Sunday, November 2, 2008
Keputusan PTK Ogos telah keluar!
Keputusan PTK bagi bulan Ogos 2008 boleh diperoleh melalui dua cara iaitu melalui sms dan 'online'. Sekiranya ingin menyemak keputusan PTK, anda klik sahaja url ini: http://www.mpm.edu.my/ptk/
Melalui SMS : Untuk semak: taip PTK <No.KP Baru> dan
hantar ke 39003
Tahniah kepada warga SMKTPG khususnya dan seluruh warga pendidikan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam PTK bulan Ogos 2008.
Melalui SMS : Untuk semak: taip PTK
hantar ke 39003
Tahniah kepada warga SMKTPG khususnya dan seluruh warga pendidikan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam PTK bulan Ogos 2008.
Pertandingan Videografi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
Satu pertandingan videografi akan diadakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sempena cuti sekolah ini untuk kategori sekolah rendah dan menengah. Maklumat lanjut berhubung pertandingan ini boleh diakses melalui url berikut: http://www.eduwebtv.com. /pertandingan/. Borang penyertaan pula boleh diakses diurl ini: http://www.eduwebtv.com/pertandingan/form.php
Pelajar yang berminat tentang pertandingan ini boleh hubungi saya bagi berkongsi pengalaman menghasilkan video. Saya percaya warga pelajar SMKTPG mampu memperoleh sesuatu dalam pertandingan ini.
Pelajar yang berminat tentang pertandingan ini boleh hubungi saya bagi berkongsi pengalaman menghasilkan video. Saya percaya warga pelajar SMKTPG mampu memperoleh sesuatu dalam pertandingan ini.
Thursday, October 30, 2008
Rashidin 5S1 Kemalangan Jalan Raya

Jam 5.30 ptg saya sampai di Wad 5A, Hospital TAR melawat Rashidin pelajar 5S1 yang kemalangan jalan raya pada 27 Okt. 2008 (Isnin). Cikgu Raden & rakan Rashidin mengelilinginya. Saya bersalam dengannya. Alhamdulillah Rashidin telah sedar kerana pagi tadi saya mendapat maklumat beliau masih di wad ICU. Sayu melihat Rashidin dalam keadaan begitu. Rashidin cedera pada kaki kanannya sehingga terputus urat utama pada peha yang menyalurkan darah ke kakinya. Pembedahan dilakukan bagi merawat kakinya termasuk berusaha menyambung semula urat tersebut. Rashidin yang saya kenali seorang pelajar yang baik dan peramah terpaksa melalui ujian sebegini berat dalam masa peperiksaannya bermula 11 November nanti. Beliau kerap membantu saya terutamanya semasa saya ditugaskan mengambil gambar video dan digital pada majlis yang diadakan di sekolah.
Ibu dan bapanya yang saya temui menahan sebak semasa bercerita tentang doktor menyatakan Rashidin sudah tidak bernyawa semasa pembedahan dijalankan. Malah ibunya sudah redha dengan apa yang dinyatakan oleh doktor. Namun, Allah Maha berkuasa Rashidin bernyawa kembali. Kita doakan moga Rashidin cepat sembuh dan dapat menghadapi peperiksaan SPM. Insyaallah.
Adakalanya jalan raya umpama perangkap maut kepada penggunanya. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlu sentiasa berhemah di jalan raya. Malang memang tidak berbau!

