Sunday, August 16, 2009

Tentang Hobi















Saya ingin berkongsi pengalaman seorang rakan, Ramlan yang pada masa lapangnya membela arnab selain pergi memancing ikan sama ada bersama rakan mahupun pergi seorang diri.. Ramlan seorang pemandu teksi LCCT. Punya pendapatan yang mencukupi untuk menyara keluarganya seramai 7 orang. Hobinya membela arnab sejak zaman bujangnya dan diteruskan sehingga berumahtangga. Bermakna Ramlan sudah berpengalaman membela arnab walaupun cuma sebagai hobi sahaja. Yang menariknya setelah berumahtangga beliau tidak terus membela arnab kerana lebih menumpukan kepada kerjanya selain memancing ikan sekali sekala. Kira-kira setahun lepas, Ramlan mula membela dua ekor arnab dan dengan cepatnya membiak sehingga puluhan ekor dan ditambah dengan pelbagai jenis arnab. Menurut Ramlan, arnab sangat mudah membiak dan katanya lagi tidak hairanlah jenama 'playboy' berlambangkan arnab. Logik juga tanggapan Ramlan ni!
Apabila kedai menjual haiwan tahu Ramlan membela arnab maka pekedai tersebut mula membeli arnabnya dengan jumlah sekurang-kurangnya 50 ekor sebulan. Selain pekedai tersebut orang perseorangan serta penternak arnab juga mula membeli arnab daripadanya. Setelah Ramlan mempunyai pelanggan tetap, beliau mengambil keputusan menyewakan teksinya kepada orang lain. Duit sewa teksi dapat duit berniaga arnab pun dapat. Ini bermakna kini Ramlan sudah memperoleh pendapatan daripada dua sumber.
Cerita terbaru daripada Ramlan ialah beliau ditawarkan membekalkan arnab untuk 'pet shop' di Giant, Shah Alam. Mungkin satu hari nanti sekiranya anda membeli arnab di 'pet shop' tersebut atau 'pet shop' lain mungkin anda membeli arnab saudara Ramlan!
Anda berminta menjadi penternak arnab atau ingin membela arnab sebagai haiwan peliharaan sila hubungi saudara Ramlan.

No comments: