Saturday, June 27, 2009

Sesi Baru Kemasukan ke IPTA 2009

Sesi baru kemasukan ke IPTA 2009 bermula pada 28 Jun ini. Tahniah diucapkan kepada anak-anak warga SMKTPG khususnya dan semua pelajar yang telah ditawarkan ke IPTA sesi ini. Antara anak-anak warga SMKTPG yang berjaya ke IPTA ialah Farhatin (Uni Malaysia Terengganu), Suzaliza (UPM), Thee Meng Meng (UPM), Amirah (UUM), Nazirah (TESL, USM), Robana (Mass Com. USM), Mohan (MBBA, UKM), Nur Hidayah Abidin (Ekonomi A/Bangsa, UMS), Nur Hidayah Parmin (UNIMAS), Safiah (Geografi, UKM), Arif (P. Perniagaan, UUM), Bawani (UMT), Rukini (Uni. Malaysia Pahang), Durga (UMP), Wei Jie (UTM), Ah Boon (UTEM) , Juhaira (UMS), Nur Fatin (UNISEL), Lee Chin Kim (P. PERNIAGAAN, UUM), Ang Chung Siang. (P. Perniagaan, UPM), Arvindran (TESL, UNISEL), Fatin Farhana (ISIP)

Thursday, June 18, 2009

Kajian Lapangan Geografi SMKTPG di Sarawak

Di hadapan SMK BAKO

Persembahan oleh pelajar SMKTPG
Pn.Hjh Munah menyampaikan cenderamata kepada Pengetua SMK Bako




Di Kg Budaya


Kacip Fatimah yang ditemui di Taman Negara Bako







Bersama warga emas dari Australia


Menaiki bas awam dari SMK Bako ke jeti untuk ke Tmn Negara Bako

Nasi ayam penyek bernilai RM6.00
Tinggal tulang!




Kajian Lapangan Geografi SMKTPG sedang dijalankan di Sarawak dari 16 Jun hingga 20 Jun 2009. Seramai 31 orang peserta telah mengikuti kajian ini yang terdiri daripada 5 orang guru dan 26 orang pelajar Tingkatan 6 Atas SMKTPG. Sepanjang lima hari kajian dibuat para peserta menginap di Asrama SMK Bako. Antara program sepanjang 5 hari peserta di Sarawak ialah lawatan ke Muzium di Kuching pada hari pertama. Pada hari kedua kajian dimulakan dengan destinasi menarik iaitu Taman Negara Bako. Sehari suntuk peserta berada di sini. Di sebelah malam diadakan Program Jalinan Muhibah antara pihak SMK Bako dengan para peserta kajian. Pada hari ketiga para peserta meneruskan kajian geografi di Gua Angin, Bau. Seterusnya pada hari keempat kajian diteruskan di Taman Negara Matang. Sementara itu, pada hari terakhir iaitu pada hari Sabtu atas permintaan para pelajar Tingkatan 6 SMK Bako, para peserta akan mengadakan satu sesi perkongsian ilmu bersama dengan para pelajar Ting 6 SMK Bako. Pada sebelah petangnya para peserta akan dibawa ke Pasar Satok. Satu-satunya pasar di Sarawak yang amat terkenal dan masih wujud sejak zaman merdeka lagi.

Saturday, June 13, 2009

Sesi Baru Kemasukan ke IPTA/IPTS 2009

Kira-kira jam 9.00 mlm 12 Jun 2009 keluar dari Restoran Pizza Hut di JJ Bukit Tinggi , saya disapa seorang pelajar Tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 2 2008. Beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana pada hujung bulan ini akan mengikuti Program TESL di USM. Setelah mengucapkan tahniah dan berbual sekejap saya beredar bersama anak-anak untuk menonton filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak'. Sebagai seorang guru, hati kecil saya puas sekali apabila mendapat berita anak didik kita berjaya ke 'U'.

Sesi baru kemasukan ke IPTA/IPTS 2009 akan bermula akhir bulan ini. Saya mengucapkan tahniah kepada adik-adik/anak-anak pelajar khususnya dari SMKTPG yang mendapat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS sesi ini. Untuk mereka yang akan masuk 'U' sesi ini anggaplah ini sebagai titik mula kejayaan anda. Kehidupan sebagai mahasiswa di 'U' akan menjadikan anda lebih dewasa dan akan banyak yang dipelajari dalam hidup ini. Yang penting kejayaan tidak datang 'bergolek'!
Untuk adik-adik/anak-anak yang gagal mendapat tempat di 'U' pada sesi ini jangan berputus asa. Kegagalan hari ini bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Masih anda ingat penerima anugerah Maulidur Rasul tahun ini iaitu Profesor Dr Sidek Baba yang hanya memperoleh gred 3 dalam SPM dan mengambil STPM sebanyak 7 kali sehingga akhirnya kini menjadi Profesor Pendidikan di UIAM. Yang ingin kita ambil pengajarannya ialah beliau berjaya dalam pendidikan dan kerjaya setelah mengambil STPM sebanyak 7 kali. Semangat seperti ini yang boleh kita contohi. Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Maklumat berhubung Prof Dr Sidek Baba boleh diakses melalui url berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sidek_Baba#Tokoh_Maulidur_Rasul