Wednesday, October 29, 2008
Lintah

Pada 27 Oktober 2008 saya ke kolam ternakan lintah di Bangi kepunyaan anak saudara saya Izzat. Dalam masa kira-kira 10 saat saya memasukkan tapak tangan ke dalam kolam 7 ekor lintah terus menuju dan melekat pada tapak tangan saya seperti dalam gambar.Keterangan berhubung lintah di ladang tersebut sila klik url berikut: http://lintahbangi.blogspot.com/
Sunday, October 26, 2008
Kisah di sebalik Banjir II
Alhamdulillah pada 25 Oktober 2008 bersamaan hari Sabtu pihak SYABAS telah menyambung bekalan air di rumah seorang warga yang saya nukilkan pada Kisah di sebalik Banjir yang lepas. Hj Misnan selaku ketua kampung telah melalui pelbagai karenah birokrasi sebelum penyambungan paip dapat dibuat. Usaha beliau telah membuahkan hasil setelah dua kali naik pejabat SYABAS dan bertemu sendiri pegawai yang berkenaan. Hasilnya bekalan air paip telah dapat disambung semula semalam walaupun mengikut prosedur sekurang-kurangnya perlu mengambil masa 5 hari bekerja dari tarikh permohonan penyambungan semula. Terima kasih kepada pihak SYABAS kerana mempercepat proses ini. Kini keluarga tersebut dapat menikmati bekalan air terus ke rumah mereka setelah 3 tahun tidak dinikmati. Pada waktu itu saya menemani bonda di wadnya dan 'discharge' dari hospital tengah hari semalam. Petang semalam sepulang daripada membawa pulang bonda dari hospital saya bersama isteri ke rumah keluarga berkenaan dan tergambar wajah ceria keluarga tersebut. Alhamdulillah keluarga tersebut sedikit sebanyak dapat kami tolong dan pembedahan ibu juga telah selamat. Saya akan nukilkan kisah di sebalik pembedahan ibu pada kesempatan yang lain kerana ada pengalaman yang boleh dikongsi dan kita renungkan bersama.
Friday, October 24, 2008
Kisah di sebalik Banjir
Jam 10.30 mlm - Saya, Ustaz Misnan, Sdr Sarkam & Hassan melawat mangsa penempatan banjir dan meninjau kawasan sekitar Jln Sukepi. Banjir agak surut. Dalam perjalanan pulang dari kawasan banjir Ust Misnan mengutarakan persoalan tentang sebuah keluarga yang ditimpa ujian Allah yang berat. Keluarga tersebut mempunyai empat orang yang berpenyakit buah pinggang. Si kakak dan adik telah menemui Penciptanya akibat daripada penyakit buah pinggang yang dialami. Kesemua mereka berusia belasan dan dua puluhan tahun. Kini dua orang adik-beradik mereka menjalani rawatan hemodialisis 3 kali seminggu dengan pembiayaan Pusat Zakat Selangor. Keluarga ini juga menghadapi masalah kewangan kerana kedua-dua mereka tidak dapat bekerja kerana masalah penyakit yang dihadapi. Seorang saudara lelaki mereka yang bebas daripada penyakit ini yang menyara hidup mereka dan bekerja sebagai 'foreman'. Dalam masa yang sama dialah yang menghantar kedua-dua saudaranya menjalani rawatan hemodialisis. Ini menyebabkan pendapatannya selalu sahaja tidak konsisten kerana terpaksa meninggalkan kerja atas urusan tadi. Kami dimaklumkan YB Dr Yunus ADUN Sijangkang banyak membantu khususnya dalam aspek perubatan.
Agak memeranjatkan kami, bekalan air telah 3 tahun dipotong dengan tunggakan kira-kira RM800. Dalam tempoh itu, mereka mendapatkan bekalan air daripada jiran tetangga. Kami berbincang dan akhirnya bebarapa keputusan dibuat. Sdr Hasan yang bekerja di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan berusaha membantu untuk mendapatkan bantuan makanan bulanan daripada PKPS. Sdr Sarkam mendapatkan dana dari Surau dan orang perseorang. Ust Misnan akan mendapatkan bil air yang tertunggak untuk dijelaskan dengan memohon atau menggunakan dana Tabung Masjid alFalah, surau dan orang perseorangan.
Kira-kira jam 12.00 mlm kami pulang dengan rasa lega kerana sedikit sebanyak kami telah berusaha untuk mengurangkan bebanan warga kampung yang memerlukan. Begitulah di sebalik banjir kami sempat berbincang dan mencari jalan membantu warga yang pada pendapat kami amat memerlukan bantuan. Dan kami masih ada senarai warga yang memerlukan perhatian bukan sahaja daripada kami tetapi warga lain juga! Seseungguhnya kami amat mengalu-alukan warga prihatin turut bersama-sama kami membantu mereka yang memerlukan.

