata, pembelajaran di tingkatan enam ibarat tadika sebelum masuk darjah satu dan ia perlu disesuaikan dengan suasana persekolahan supaya mereka tidak panik.
"Jika dilihat pembelajaran di tingkatan enam sekarang, ia sangat terikat sistem persekolahan biasa.
"Kita mahu pelajar tingkatan enam menuntut dalam persekitaran universiti sebenar kerana ia persediaan awal sebelum melangkah ke IPT.
"Dengan sistem modular, kita dapat membezakan pembelajaran di tingkatan enam dan sekolah menengah walaupun di kawasan yang sama," katanya.
Katanya, secara tidak langsung, sistem itu mengangkat martabat tingkatan enam dan lagi dianggap pilihan terakhir melanjutkan pelajaran.
"Kita sedia maklum, ada sesetengah pelajar melanjutkan pelajaran di tingkatan enam kerana gagal memperoleh tawaran dari IPT atau matrikulasi.
"Justeru, mereka menganggap tingkatan enam tempat terakhir menyambung pelajaran," katanya.
Beliau percaya sistem baru ini akan membuka minda pelajar tingkatan enam keluar dari kepompong pelajar sekolah dan lebih setaraf dengan rakan-rakan mereka di IPT.
"Sistem ini akan membantu pelajar untuk berfikir jauh dan tidak terikat dengan pemikiran pelajar sekolah," katanya.
Sementara itu, bekas pelajar tingkatan enam, Amelia Ahmad Kamal, 27, berkata sistem itu langkah yang bijak dan sepatutnya sudah lama dilaksanakan.
"Tanyalah sesiapa pasti mereka mengakui cara belajar di tingkat enam sangat menyusahkan.
"Untuk menghadapi STPM, kami membaca semua buku tingkatan enam bawah dan atas yang dipelajari sepanjang dua tahun.
"Jika tersilap langkah dan gagal menguasai subjek yang dipelajari sepanjang dua tahun itu, mereka akan kecundang dan tiket ke IPT lebur begitu saja," katanya.
Selain itu, dengan sistem penggal seperti mana yang dilaluinya dulu, ia membataskan kreativiti pelajar dan menjadikan mereka tidak berkembang.
"Sebagai pelajar di tingkatan enam, kita sebenarnya setaraf dengan pelajar di IPT dan sudah boleh berfikir dengan lebih meluas.
"Tetapi, dengan sistem pembelajaran itu, kita tidak punya masa untuk semua itu dan akan lebih memfokuskan kepada pelajaran," katanya.

Thursday, July 2, 2009
Pemanasan Enjin: Perlu atau Tidak?
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu
kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin
kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Rasanya memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius.
Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperoleh daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Save The Planet.
Nota: Dipetik tanpa suntingan.
Nota: Dipetik tanpa suntingan.
Saturday, June 27, 2009
Sesi Baru Kemasukan ke IPTA 2009
Sesi baru kemasukan ke IPTA 2009 bermula pada 28 Jun ini. Tahniah diucapkan kepada anak-anak warga SMKTPG khususnya dan semua pelajar yang telah ditawarkan ke IPTA sesi ini. Antara anak-anak warga SMKTPG yang berjaya ke IPTA ialah Farhatin (Uni Malaysia Terengganu), Suzaliza (UPM), Thee Meng Meng (UPM), Amirah (UUM), Nazirah (TESL, USM), Robana (Mass Com. USM), Mohan (MBBA, UKM), Nur Hidayah Abidin (Ekonomi A/Bangsa, UMS), Nur Hidayah Parmin (UNIMAS), Safiah (Geografi, UKM), Arif (P. Perniagaan, UUM), Bawani (UMT), Rukini (Uni. Malaysia Pahang), Durga (UMP), Wei Jie (UTM), Ah Boon (UTEM) , Juhaira (UMS), Nur Fatin (UNISEL), Lee Chin Kim (P. PERNIAGAAN, UUM), Ang Chung Siang. (P. Perniagaan, UPM), Arvindran (TESL, UNISEL), Fatin Farhana (ISIP)
Thursday, June 18, 2009
Kajian Lapangan Geografi SMKTPG di Sarawak

