Friday, October 8, 2010

Maxis Cyberkids Nasional Challenge & ASEAN Camp 2010 - Edisi kemas kini


1.0 PENGENALAN

Program Maxis Cyberkids merupakan program anjuran Maxis Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah diadakan semenjak tahun 2007. Sebelum itu, Maxis telah mengadakan program Maxis Cyberlinq dan pada tahun 2007 SMK Telok Panglima Garang telah terpilih ke peringkat kebangsaan dan memperoleh tempat ketiga dengan hadiah wang tunai sebanyak RM2000.00. Tahun 2010, SMK Telok Panglima Garang telah menghantar satu proposal berkenaan dengan cadangan projek/program komuniti berasaskan ICT sekitar bulan April 2010 kepada pihak urusetia Maxis Cyberkids. Berdasarkan proposal tersebut SMKTPG telah terpilih ke Maxis Cyberkids Camp 1 di Hotel Flamingo By The Lake, Jalan Hulu Kelang pada 18 Mei 2010 - 22 Mei 2010. Selepas selesai setiap kem yang kesemuanya melibatkan 56 buah sekolah seluruh negara, setiap sekolah perlu melaksanakan tugasan bagi menyempurnakan program cyberkids. Aktiviti ini akan dinilai untuk pemilihan ke Nasional Challenge. Sebanyak 7 buah sekolah telah terpilih ke Nasional Challenge dan seterusnya ke Asean Camp. SMKTPG telah terpilih dalam kedua-dua program tersebut. Nasional Challenge telah diadakan di Ancasa AllSuites Resort & SPA, Port Dickson pada 1-4 Oktober 2010, sementara Asean Camp akan diadakan di Cyberview Lodge Resort & SPA, Cyberjaya pada 20-27 November. Dalam setiap program yang telah diadakan pasukan SMKTPG telah memenangi beberapa kategori seperti kumpulan terbaik dan persembahan terbaik.

2.0 Senarai Ahli Cyberkids SMKTPG

Penasihat

En Nordin Saad, Pengetua SMKTPG

Cyberteacher

En. Mohamad Ruzi Mohamed Shamsudin

Cyberkids

NURUL SYAHIRAH BINTI SAHARUDDIN

RAJA M. FARIZAL BIN RAJA M. GHAZALI

AQMAL AFIQ BIN SHAMSUL BAHRI

LOGAVIMALAN A/L S.RAJASEGAR

Ahli tambahan

Cyberteacher

PN. NORSHAFIZA BINTI SHAFIE

PN. NOR ELINA BINTI TUKIMAN

Cyberkids

30 ahli baru

URL Portal Maxis Cyberkids: http://maxis.cyberkids.com.my/ckportal/home

URL Portal Maxis Cyberkids SMKTPG: http://maxis.cyberkids.com.my/ckportal/schools/view/166

3.0 Camp 1 2010

Tarikh: 18 Mei 2010 - 22 Mei 2010

Tempat: Hotel Flamingo By The Lake, Jalan Hulu Kelang
Pasukan:

· Maktab Sultan Abu Bakar

· Sekolah Tun Fatimah

· Sekolah Tunku Abdul Rahman

· SMK Convent Bukit Nanas

· SMK Dato Shamsudin Nain

· SMK Durian Tunggal

· SMK Hua Lian

· SMK Palong 7

· SMK Rantau

· SMK Sungai Besar

· SMK Sungai Rambai

· SMK Telok Panglima Garang

· SMK Tunku Abdul Rahman Putra

· SMK USJ 4

Kejayaan SMKTPG Semasa Kem

Pasukan Terbaik Kem 1 bersama ‘cluster’ SMKTPG iaitu Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

Tempat Kedua Pertandingan mencari harta karun bersama pasukan ‘cluster SMKTPG iaitu STF

Bergambar bersama semua peserta kem 1 dan Pengurus CSR Maxis Pn Salmah Ahmad, Pn Nurliza Samsudin, Pengurus Kem Maxis Cyberkids, Prof Madya Halinah Atan, Pengetua kem dan En Nordin Saad, Pengetua SMKTPG


4.0 Aktiviti Cyberkids SMKTPG Selepas Kem 1

Date

Activity

26th June’10 ,

Hari Koperasi Selangor

6th July’10

Pertandingan Pidato dan Kuiz PNB Selangor

8th July’10

Pelancaran Maxis Cyberkids@SMK Telok Panglima Garang

8th July’10

Bengkel Photoscape dan Photostory@SMK TPG

10th July’10 ,

Bengkel Photoscape & Photostory@SK Kebun Baru

19 July’10 ,

Cyberkids @ Les’ Copaque Production dan MSU

21 July’10

Cyebrkids @ Sekolah Tun Fatimah dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra

25th July’10

Bengkel Photoscape dan Photostory @ SMK TPG F6

9th - 20th August’10 ,

Kempen “Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata“ anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

2 – 3 September’10 ,

Penyampaian Sumbangan Hari Raya SMKTPG

4.1 26 Jun 2010 - Hari Koperasi Selangor

Cyberkids bergambar bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Cyberkids menjalankan kaji selidik pendapat orang ramai tentang aplikasi telefon yang dibangunkan oleh Cyberkids SMKTPG

4.2 6 Julai 2010 - Pertandingan Pidato Perbadanan Nasional Berhad

4.3 8 Julai 2010 - Majlis Pelancaran Cyberkids SMKTPG

Pelancaran Cyberkids@School oleh En. Azman Bin Sharif, mewakil Tuan PPD Kuala Langat

i. Emel daripada Prof Madya Halinah Atan (MSU), Pengetua Maxis Cyberkids Camp 2010

Salam Cg.
Saje nak bagi tau..... rindu betul kat CKids semua bila pergi ke SMK TPG kelmarin. The spirit that your children had brought back to their friends, and actually imitated what was done in the camp was .... (i am still speechless). And to see the new CKids equally enthusiastic was even more moving. I hope they will continue with that enthusiasm for the community, with or without us.. we will support where we can.....

YOU HAVE DONE A GREAT JOB !! CONGRATULATIONS!!

ii. SMS daripada Pn. Salmah Ahmad, Pengurus CSR Maxis Berhad

Dear En Ruzi, this Salmah Maxis. I would like to say thank you from the bottom of my heart on the event today. It was well organise with small glitch but most impt the commitment show the cyberkids alumni and new members. Afiq, raja, eyra are did well, emcee, support, leader, teamwork all show in your team. It started from a good leader like you. Please tell the cyberkids tomorrow afiq, raja and eyra we are impressed with their performance today. No worries abt the technical small matter but they managed to complete it anyhow. Determination. Thank you and have a good rest.

4.4 8 Julai 2010 - Bengkel Photoscape dan Photostory

4.5 10 Julai 2010 - Bengkel Photoscape dan Photostory di SK Kebun Baharu

Cykids SMKTPG sebagai fasilitator memberi tunjuk ajar kepada 20 ahli Cyberkids Junior SK Kebun Baharu

4.6 19 Julai 2010 - Cyberkids SMKTPG Berkunjung ke Les Copaque dan MSU - 19 Julai 2010

Cykids diberi taklimat oleh Tn Hj Burhanudin Radzi

Pemilik Les Copaque (Upin & Ipin)

Cykids diberi penerangan proses memasukkan suara di bilik audio

Di Management & Science Univercity (MSU)

Bersama Prof Madya Halinah Atan di MSU

4.6 21 Julai 2010 - Cyebrkids @ SekolahTun Fatimah dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Di STF, Johor Bahru

Di SMK Tunku Abdul rahman Putra, Kulai, Johor

4.7 9 – 20 Ogos 2010 - Kempen “ Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata” anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Pn Haslina Hj Sainal, pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Pelajar sedang mengumpul baju Melayu dan kurung baru yang akan dihantar ke JPN Selangor

4.8 2 – 3 September 2010 - Penyampaian Sumbangan Hari Raya SMKTPG


4.9 Our Achievements

First , a new club had been established in our school which helps the students to enhance their ICT skill

It builds up self confidence among the cyberkids members.

Then , we shared the knowledge that we gained during the camp with other team members

Expand the Cyberkids Club at selected primary school in our district and also at the nearby aborigine’s school situated in Pulau Carey

Expose young children to ICT knowledge

Help to generate the students to think creatively

Organise a workshop to those students who are interested and want to learn about ICT and editing pictures

Teach the students on how to make use of photoscape and photostory

Get involve in school activities such as during the sport day , parents’ day and etc

Produce a generation that smart in ICT


5.0 Maxis Cyberkids Nasional Challenge 2010

Tarikh: 1-4 Oktober 2010

Tempat: Ancasa AllSuites Resort & SPA, Port Dickson

Pencapaian: 1. Persembahan Terbaik Tarian Budaya (Tarian Sewang)

2. Terpilih ke Asean Camp pada 20 – 26 November 2010 di Cyberview Lodge Resort & SPA. Semasa di ASEAN Camp kami sebagai fasilitator kepada negara lain. En. Mohamad Ruzi sebagai fasi negara Myanmar, Nurul Syahirah fasi negara Filipina, Raja Farizal Raja Ghazali fasi negara Cambodia dan Aqmal Afiq Samsul Bahri fasi negara Sri Lanka. Sementara itu, Logavimalan a/l S. Rajasegar bertuah kerana telah terpilih mewakili pasukan Malaysia yang semuanya mempunyai empat peserta dalam Asean Camp. Dengan itu, dalam Asean Camp 2010 akan ada 5 peserta dari SMKTPG termasuk seorang guru.

Menerima hadiah persembahan terbaik Malam Kebudayaan

Cyberkids Nasional Challenge 2010 bergambar bersama urusetia dan fasilitator. Pasukan ini berjaya ke Asean Camp 2010 yang akan diadakan pada 20-26 November 2010 bertempat di Cyberview Lodge Resort & SPA

Seven schools moving on to the next level - ASEAN Camp.

Camp 1

  1. Maktab Sultan Abu Bakar, Johor
  2. SMK Telok Panglima Garang, Selangor

Camp 2

  1. SMK Sultan Sulaiman, Terengganu
  2. SMK Kamil, Kelantan

Camp 3

  1. SMK Merotai Besar, Sabah
  2. SMK Kunak Jaya, Sabah

Camp 4

  1. SMK Tatau, Sarawak

CONGRATULATIONS!!!

* Kata-kata semangat daripada Tn Hj Mazlan Nasir, YDP PIBG SMKTPG

Mazlan Nasir October 4 at 2:16am

Salam buat semua Team Maxis Cyberkids yg berjaya membawa SMKTPG ke peringkat ASEAN Camp ! Satu kejayaan yg sangat membanggakan.


6.0 Penutup

SMKTPG telah dapat membuktikan bahawa sekolah mampu bersaing dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat ASEAN. Namun, untuk mencapai ke peringkat tersebut perancangan yang rapi dan kerjasama berpasukan (team work) antara ahli sehinggalah kerjasama semua pihak terutama pentadbir sekolah, warga sekolah, PIBG, PPD serta komuniti yang berkenaan amat penting dalam melaksanakan tugasan yang perlu dilunaskan bagi memenuhi kehendak program. Kesepaduan sokongan inilah yang menjadi tunjang pasukan SMKTPG hingga terpilih mengikuti ASEAN Camp 2010.

Peranan pihak korperat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korperat (CSR) seperti Maxis Berhad amat terpuji dan harus diikuti oleh pihak korperat yang lain dalam membantu membangunkan modal insan dalam kalangan pelajar sesuai dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Sesungguhnya, peluang yang diperoleh para pelajar semasa mengikuti Program Maxis Cyberkids telah memupuk minat dan mengembangkan kebolehan pelajar dalam ICT seterusnya menyerlahkan bakat kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan mereka selain prihatin dengan komuniti yang memerlukan bantuan.

Friday, September 17, 2010

Sos Punca Penyakit Kronik

Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini.

Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya.

Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam kandungan setiap botol sos itu bertindak sebagai 'pembunuh senyap'.

Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula.

Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan itu dengan mudah boleh menyebabkan penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.

Wednesday, September 15, 2010

Imam talent hunt in Malaysia



A new hit TV show in Malaysia is on the hunt for a Muslim religious leader or imam.

Ten young men are given a variety of tasks and an Islamic scholar chooses who goes through to the next round.

The last one standing gets the honor of leading prayers at a Malaysian mosque.

Al Jazeera's Stephanie Scawen went along to find out more.

BlackBerry yang terlebih pintar !!


TELEFON bimbit adalah satu daripada teknologi yang terbaik pernah dicipta untuk kemudahan manusia. Kelebihannya boleh dirasai jika anda pernah berada pada situasi unik untuk menghargai telefon bimbit yang kita miliki hari ini, betapa ia telah merubah kaedah berkomunikasi dan melaksanakan tugasan berbanding sedekad yang lalu.

Misalnya pada tahun 2000 di pulau Jolo, selatan Filipina, saya terpaksa ke pejabat operator telekom di tengah pekan untuk menghantar berita ke ibu pejabat di Kuala Lumpur. Seminit dikenakan caj 100 peso bersamaan RM10. Tekanan yang dihadapi ketika itu ialah simpanan wang tunai bagi tugasan tiga minggu makin menyusut.

Pada penghujung tahun 1994, saya ditugaskan membawa telefon Hotline 010 yang baterinya menyerupai bateri kereta semasa membuat liputan tragedi bangunan runtuh Highland Towers di Ulu Klang. Bateri tersebut boleh bertahan 24 jam dan boleh dicas semula di dalam kereta. Ia menjadi simbol kebanggaan wartawan meja jenayah ketika itu, selain alat kelui (pager) diikat pada pinggang.

Dua senario ini memberi penekanan bahawa telefon bimbit sangat penting untuk seorang wartawan (dan juga perlunya ada kamera poket). Pastinya anda, daripada mana sektor sekali pun termasuk berniaga sendiri, menghargai kepentingan telefon bimbit dalam hidup.

Pada suatu ketika, telefon bimbit dihasilkan dalam saiz yang besar. Ia menjadi suatu bentuk simbol status. Maka timbullah istilah 'telefon boleh pakai baling anjing' kerana saiznya yang sebesar lengan.

Hari ini, telefon bimbit masih merupakan simbol status. Ramai yang sebenarnya tidak kisah pada kewujudan telefon pintar dan selamba menggunakan telefon era monolog. Namun ramai juga yang kemaruk telefon bimbit kerana ia membolehkan mereka melayari Internet, berutus sms secara bersilang, menghantar e-mel, mengambil gambar kaku atau video, mendengar muzik, melayari facebook dan tentunya, diletakkan di atas meja bagaikan papan tanda, 'aku pun bergaya'.

Blackberry adalah sebuah telefon pintar yang bukan semua bersedia memilikinya dan hanya mereka yang kemaruk kepada 'status' sahaja sanggup mengumpul duit bagi membelinya. Terdapat beberapa pakej pemilikan ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia dan jika anda enggan terikat selama dua tahun, anda boleh membeli perkakasan telefon bimbit itu di mana-mana sahaja. Harganya beberapa bulan dulu ialah lebih RM1,700 dan kelmarin, khabarnya ia menyusut sikit menjadi RM1,580 tetapi ia masih mahal.

Soal mahal tidak sepatutnya menjadi isu kepada orang kaya di negara Arab tetapi Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi adalah antara dua negara pertama yang mengejutkan dunia berikutan hasrat mereka untuk mengharamkan penggunaan BlackBerry. Langkah drastik itu diikuti pula oleh India, manakala Indonesia masih hangat membincangkannya dari sudut gejala porno di republik Islam terbesar dunia itu.

Apakah yang menjadi masalah besar kepada Blackberry ini? Secara ringkasnya ia adalah disebabkan ciri kerahsiaan datanya, yang tidak boleh diakses oleh syarikat komunikasi tempatan, kerajaan atau polis. Ini disebabkan Blackberry menggunakan pelayan eksklusif milik firma Research In Motions berpangkalan di Kanada. Ia menggunakan aplikasi canggih rahsia data dipanggil AES 256 yang tidak mungkin boleh ditembusi oleh sesiapa.

Kerahsiaan

Aplikasi dan ciri kerahsiaan yang tinggi ini, menjadi satu titik jualan utama bagi Blackberry di seluruh dunia. Rangkaiannya tidak boleh dicuri dengar oleh mana-mana perkhidmatan perisikan waima CIA sekali pun. Ia berfungsi pada garis komunikasi yang autonomi dan bebas. Orang suka begini.

Bagi yang gemar melaungkan konsep kebebasan, BlackBerry adalah telefon terpintar pernah dicipta. Daripada sudut lain yang lebih realistik iaitu keselamatan, teknologi BlackBerry memberi kekaguman dan kebimbangan yang sama getarnya. Ia dikagumi kerana fungsinya boleh diguna untuk tujuan positif. Ia dibimbangi bila ia diguna untuk tujuan sebaliknya. Dan perbincangan kita bukan sekadar membabitkan perihal 'jimat bila boleh sembang dengan ramai kawan serentak'. Tetapi ia adalah lebih besar, lebih menggerunkan iaitu membabitkan soal pengganas antarabangsa.

Menurut tulisan Prof. Theodore Karasik dari Fakulti Kerajaan Dubai, kebimbangan nyata dan jelas terhadap telefon terlebih pintar seumpama Blackberry terbukti pada kejadian serangan pengganas di Mumbai, India pada November 2008.

''Apa yang membezakan serangan Mumbai dengan yang lain ialah bagaimana telefon bimbit dan media sosial digunakan oleh pengganas dan mangsa. Tatkala ramai mendengar bunyi tembakan, tidak ramai mengetahui magnitud kejadian yang berlaku bila serangan bermula. Aplikasi perutusan Blackberry dan sistem e-mel serta teknologi lain pada peralatan bergerak menjadi sumber maklumat yang utama.

''Ketika laporan berita tersiar di seluruh dunia, ketua komplot serangan juga menontonnya. Mereka mampu mengetahui di mana orang bersembunyi dan kemudian mengarahkan pengganas menyerang. Pada satu perbualan telefon yang direkod oleh pihak keselamatan, seorang pengganas diberitahu oleh ketuanya mengenai sekumpulan tetamu asing bersembunyi dengan seorang ahli politik. Apabila penyerang itu menerima maklumat itu, dia berkata ia adalah seumpama 'ising di atas kek','' kata Karasik.

Sejak itu, pihak keselamatan India mendakwa pengganas menggunakan Blackberry untuk merancang serangan tersebut. Tragedi itu menjadi titik tolak kepada kebimbangan bahawa pengganas juga mengguna sepenuhnya kelebihan teknologi digital hari ini.

Inilah menjadi alasan mengapa Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Arab Saudi, India, Algeria dan Indonesia mula mempersoalkan fungsi Blackberry dan mahu mengharamkannya. Malaysia bagaimanapun tidak begitu lantang dalam hal ini. Mungkin belum ramai yang melihat isu pengganas sebagai ancaman. Bila diguna oleh suami atau isteri curang bagi menghubungi kekasih gelapnya, ia dianggap sekadar 'menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi Blackberry'.

sumber Utusan

Sunday, July 11, 2010

Majlis Pelancaran Maxis Cyberkids@School SMK Telok Panglima Garang

Cyberkids SK Kebun Baharu mendaftar di kaunter urusetia
Cyberkids SMKTPG bersama Prof Madya Halinah Atan, pengetua Maxis Cyberkids CampCyberkids bersama Pn. Salmah Ahmad (tiga dari kiri), Pengurus CSR Maxis, Pn. Norliza Samsudin, Pengurus Maxis Cyberkids Camp dan En. Herman Mazar Azmi, Eksekutif CSR Maxis

Bersama ahli Dikir Barat dan gamelan


En. Azman Sharif, mewakili PPD Kuala Langat memalu gong sebagai tanda pelancaran Maxis Cyberkids@School SMKTPG
Pn. Salmah Ahmad menerima 'door gift'

Program: Majlis Pelancaran Maxis Cyberkids@School SMK Telok Panglima Garang
Tarikh: 8 Julai 2010
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Seri Panglima, SMK Telok Panglima Garang
Perasmi: En. Azman Bin Sharif, wakil PPD Kuala Langat.

Turut hadir: En. Mahsuri Amnan, Guru Besar SK Kebun Baharu, Tn. Hj. Mazlan Nasir, YDP PIBG SMK Telok Panglima Garang, Pn. Salmah Ahmad, Pengurus CSR Maxis, Pn. Norliza Samsudin, Pengurus Program Maxis Cyberkids Camp, Prof. Madya Halinah Atan, Pengetua Maxis Cyberkids Camp, En. Herman Mazar Azmi, Maxis, Cik Maisarah Rosli dan Cik Gee Mohamad, fasilitator Maxis Cyberkids.


Persembahan Waka-waka: Let's All Dance for 1Goal


Dikir Barat; Cyberkids Boleh



Lagu tema: Anak Kita Harapan Kita




Cyberkids@SK Kebun Baharu




Sunday, June 20, 2010

Catatan Perjalanan 1 2010: Sabah - Menarik Untuk Dikunjungi

Rahsia Cap Jari

Rahsia cap jari
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/06/20

pix_gal0


Bentuk pola mampu dedahkan personaliti, potensi individu

CAP jari selama ini hanya digunakan sebagai asas pengenalan diri, sistem keselamatan sama ada untuk keperluan forensik ataupun mengenalpasti identiti penjenayah.Namun tidak ramai yang ketahui cap jari itu mampu mendedahkan rahsia sebenar diri individu termasuk personaliti dan potensi dirinya. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang. Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik - ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya.

Kebarangkalian memiliki cap jari sama pula disifatkan amat mustahil iaitu pada nisbah 1 setiap 64 juta atau hampir mustahil walaupun pada anak kembar. Ini kerana ia mula terbentuk sejak embrio berusia 13 minggu dalam kandungan ibu, lengkap pada usia 24 minggu dan terus berkembang seiring perkembangan sel otak.

Dermatoglifik pula adalah tiga pola dasar rupa bentuk cap jari iaitu arches atau lengkungan, simpulan (loops) dan lingkaran (whorls) atau gabungan ketiga-tiganya. Analisis cap jari ini menjadi antara khidmat yang disediakan syarikat perundingan, Airborne Discovery Sdn Bhd yang berpejabat di Shah Alam, Selangor.
Pengurusnya, Hanizah Ujang, berkata cap jari adalah bahagian tubuh yang bersifat kekal dan tidak pernah berubah.
“Cap jari adalah unik dan tersendiri bagi setiap individu dan mampu menggambarkan watak terperinci setiap orang. Memandangkan pertumbuhan cap jari bermula bagi embrio berusia 13 minggu dan perkembangannya pula seiring pertumbuhan otak. Pembentukan pola garis cap jari menggambarkan cara kerja dan fungsi bahagian otak,” katanya.

Namun, tegas Hanizah, tujuan dan manfaat analisis cap jari adalah untuk mengetahui potensi bakat, kecerdasan, watak dan motivasi individu dan tiada kena mengena dengan perbuatan meramal masa depan seperti menilik nasib berasaskan tapak tangan (Palmistry) dan sebagainya.

“Kaedah ini boleh dijadikan sumber rujukan berdasarkan potensi genetik untuk menentukan kejayaan masa depan, bukan untuk mengetahui masa depan. Memandangkan analisa dibuat melalui teori dan metodologi ilmiah dan proses perhitungan logik maka laporan adalah tepat berdasarkan data statistik dan biometrik.

“Masyarakat kini tidak lagi meletakkan kepentingan akademik sebagai kayu pengukur kejayaan dalam hidup secara seratus peratus, potensi bakat juga dilihat dan dinilai dalam diri seseorang kerana sebagai manusia kita dilahirkan unik. Ada kalanya kelebihan orang lain adalah kekurangan pada kita dan di situlah cabaran untuk kita memperbaiki diri,” katanya.

Bagi anak ‘auditory’ (gemar belajar dengan iringan suara, muzik dan bahasa) misalnya perlukan pendekatan berbeza berbanding anak kinestetik (menyukai pembelajaran dengan gerakan, pancaindera dan praktikal) dan visual (menyukai pembelajaran dengan gambar, grafik, foto dan tampilan). Begitu juga kedudukan mereka dalam kelas dan cara untuk berkomunikasi dengannya atau kalangan majikan, pekerja, pelajar, ibu, bapa dan individu lain.

Menurut Hanizah, teknologi analisis cap jari mula dipelopori lebih 25 tahun lalu di Amerika Syarikat (AS) terutama bahagian forensik Agensi Perisikan Pusat (CIA). Hanya selepas dua tahun kaedah ini tersebar di Singapura dan Indonesia barulah ia sampai ke sini.

Katanya, sejak mula beroperasi lebih dua tahun lalu, syarikat Airborne Discovery sudah mempunyai 5,000 pangkalan data sampel cap jari. Kaedah ini bukan saja banyak memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak sebagai panduan memilih jurusan yang sesuai berdasarkan potensi diri, mengesan gaya pembelajaran yang sesuai dan efektif malah berupaya merancang masa depan dan kerjaya yang sesuai dengan bakat.

“Kaedah analisis ini besar manfaatnya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara terutama kalangan perunding motivasi dalam membina sahsiah diri, majikan, ketua jabatan, guru-guru khidmat bimbingan dan kaunseling, penghuni pusat pemulihan akhlak serta pesalah juvana, golongan berkerjaya malah pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.”

Bagi menjaga sensitiviti pelanggan yang majoriti beragama Islam, kaedah ini mempunyai panel syariah sendiri iaitu Penasihat dakwah untuk Kerajaan Negeri Selangor, Dr Azahar Yaakob yang juga Pensyarah Pengajian Islam UTM dan diiktiraf Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

“Kami juga menitikberatkan soal keselamatan data yang tersimpan dalam pangkalan datanya. Menjadi amalan penganalisis untuk memusnahkan imej sampel cap jari mengikut tempoh yang sudah ditetapkan iaitu satu hingga tiga bulan,” katanya

8 perkara asas analisis cap jari

“Sejak kecil hingga berkahwin dan beranak pinak, satu soalan yang masih sukar untuk dijawab hingga kini ialah adakah salasilah dalam keluarga yang berkahwin dengan orang asing? Adakah saya berdarah campur?” kata Zenora Ibrahim, 35, salah seorang pelanggan Airborne Discovery Sdn Bhd.
Pelbagai soalan timbul kerana pertama mungkin rupa paras, nama selain perwatakannya yang ceria, mesra dan mudah untuk didekati.

“Hidup tanpa kepastian memang cukup menyeksakan, dan maklumat mengenai salasilah keluarga menjadi semakin sukar kerana perpisahan dan juga kematian, jadi saya hilang punca dan tiada sumber untuk merujuk hal berkaitan keturunan dan darah,” kata Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah firma swasta di ibu negara.

Mengetahui mengenai kaedah yang diperkenalkan AD selepas terlihat pameran mereka di sebuah pusat membeli belah. Selepas membuat temujanji semua persoalan semakin jelas.

“Analisis itu ternyata satu kejutan buat saya, berdasarkan rupa bentuk atau pola cap jari jenis lengkungan (arches), saya memang sah berdarah kacukan. Apapun, salasilah keturunan dan bangsa masih lagi satu misteri namun apa yang pasti arwah moyang saya adalah seorang guru taranum begitu juga ibu yang berbakat mengaji dengan baik manakala ayah yang berkebolehan bermain muzik.”

Hasil analisis itu juga menjelaskan ibu kepada tiga orang anak ini punya kecenderungan yang besar terhadap muzik. Laporan itu turut mendedahkan tabiat Zenora sewaktu menuntut yang tidak boleh belajar tanpa mendengar muzik. Ternyata Zenora jatuh dalam kategori pelajar auditory iaitu lebih menyukai pembelajaran dengan suara, muzik dan bahasa.

Laporan itu turut menggambarkan bahawa otak kanan Zenora yang mewakili kreativiti, warna, seni, visual, intuisi, idea, khayalan, muzik, bentuk dan ruang lebih dominan berbanding otak kiri, yang begitu cenderung terhadap sesuatu yang artistik.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, perisian khas analisis imbasan cap jari akan memproses dan menilai lapan subjek atau perkara menerusi data yang diperoleh iaitu Ujian otak kanan otak kiri; Ujian potensi kompetensi multiple intelligence; Ujian pengambilan/penempatan pekerja; Ujian gaya belajar; Ujian kepekaan belajar; ujian keperibadian; Alternatif kerjaya dan Cadangan gaya kerja.

Laporan analisis oleh penganalisis yang siap akan dicetak dan dibukukan dalam Buku Bakat. Menerusi laporan analisis ini penganalisis akan berbincang dengan pelanggan mengenai maksud, interpretasi dan cadangan-cadangan untuk dijadikan panduan dalam merancang kejayaan dan masa depan pelanggan di mana proses ini hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.

Laporan analisis ini juga membolehkan penganalisa mengesan Kecerdasan secara majmuk (multiple intelligence) supaya pelanggan lebih fokus dan terarah pada bidang tugas yang paling sesuai dengan potensi dan bakatnya.

INFO: Proses cap jari
  • Sampel cap jari peserta diambil (sepuluh jari satu persatu)
  • Sistem komputer mengumpulkan dan menganalisa data cap jari
  • Perisian khas akan menganalisa data cap jari berdasarkan ilmu Neuroscience dan Dermatoglifik
  • Fungsi kerja otak dipetakan
  • Laporan Hasil Analisa Potensi Bakat dan proses rundingan.

  • Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiacapjari/Article/index

    Thursday, June 17, 2010

    40,000 lepasan STPM ke IPTA17/06/2010

    17/06/2010 5:01pm

    PUTRAJAYA 17 Jun - Seramai 40,506 daripada 61,228 pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan matrikulasi ditawarkan tempat pengajian di IPTA bagi sesi akademik 2010/2011.

    Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata, 56.7 peratus adalah calon sains dan selebihnya calon sastera. - Utusan

    Semakan Keputusan e-Rayuan Fasa 1 Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011

    Klik url berikut: http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/rayuanfasa1.php atau klik IPTA di bawah:

    Semakan hendaklah dibuat melalui Laman Web IPTA seperti berikut :-


    Monday, June 14, 2010

    Pengalaman Razali Awang, pemberita TV3 di Gaza



















    Emel yang dihantar seorang sahabat tentang Palestin dan Israel untuk dikongsi bersama.

    Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:


    Mesir

    Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

    Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

    "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

    Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …

    Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!

    Memang sekutu kuat Amerika and Israel

    (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

    Gaza ( Palestine )

    Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!

    Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

    Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

    Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

    Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

    Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)

    Beautiful country, iklim Mediterranean boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

    Hamas

    Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

    Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

    Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

    Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

    Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

    Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..

    Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

    Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

    Israel

    Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

    Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

    Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

    Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

    Rakyat Palestine

    Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

    Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

    Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

    Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

    Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

    Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

    Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

    So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

    Wasalam.


    Video yang berjaya diseludup keluar dari Marvi Marmara untuk dikongsi bersama.


    Thursday, June 10, 2010

    Menara Gading Dan Kursus Pilihan Jadi Penentu

    Oleh Hazlinda Hamzah

    SHAH ALAM, 9 Jun (Bernama) -- Ada antara pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak pernah memohon untuk mengikuti mana-mana kursus di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

    Namun mereka menerima panggilan bertali arus daripada pihak IPTS sejurus selepas menerima keputusan SPM pada Mac lepas. Malahan ada antara mereka yang tidak pernah mendengar nama IPTS berkenaan sebelum ini.

    Sejak itu juga kebanyakan pelajar sudahpun membuat permohonan kepada pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan Unit Pusat Universiti (UPU) mengikut citarasa masing-masing.

    Manakala ada yang sudah memohon lebih awal menggunakan keputusan peperiksaan percubaan 2009.

    Kebanyakan ibu bapa serta anggota keluarga yang terdekat turut terbabit dalam memberi dorongan serta bantuan untuk memohon tempat penggajian.

    Antara mereka ialah S. Hadi Abdullah yang memberi dorongan kepada anak perempuan ketiganya, Atieqah, memohon tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semasa pihak UPU membuka permohonan melalui Internet selama sebulan.

    Kemudian, keputusan penerimaan permohonan diumumkan pada 1 Mei 2010 dengan Atieqah yang mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM 2009, menerima dua tawaran pilihan melanjutkan pengajian ke menara gading.

    MEMILIH IPTA

    "Saya telah ditawarkan tempat di pusat Matrikulasi Kementerian Pelajaran di Melaka dan baru-baru ini pula menerima tawaran untuk mengikuti kursus Matrikulasi Sains di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Puncak Alam. Tak jauh dari rumah keluarga kami. Sesuai sekali. Lagipun ayah saya seorang pesara, jadi tawaran IPTA ini amat saya alu-alukan. Alhamdulilah," kata Atieqah.

    Ramai di kalangan rakannya telah menerima pelbagai tawaran dan tidak dinafikan mereka yang menerima lebih daripada satu tawaran mempunyai keputusan yang baik.

    Rata-rata bersetuju, ibu bapa mereka memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keputusan mereka untuk melangkah ke menara gading.

    BIDANG PILIHAN LEBIH UTAMA

    Seorang kakitangan sebuah bank di Selangor pula menceritakan tentang tawaran yang diterima anak lelakinya, seorang bekas pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh berprestasi tinggi di Cyberjaya.

    Abdul Shukor Zainol Abidin berkata, "Anak saya dapat tawaran ke Kanada untuk kursus kejuruteraan dan matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran. Dia menolak kedua-duanya. Anak saya mahu mengambil jurusan perubatan saja, jadi dia masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam kursus tajaan Kementerian Kesihatan dan MARA. Harap-harap dia berjaya kali ini untuk mengejar cita-citanya."

    Seorang lagi pelajar perempuan masih belum dapat memutuskan ke mana beliau akan melanjutkan pelajarannya.

    Menurut Adeline Baig, yang memperoleh 4A dalam SPM baru-baru ini, "saya terima tawaran melanjutkan pengajian di Utara Semananjung dalam bidang Analisis Perbankan. Itu bukan kursus yang saya mahu dan saya tidak memohon untuknya. Saya juga telah ditawarkan tempat di Tingkatan Enam dalam aliran sains. Saya telah merayu kepada UPU untuk kursus pilihan saya di Universiti Islam Antarabangsa sementara menunggu masuk ke tingkatan enam."

    Rayuan untuk melanjutkan pengajian di IPTA ditutup pada 14 Mei.

    BELAJAR DI IPTS

    Reshnu Suri, turut memperoleh keputusan baik dalam SPM khasnya dalam mata pelajaran sains dan matematik. Ayahnya, yang mahu dikenali sebagai Suri sahaja, mempunyai wawasan untuk anak perempuannya ini.

    "Saya percaya bidang pergigian, farmasi dan perubatan sajalah yang akan menjamin pekerjaan tidak kira kedudukan ekonomi tempatan mahupun global. Saya akan berusaha memastikan anak saya mengambil 'A Level' di sebuah kolej swasta. Saya tahu persaingan untuk memasuki IPTA agak sengit," kata Suri kepada Bernama.

    Kos pengajian di IPTS sememangnya lebih tinggi tetapi ramai menyedari bahawa skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh membantu mereka merealisasi impian memulakan pengajian di IPTS.

    Reshnu kini sudahpun memulakan pengajian di Kolej Universiti MAHSA, dalam bidang farmasi, sedangkan mereka yang mendapat tempat di IPTA memulakan pengajian pada minggu terakhir Mei atau awal Jun.

    Begitu juga dengan Lee Huey Min, dengan keputusan 8A dalam SPM yang meneruskan pengajian dalam bidang perakauanan di sebuah IPTS.