Thursday, October 23, 2008
Keadaan Banjir Terkini
-Sehingga jam 10.00 pg keadaan banjir di Bt. 9, Kebun Bharu dan Jalan Sukefi, Kg. Jenjarom tidak banyak berubah. Menurut Pn. Norlala cuma sedikit surut dari hari Selasa. Sehingga kini, mangsa banjir masih belum boleh pulang ke rumah masing-masing. Namun, bantuan segera daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, JPA3, dan agensi lain amat dihargai. Malah kehadiran YAB Dato' Menteri Besar serta ADUN Sijangkang melawat penempatan banjir di SRA Kebun Bharu pada hari Rabu sedikit sebanyak telah memberi semangat dalam menghadapi banjir yang terbesar sehingga kini.
-Pusat Penempatan Banjir di Jln Sukefi masih dihuni 14 mangsa banjir daripada 2 buah keluarga.
-Segala keperluan makan minun disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
-Pusat Penempatan Banjir di Jln Sukefi masih dihuni 14 mangsa banjir daripada 2 buah keluarga.
-Segala keperluan makan minun disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
Wednesday, October 22, 2008
Menangguk Diair Keruh
Malang sekali dalam keadaan mangsa yang ditempatkan di pusat penempatan banjir ada pihak tidak bertanggungjawab menangguk di air keruh dengan mengambil kesempatan mencuri barangan di rumah mereka. Sehingga berita ini ditulis seorang mangsa masih berada di Balai Polis Telok Panglima Garang kerana melaporkan kehilangan komputer dan bebarapa pasang kasut. Kejadian ini amat dikesali kerana pada saat mangsa sepatutnya diberi sokongan moral akibat musibah yang dialami ada golongan yang mengambil kesempatan terhadap mereka. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga mangsa banjir menerima dua musibah. Pihak JKKK dan RELA perlu meninjau hal ini agar tidak berlaku lagi kepada mangsa banjir yang lain. Sekali lagi kami berharap mangsa yang terlibat bersabar. Sesungguhnya musibah ini pasti ada hikmahnya.
Rakan Guru Ditimpa Musibah Banjir
Warga SMKTPG merakamkan simpati yang amat sangat kepada rakan guru yang terpaksa berpindah kerana rumah mereka dinaiki air sehingga tidak selamat untuk diduduki. Simpati ini ditujukan kepada Pn. Norlala dan Pn. Hjh Sumiati serta semua mangsa banjir semoga tabah menghadapi ujian Allah ini. Kami mendoakan agar keadaan kembali pulih dan puan dapat kembali semula ke rumah.
Catatan Banjir di Jalan Sukefi, Kg Jenjarom
Jam 9.40 mlm (21 Oktober 2008), Hj Misnan menelefon mohon bantuan untuk ke balai di Jln Sukefi yang dijadikan Pusat Penempatan banjir. Saya bergegas ke sana. Sampai di sana terus berjumpa Hj. Misnan, Bang Sarkam, Hasan,Ma'amin, Zaidun dan beberapa orang lagi. Di dalam balai ada dua keluarga yang berjumlah 14 orang telah berpindah kerana rumah mereka dinaiki air dan bahaya untuk didiami. Saya bertanya khabar dan mendapatkan maklumat berkaitan keadaan banjir. Saya hubungi Baha dan Mat Darindi untuk sama-sama membantu. Rakan lain telah hubungi pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah.
10.15 mlm - Datang sebuah kereta polis meninjau keadaan dan membuat laporan pusat penempatan banjir di Jalan Sukefi. Kami membantu membuat penghadang jalan masuk betul-betul di simpang masuk ke Jalan Sukefi. Kami bertugas memberitahu orang awam bahawa Jalan Sukefi dinaiki air dan bahaya untuk kenderaan ringan melaluinya. Ada sesetengah pemandu yang yakin boleh melalui jalan tersebut akhirnya berpatah balik. Hujan gerimis pada waktu ini.
10.30 mlm - 6 kotak air minuman dibawa untuk keluarga terlibat. Mee goreng juga disediakan untuk mereka. Seorang rakan meninjau keadaan banjir.
10.45mlm - Azmi seorang Ahli Majlis Daerah datang meninjau. Saya, Baha & Zaidun berkawal di simpang tiga ke Jalan Sukefi. Rakan yang meninjau keadaan banjir menyatakan air naik lagi.
11.30 mlm - Sebuah kereta polis datang meninjau. Azmi dapat maklumat lebih seribu orang kini berada di penempatan banjir di Kebun Bharu. Lori JKR tiba untuk membuat penghadang laluan di Jalan Sukefi. Jalan Sukefi ditutup sepenuhnya.
11.55 mlm - Kenderaan Jabatan Kebajikan Masyarakat tiba membawa selimut dan bantuan yang berkaitan. Seramai 4 orang pegawai JKM mengagih bantuan dan mendapatkan maklumat mangsa banjir.
12.30 mlm - Sehingga jam ini mangsa banjir tidak bertambah. Alhamdulillah mereka mendapat bantuan sewajarnya daripada warga kampung dan JKM. Saya pulang ke rumah. Hj Misnan, Bang Sarkam, Zaidun dan beberapa orang lagi masih di balai.
*Jalan Sukefi merupakan jalan alternatif laluan ke Shah Alam/Kuala Lumpur tanpa perlu melalui Telok Panglima Garang dan Klang.