Wednesday, June 10, 2009

EduwebTV Berkunjung ke Rumah Kami


Liputan di EduwebTV


Video di bawah merupakan video yang membawa kemenangan kepada Arif



Hadiah yang dimenangi berupa sebuah kamera video Sony DVD653E
Arif menerima hadiah drp wakil EduwebTV En Azam

Arif sedang di wawancara





Bersama crew EduwebTV

Hari ini pihak EduwebTV iaitu laman web TV rasmi Kementerian Pelajaran telah berkunjung ke rumah kami kira-kira jam 10.30 pg. Tujuan kunjungan mereka adalah untuk menyampaikan hadiah kemenangan pertandingan video bertemakan "Sumbangan Saya dan Sekolah kepada Masyarakat Semasa Cuti Persekolahan". Alhamdulillah Arif telah menjadi johan pertandingan tersebut. Selain itu, sesi temuramah juga diadakan dengan Arif dan saya yang akan dimuatkan dalam EduwebTv.
Liputan dalam EduwebTV dapat dicapai melalui url berikut: http://www.eduwebtv.com

Monday, June 8, 2009

Pasembor & Laksa Penang di persiaran Gurney

Pasembor ini bernilai RM27.00 mengandungi ketam, udang & pelbagai bebola untuk hidangan kami sekeluarga

Laksa Penang RM3.00

Setelah gagal mendapatkan 'parking' pada malam minggu akhirnya malam tadi kami berjaya juga 'parking' di Persiaran Gurney. Itupun setelah dua kali tawaf di sekitarnya. Orang masih ramai di sana. Setelah pekena pasembor dan laksa penang (anak-anak makan kerang bakar & nasi goreng udang) kami ke kereta untuk pulang. Jeng jeng jeng kertas putih kat cermin. Apa lagi saman polis trafik la. Dah memang salah 'parking' bukan di tempatnya. Malam tu banyak le kereta yang senasib dengan kereta saya. Inilah pertama kali saya disaman di situ walaupun pada kunjungan yang lepas park juga di situ tapi saya bernasib baik! "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" he he he.

Sunday, June 7, 2009

Cuti di Penang

Bebudak & anak remaja nampak air apa lagi kebabum le!

Basikal yg digunakan keluarga P. Ramlee




Gambar pasukan bola P. ramlee yg terdapat dalam rumah P. Ramlee


Cuti sekolah ni kami ke Penang lagi dari 6-9 Jun 2009. Bertolak kira-kira jam 12.00 tgh hari dan hanya sampai dalam jam 5.00 petang. Di Jambatan P.Pinang 'jam' teruk. Kira-kira jam 8.00 mlm bertolak ke Persiaran Gurney untuk makan malam. Terlalu banyak kenderaan dan tentunya orangnya sekaligus. Tak dapat parking balik semula ke penginapan kami di Edgecumbe House walaupun sudah berjanji untuk makan bersama keluarga sahabat yang kebetulan bercuti juga di Penang. Ramai sungguh orang di Penang pada musim cuti sekolah ini. Hari ini kami ke Jalan P. Ramlee dan mengunjungi rumah P. Ramlee. Arkib Negara telah mengambil alih rumah P.Ramlee dengan menjadikannya tarikan pelancong dengan mengekalkan rumah lama dan ditambah dengan bangunan yang menempatkan galeri P. Ramlee. Seperti rumah Melayu tradisional, rumah P. Ramlee begitu sederhana dengan sebuah ruang tamu, sebuah bilik dan ruang dapur. Di sinilah lahir dan membesarnya seniman agung kita. Malam ni kami akan ke Persiaran Gurney lagi nak pekena pasembor dan laksa.
Maklumat berhubung P. Ramlee boleh diakses melalui url ini: http://ms.wikipedia.org/wiki/P._Ramlee

Tuesday, June 2, 2009

Mesej Daripada Polis

Police Message: Coke+Ajinomoto Can be Used To Rape Ladies

For Info

DO YOU KNOW ? Coke+Ajinomoto Can be Used To Rape Ladies

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink.

It is a cheap and widely used method.

This method was used in Canny Ong murder.

Rapist uses this method.

Coca-cola+ajinomoto/monosodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.


This mixture is poisonous if used too often on the victim.


Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.

DO NOT
accept coca-cola or any other drinks from stranger / even
if it is your friend that you are not very close with.


Regards,

Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur

Monday, June 1, 2009

Cuti Sekolah dan Layang-layang




Cuti pertengahan tahun 2009 bermula dari 30.05.09 - 14.06.09. Pada cuti sekolah inilah anak-anak kita berpeluang melakukan aktiviti kegemaran masing-masing. Namun terdapat beberapa perbezaan antara zaman ini dengan zaman kita dulu. Mungkin jenis permainan yang dimainkan sama cuma berbeza dari segi memperoleh alat permainan tersebut. Layang-layang misalnya, dulu kita membuatnya sendiri dengan buluh. Pelbagai jenis layang-layang kita buat misalnya bulan, kapal layar, dan helang. Kini anak-anak kita membelinya dengan pelbagai jenis juga seperti kelawar, sotong dan pelbagai lagi yang diambil daripada watak karton seperti batman dan sebagainya.