Kajian Lapangan Geografi SMKTPG sedang dijalankan di Sarawak dari 16 Jun hingga 20 Jun 2009. Seramai 31 orang peserta telah mengikuti kajian ini yang terdiri daripada 5 orang guru dan 26 orang pelajar Tingkatan 6 Atas SMKTPG. Sepanjang lima hari kajian dibuat para peserta menginap di Asrama SMK Bako. Antara program sepanjang 5 hari peserta di Sarawak ialah lawatan ke Muzium di Kuching pada hari pertama. Pada hari kedua kajian dimulakan dengan destinasi menarik iaitu Taman Negara Bako. Sehari suntuk peserta berada di sini. Di sebelah malam diadakan Program Jalinan Muhibah antara pihak SMK Bako dengan para peserta kajian. Pada hari ketiga para peserta meneruskan kajian geografi di Gua Angin, Bau. Seterusnya pada hari keempat kajian diteruskan di Taman Negara Matang. Sementara itu, pada hari terakhir iaitu pada hari Sabtu atas permintaan para pelajar Tingkatan 6 SMK Bako, para peserta akan mengadakan satu sesi perkongsian ilmu bersama dengan para pelajar Ting 6 SMK Bako. Pada sebelah petangnya para peserta akan dibawa ke Pasar Satok. Satu-satunya pasar di Sarawak yang amat terkenal dan masih wujud sejak zaman merdeka lagi.
Saturday, June 13, 2009
Sesi Baru Kemasukan ke IPTA/IPTS 2009
Kira-kira jam 9.00 mlm 12 Jun 2009 keluar dari Restoran Pizza Hut di JJ Bukit Tinggi , saya disapa seorang pelajar Tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 2 2008. Beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana pada hujung bulan ini akan mengikuti Program TESL di USM. Setelah mengucapkan tahniah dan berbual sekejap saya beredar bersama anak-anak untuk menonton filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak'. Sebagai seorang guru, hati kecil saya puas sekali apabila mendapat berita anak didik kita berjaya ke 'U'.
Sesi baru kemasukan ke IPTA/IPTS 2009 akan bermula akhir bulan ini. Saya mengucapkan tahniah kepada adik-adik/anak-anak pelajar khususnya dari SMKTPG yang mendapat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS sesi ini. Untuk mereka yang akan masuk 'U' sesi ini anggaplah ini sebagai titik mula kejayaan anda. Kehidupan sebagai mahasiswa di 'U' akan menjadikan anda lebih dewasa dan akan banyak yang dipelajari dalam hidup ini. Yang penting kejayaan tidak datang 'bergolek'!

Untuk adik-adik/anak-anak yang gagal mendapat tempat di 'U' pada sesi ini jangan berputus asa. Kegagalan hari ini bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Masih anda ingat penerima anugerah Maulidur Rasul tahun ini iaitu Profesor Dr Sidek Baba yang hanya memperoleh gred 3 dalam SPM dan mengambil STPM sebanyak 7 kali sehingga akhirnya kini menjadi Profesor Pendidikan di UIAM. Yang ingin kita ambil pengajarannya ialah beliau berjaya dalam pendidikan dan kerjaya setelah mengambil STPM sebanyak 7 kali. Semangat seperti ini yang boleh kita contohi. Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Maklumat berhubung Prof Dr Sidek Baba boleh diakses melalui url berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sidek_Baba#Tokoh_Maulidur_Rasul
Wednesday, June 10, 2009
EduwebTV Berkunjung ke Rumah Kami

Hari ini pihak EduwebTV iaitu laman web TV rasmi Kementerian Pelajaran telah berkunjung ke rumah kami kira-kira jam 10.30 pg. Tujuan kunjungan mereka adalah untuk menyampaikan hadiah kemenangan pertandingan video bertemakan "Sumbangan Saya dan Sekolah kepada Masyarakat Semasa Cuti Persekolahan". Alhamdulillah Arif telah menjadi johan pertandingan tersebut. Selain itu, sesi temuramah juga diadakan dengan Arif dan saya yang akan dimuatkan dalam EduwebTv.
Liputan dalam EduwebTV dapat dicapai melalui url berikut: http://www.eduwebtv.com

Subscribe to:
Comments (Atom)