Tuesday, October 21, 2008
EFFECTS OF COLD WATER

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri..
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh merupakan tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat mesej ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.
Monday, October 20, 2008
Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Time-Based
Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang Telah Dilantik Sebagai PPPS Gred DG41
Maklumat lanjut sila ke url berikut:
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=khidmat_pendidik&unit=utama&info=33&bhs=my&mod=baca
Maklumat lanjut sila ke url berikut:
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=khidmat_pendidik&unit=utama&info=33&bhs=my&mod=baca
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI PENGISIAN JAWATAN-JAWATAN GRED DG44, DG48 DAN DG52
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)
BAGI PENGISIAN JAWATAN-JAWATAN GRED DG44, DG48 DAN DG52
DI SEKOLAH-SEKOLAH YANG MEMPUNYAI TINGKATAN 6 DI BAWAH ANGGARAN
BELANJA MENGURUS TAHUN 2008 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sejumlah 14,936 jawatan baru/ naik taraf gred DG52, DG48 dan DG44
di sekolah-sekolah yang mempunyai tingkatan 6 telah diluluskan di bawah
Anggaran Belanja Mengurus 2008 berkuatkuasa mulai 1.1.2008. Kaedah
pengisian dibahagikan kepada kaedah jangka masa pendek (fasa 1) dan
kaedah jangka masa panjang (fasa 2). Di bawah kaedah jangka masa pendek
(fasa 1), penyandang sedia ada dan calon-calon di sekolah yang sama telah
diperakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing ke Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat.
Maklumat lanjut sila ke URL berikut:
http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=khidmat_pendidik&unit=utama&info=36&bhs=my&mod=baca

Friday, October 17, 2008
JAMUAN AIDIL FITRI WARGA SMKTPG
Warga SMKTPG akan menganjurkan Jamuan Aidil Fitri pada:
Tarikh: 1.11.08 (Sabtu)
Masa: 2.00 - 6.00 ptg
Tempat: Dewan Sri Panglima, SMKTPG
Pakaian: Baju Raya
Jemputan: Warga Kerja SMKTPG bersama keluarga
Sesi bergambar: Sesi bergambar akan diadakan untuk setiap warga SMKTPG bersama keluarga masing-masing
Tema: Mesra Aidil Fitri
Menu
Stall 1
Barbeque - Pn. Norlala (ketua)
Stall 2
Nasi Beriani - Ust Kadis (Ketua)
Stall 3
Lemang & Rendang - Pn. Rosnah (Ketua)
Stall 4
Ketupat, kuah kacang & soto - Pn. Hamidah (Ketua)
Stall 5
Satay - En. Naim (Ketua)
Stall 6
Cendol/ABC - Pn. Noraidah Norman - (Ketua)
Stall 7
Nasi Kerabu - Pn. Maria (Ketua)
Stall 8
Laksa - Pn. Fatimah Ahmad (Ketua)
Stall 9
Dessert/Ais krim/Pencuci Mulut - Pn. Anizah Mohamad - (Ketua)
Stall 10
Minuman (sejuk/panas) - En. Yassir Arafat (Ketua)
Warga kerja SMKTPG akan dihubungi oleh ketua masing-masing untuk tujuan pengurusan 'stall' yang berkaitan. Semua warga kerja SMKTPG dijemput hadir.