    "Masuk IPTS buat perakaunan, itu pilihan pertama supaya boleh buat kursus profesional dalam bidang perakaunan," kata Huey Min.

    BIDANG MEDIA

    Tharanee Tharan, seorang pelajar lelaki yang dikenali kerana budi pekertinya yang positif, lebih bernasib baik kerana sudahpun menerima biasiswa pelajaran untuk bidang yang diminatinya.

    "Mula-mula ibu bapa saya tidak menggalakkan. Saya mahu mengambil jurusan perfileman. Kelas saya sebenarnya sudah bermula sebelum keputusan SPM dikeluarkan lagi. Sekolah beri surat sokongan. Walaupun saya kini pelajar kursus diploma dalam komunikasi, saya akan pastikan saya berupaya ke peringkat ijazah dengan pengkhususan dalam bidang filem. Itu cita-cita saya," kata Tharan, yang kini belajar di sebuah IPTS di Cyberjaya.

    Apa yang nyata, melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi untuk lepasan SPM masa kini sudah menjadi satu perkara biasa.

    Rata-rata tidak mahu ketinggalan dalam mengejar ilmu. Kolej dan universiti turut merasakan ia satu kebaikan untuk bidang pendidikan yang mereka 'niaga'kan ini.

    KOS DAN PINJAMAN

    Kos pra universiti, termasuk kursus peringkat asasi dan diploma di IPTS tidak kurang daripada RM12,000 setahun.

    Pihak PTPTN hanya menawarkan pinjaman sebanyak RM8,000 untuk penuntut yang memohon pinjaman di peringkat ini.

    Ramai di kalangan ibu bapa merasakan ia sesuatu yang masih boleh diusahakan. Kos kursus kejuruteraan selama empat tahun di IPTS adalah sekitar RM50,000 ditambah setahun di peringkat asasi, jumlahnya sudah mencapai RM62,000 dan ia tidak termasuk kos penginapan, nota tambahan dan perbelanjaan makan seharian penuntut yang menghadiri kursus itu.

    Program ijazah berkembar atau 'twinning' dalam bidang senibina di IPTS dengan dua tahun pengajian di New Zealand atau Australia pula memerlukan perbelajaan hampir RM65,000 untuk keseluruhan kursus.

    Kursus dalam bidang psikologi di IPTS dengan dua tahun akhir pengajian di Amerika Syarikat bergantung secara langsung kepada nilai tukaran wang asing dengan kos dua tahun pertama di dalam negara menjangkau RM25,000.

    Apa yang nyata, kos menimba ilmu semakin tinggi dan penuntut pula semakin menumpukan pada jurusan dan kolej pilihan mereka.

    -- BERNAMA

    Dipetik daripada: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=504523

    Nota: Suatu persoalan; bagaimana pula kedudukan Tingkatan Enam atau Prauniversiti di sekolah-sekolah?

    Ini antara jawapan yang saya terima daripada pelajar Tingkatan Enam Bawah yang baru mendaftar pada 10 Mei lepas:

    i. Saya menolak tawaran ke matrikulasi dan UiTM kerana ingin meneruskan pelajaran di Tingkatan 6. Saya ingin menjadi guru.

    ii. Ibu saya mendesak saya ke Tingkatan 6 sedangkan saya tidak berminat. Saya cuba dulu.

    iii. Saya berada di Tingkatan 6 sementara menunggu tawaran daripada lain-lain IPTA.

    iv. Saya sudah tiada pilihan lain. Keputusan saya tidak cukup baik untuk ke mana-mana IPTA dan lain-lain institusi.

    Mungkin kajian yang lebih komprehensif perlu dilakukan oleh pihak berkenaan berkaitan dengan dilema Tingkatan 6 sama ada:

    i. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) tingkatan 6 sesuai diadakan di sekolah atau pusat tersendiri seperti pusat matrikulasi.

    ii. Pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 kondusif dengan suasana dan situasi semasa termasuk kemudahan pusat sumber sebagai tempat rujukan utama pelajar.

    iii. Kemudahan multimedia dan ICT seperti LCD projector dan LCD skrin tersedia termasuk kemudahan akses internet bagi memudahkan proses P&P.

    Barangkali kajian seperti ini dapat menjawab jawapan sebab pelajar belajar di Tingkatan 6.


    Wednesday, June 9, 2010

    Lawak Antarabangsa

    Mat Rempit menangis apabila ditahan polis. Layan video di bawah untuk lawak tahap PECAH PERUT!

    Bantahan Penduduk Israel Terhadap Tindakan Ketenteraan Atas Kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie

    Penduduk Israel juga membantah tindakan tentera mereka menyerang kapal misi kemanusiaan Mavi Marmara sehingga membunuh 9 sukarelawan dan mencederakan sebahagiannya. Bantahan juga berlaku hampir di setiap negara. Ikuti paparan video bantahan tersebut.



    Kita amat sedih atas apa yang berlaku dan syabas kepada sukarelawan Malaysia yang bersama-sama membawa misi kemanusiaan ke Gaza di atas kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie. Walaupun kedua-dua kapal tersebut tidak berjaya berlabuh di Gaza kerana dipintas dan ditawan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa namun semangat kesukarelawanan mereka amat terpuji.