Jam 5.30 ptg saya sampai di Wad 5A, Hospital TAR melawat Rashidin pelajar 5S1 yang kemalangan jalan raya pada 27 Okt. 2008 (Isnin). Cikgu Raden & rakan Rashidin mengelilinginya. Saya bersalam dengannya. Alhamdulillah Rashidin telah sedar kerana pagi tadi saya mendapat maklumat beliau masih di wad ICU. Sayu melihat Rashidin dalam keadaan begitu. Rashidin cedera pada kaki kanannya sehingga terputus urat utama pada peha yang menyalurkan darah ke kakinya. Pembedahan dilakukan bagi merawat kakinya termasuk berusaha menyambung semula urat tersebut. Rashidin yang saya kenali seorang pelajar yang baik dan peramah terpaksa melalui ujian sebegini berat dalam masa peperiksaannya bermula 11 November nanti. Beliau kerap membantu saya terutamanya semasa saya ditugaskan mengambil gambar video dan digital pada majlis yang diadakan di sekolah.
Ibu dan bapanya yang saya temui menahan sebak semasa bercerita tentang doktor menyatakan Rashidin sudah tidak bernyawa semasa pembedahan dijalankan. Malah ibunya sudah redha dengan apa yang dinyatakan oleh doktor. Namun, Allah Maha berkuasa Rashidin bernyawa kembali. Kita doakan moga Rashidin cepat sembuh dan dapat menghadapi peperiksaan SPM. Insyaallah.
Adakalanya jalan raya umpama perangkap maut kepada penggunanya. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlu sentiasa berhemah di jalan raya. Malang memang tidak berbau!