Thursday, October 16, 2008
Blogger Baru SMKTPG
Alhamdullillah, hari ini ada 9 blogger baru SMKTPG. Tahniah dan selamat datang ke dunia BLOG. Blogger baru SMKTPG ialah ashikin81.blogspot.com, nadarajanthambu.blogspot.com, maizatulhayani.blogspot.com, noraidahnorman.blogspot.com, nooraidar.blogspot.com, layaran08.blogspot.com (Tn Hj Jailani),rashidwagimin.blogspot.com, lischinchong58.blogspot.com, dan ezrin81.blogspot.com
Wednesday, October 15, 2008
Perkongsian Pengalaman: Bonda jalani 'spinal operation' di Damansara Specialist Hospital
14 Oktober 2008
Kira-kira jam 10.30 pg bonda dimasukkan ke OT. Segala persiapan pbedahan dilakukan. Kami tak dibenarkan jumpa bonda lg. Hati kami bdebar2 tunggu bonda dibedah. Pada pjumpaan sebelumnya Dr Malek menyatakan mungkin (bdasarkan xray MRI) 5 disc bonda rosak dan 2 rosak teruk. Mungkin perlu 8 skru utk betulkan spine/disc bonda. Mlm tadi dr Malek jmpa bonda di wad menyatakan mungkin lebih drp 8 skru diperlukan. Katanya pada bonda tak tidur mlm dia memikirkn problem bonda. Mlm tu juga dr daud pakar jantung periksa bonda sbb ptgnya xray dada mcm ada kelainan pada jantung bonda. Dlm masa yg sama tekanan darahnya cecah 200. Kami pun tperanjat slalu ok. Rupanya mlmnya bonda x tidur mlm agaknya sbb memikirkan pbedahan yg akan dihadapi. Jam sebelas tekanan darah bonda kembali normal & Dr Daud sahkan jantung bonda ok & selamat utk jalani pbedahan. Jam 12.30 tgh bonda mula dibedah Dr malek ckp mkin dlm 4 - 6 jam selesai. Jam 1.05 kami bkumpul dlm bilik bonda solat zohor bjemaah, solat hajat & baca yasin 3x. Itulah yg kami mampu buat utk bonda kesayangan kami pada masa itu. Dlm jam 3.15 ptg kami mkn tgh ari. Ani, Nanon, Art & Ajip x join coz puasa. Habis mkn kami naik ke tingkat 3 ke bilik menunggu di OT. Bonda masih dibedah. Kami ke bilik solat asar bjemaah. Naik lg ke tingkat 3. Dah jam 6 ptg x habis lg bedah. Kami suspen!. Jam 6.30 Yg posa turun ke kafe tempah mkn utk buka. 6.45 nmpk bonda diusung keluar dari OT utk dibawa ke HCU. Kami x dibenarkan masuk sehingga diberitahu. Kami turun ke kafe utk ngeteh (minum ptg). Jumpa yg tgh bbuka kat kafe. kita org join sama. 7.30 nak ke bilik solat maghrib. Ani call (dia dah sampai atas rupanya) bonda sedar & tnya atok. Atok terus ke bilik HCU. Yg lain gi solat. Habis solat sya terus ke HCU. Atok & Wak Arom kat dlm blinang airmata dia org tengok bonda. Bonda kesakitan. Ni yg paling tak tahan ni. Bonda cakap "mak sakit tak tahan" dgn muka yg mgambarkan kesakitan yg amat sangat. Sya jumpa nurse ckp ttg hal bonda. Dia naikkan dose drp 2 ke 4. Bonda masih ckp sakit. Paggil lg nurse. Dtg staff nurse dia naikkan lagi dose ke 6. Lama-lama bonda ok sket. Rupanya pembedahan bonda telah dibuat utk hampir keseluruhan tulang belakang yg rosak termasuk meluruskan tulang belakang yg bengkok. 12 skru titanium dipasang kat tulang belakang bonda. Mak datok! Doktor awalnya cuma mjangka paling banyak 8 je. La ni jadi 12. Mmg kesian betul tengok bonda. Tp dah 5 tahun bonda menderita sakit akibat tulang belakangnya yg rosak menyebabkan menghimpit saraf tapak kaki & dubur bonda hingga berasa sakit sentiasa & susah utk bonda berjalan. Akhirnya kami & bonda pasrah mungkin inilah jalan terakhir utk memulihkan bonda walaupun berisiko. Kami cuba mencari Doktor yag baik utk bonda. Selama 5 tahun sebenarnya kami tak putus mengubati bonda dgn rawatan alternatif & tak menampakkan kejayaan malah bonda semakin sakit.
Doakan bonda Hajah Tapserah kembali pulih.
Sekian

Subscribe to:
Comments (Atom)