Thursday, August 27, 2009

Link Al-Quran Dengan Pelbagai Terjemahan Termasuk Bahasa Melayu

Khusus untuk warga Muslim, link di bawah akan membawa anda ke laman al-Quran 30 juzuk termasuk bacaan daripada beberapa qari serta terjemahannya.

Laman al-Quran

Monday, August 17, 2009

Lagi Tentang Hobi

Adib cuba bermesra dengan seekor burung kakak tua yang memang mesra

Dua ekor burung kakak tua yang masing-masing berharga lebih daripada RM2k
Ayam Belanda
Telur di dalam inkubator. Kelihatan sebiji telur angsa mula terbuka dan anak angsa sedang cuba untuk keluar daripada cengkerangnya



Burung kuang


Salah satu pokok buah longan yang lebat buahnya

Petang Ahad (16.08.09) lepas saya bersama keluarga berkunjung ke rumah seorang rakan, Hj Basuki Yusuf yang hobinya memelihara burung. Beliau memelihara burung kakak tua, kuang, angsa, ayam belanda, ayam kampung, kucing dan pelbagai jenis burung lain. Agak mahal juga harga haiwan peliharaannya. Misalnya burung kakak tua yang berharga lebih daripada RM2k. Malah kebanyakan makanan burung yang dipeliharanya diimport dari USA. Berkunjung ke rumahnya seolah-olah saya ke zoo mini yang terletak di kawasan belakang rumahnya. Anak-anak teruja dengan haiwan peliharaannya. Kami juga 'dijamu' dengan buah longan yang diambil terus dari pokok.

Sunday, August 16, 2009

Tentang Hobi















Saya ingin berkongsi pengalaman seorang rakan, Ramlan yang pada masa lapangnya membela arnab selain pergi memancing ikan sama ada bersama rakan mahupun pergi seorang diri.. Ramlan seorang pemandu teksi LCCT. Punya pendapatan yang mencukupi untuk menyara keluarganya seramai 7 orang. Hobinya membela arnab sejak zaman bujangnya dan diteruskan sehingga berumahtangga. Bermakna Ramlan sudah berpengalaman membela arnab walaupun cuma sebagai hobi sahaja. Yang menariknya setelah berumahtangga beliau tidak terus membela arnab kerana lebih menumpukan kepada kerjanya selain memancing ikan sekali sekala. Kira-kira setahun lepas, Ramlan mula membela dua ekor arnab dan dengan cepatnya membiak sehingga puluhan ekor dan ditambah dengan pelbagai jenis arnab. Menurut Ramlan, arnab sangat mudah membiak dan katanya lagi tidak hairanlah jenama 'playboy' berlambangkan arnab. Logik juga tanggapan Ramlan ni!
Apabila kedai menjual haiwan tahu Ramlan membela arnab maka pekedai tersebut mula membeli arnabnya dengan jumlah sekurang-kurangnya 50 ekor sebulan. Selain pekedai tersebut orang perseorangan serta penternak arnab juga mula membeli arnab daripadanya. Setelah Ramlan mempunyai pelanggan tetap, beliau mengambil keputusan menyewakan teksinya kepada orang lain. Duit sewa teksi dapat duit berniaga arnab pun dapat. Ini bermakna kini Ramlan sudah memperoleh pendapatan daripada dua sumber.
Cerita terbaru daripada Ramlan ialah beliau ditawarkan membekalkan arnab untuk 'pet shop' di Giant, Shah Alam. Mungkin satu hari nanti sekiranya anda membeli arnab di 'pet shop' tersebut atau 'pet shop' lain mungkin anda membeli arnab saudara Ramlan!
Anda berminta menjadi penternak arnab atau ingin membela arnab sebagai haiwan peliharaan sila hubungi saudara Ramlan.

Thursday, August 13, 2009

Berikut ialah arahan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengawal penyakit H1N1

1. Bagi mereka yang mengalami simptom H1N1 dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) (Lampiran 1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

2. Bagi mereka yang mempunyai simptom penyakit ini (sila rujuk dlm e-emel di bawah) diminta untuk mendapatkan rawatan di klinik dengan serta merta. Mereka juga dinasihatkan untuk tidak datang bekerja dan berada di rumah sekiranya diberikan sijil sakit (MC) dan membatas pergaulan serta aktiviti dgn orang lain. Sentiasa amalkan kebersihan diri, selalu basuh tangan dan etika batuk. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.

3. Pekerja yg datang bekerja dan sedang mengalami atau baru sembuh dari penyakit seperti Selesema / Influenza haruslah memakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ semasa bekerja. Mereka ini juga dikehendaki memeriksa suhu bahan mereka setiap hari. Sekiranya suhu badan anda 380C atau lebih sila kembali mendapatkan rawatan di klinik. Sila rujuk arahan no. 2 di atas.

4. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.

5. Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.

6. Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung pada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi.

7. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.


Lampiran 1 : Orang yang berisiko tinggi mendapat komplikasi:

  • Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
  • Warga tua berusia 65 tahun ke atas
  • Kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang
  • Wanita hamil
  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf dan gangguan metabolik seperti diabetes.
  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubat-ubatan tertentu, pesakit kanser dan HIV)
  • Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain
* Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)

Tanda / Gejala
  • Demam (>38C)
  • Batuk teruk
  • Sakit tekak
  • Selsema
  • Sakit-sakit badan
  • Sakit kepala
  • Rasa sejuk
  • Cirit birit
  • Muntah

Langkah Pencegahan
  • Kebersihan diri
  • Basuh tangan
  • Pakai mask (Simple Mask / N95)
  • Elak tempat sesak
  • Dapatkan nasihat sebelum keluar negara
  • Dapatkan vaksin

Karnival Permainan Tradisional










Kumpulan 2 Kokurikulum Tingkatan 6 Bawah telah menganjurkan Karnival Permainan Tradisional pada hari ini 13 Ogos 2009 bertempat di Dewan Seri Panglima bermula dari jam 2.00 ptg hingga 4.30 petang. Antara permainan tradisional yang dipertandingkan ialah permainan batu seremban, dam, congkak dan gusti lengan. Tahniah kepada ahli kumpulan 2 serta guru penasihat yang terdiri daripada Pn. Wan Nor Sa'adah, Pn. Noor Aidar, En. Nasir dan Pn. Maizatul.