Saturday, October 24, 2009

Perasmian Taman KAPTEN & Majlis Jalinan Silaturahim

Taman KAPTEN dari sisi
Pelajar dan guru bergambar di taman.

Pn. Wan Nor Sa'adah meletakkan tanda nama
Pn. Hajjah Nor Fazilah
Pn. Hajjah Sumiati

Pn Haslina
Pn. Rosnah
En. Mohd Ruzi
En. Awaluddin

Kumpulan 1 Kokurikulum Tingkatan 6 Bawah telah mengadakan Program Jalinan Silaturrahim pada:
Tarikh: 24 Oktober 2009
Masa: 9.00 pg
Tempat: Laman SKSB

Unit Kokurikulum Tingkatan 6 SMKTPG merakamkan tahniah kepada Kumpulan 1 kerana telah berjaya membina Taman Kelab Tingkatan Enam (KAPTEN) dan menganjurkan Majlis Jalinan Silaturrahim ini. Guru-guru penasihat Kumpulan 1 terdiri daripada Pn. Rosnah Tajuddin, En. Awalauddin Ahmad, En. Khairuddin Abdul rahman dan Pn Haslina Hassan.

Program pada hari ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan perasmian majlis dan Taman KAPTEN seterusnya perletakan tanda nama pada Taman KAPTEN dan bunga yang terdapat di taman. Program disudahi dengan jamuan makan nasi tomato dan mee kari.

Monday, October 19, 2009

Catatan Perjalanan: Teluk Batik, Langkawi, Kangar, Pekan Rabu, Alor Star dan Penang




Bergambar sebelum keluar kondo yang mempunyai 3 bilik dengan 8 penghuni


Makan malam kami di Pantai Cenang ditaja oleh seorang kontraktor!
Menggoreng buah berangan
Duit dah habis kena buat 'part-time job' he he he
Ikan pekasam yang popular di Pekan Rabu, Alor Setar

Sarapan pagi di Kangar, Perlis
Ustaz Kadis di jambatan gantung di Puncak Gunung Mat Cincang

Jambatan gantung yang merentangi dua puncak gunung di ketinggian kira-kira 700 meter dari paras laut.





Helang mengambil umpan yang diberi pemandu kami. Scenario ini amat menakjubkan
Ikan sesumpit sedang menyumpat umpan yang diberi dengan air
Ikan yang diternak di Sungai Kilim

Bermain dengan ikan pari
Di dalam Gua Kelawar
Di pintu Gua Kelawar




Di Jeti Kilim Geoforest Park
Makan malam pertama saya di Langkawi, pengamal diet.

Roti Arab


Taman Tema di Marina Cove, Teluk Batik, Perak

14-16 Oktober berkursus di Teluk Batik, Perak. Malam 16 Oktober, kira-kira jam 10.15 bertolak ke Langkawi dengan Redza melalui LCCT. Sampai di Langkawi kira-kira jam 11.15 mlm. Ust Kadis, C.Khai, C. Awal, C. Latib, C. Raja & C. Ismail dah menunggu di 'air port'. Terus ke Istana Kondo. Turun balik untuk 'ngeteh' dan saya makan malam sebab tak sempat makan malam tadi. Saya seorang yang makan malam yang lain pekena roti arab.

17 Oktober - 9.00 pagi, destinasi pertama kami ialah Kilim Geoforest Park. Perjalanan dari kondo mengambil masa kira-kira setengah jam. Memang cantik pemandangan di sini. Kami dibawa dengan bot untuk menyaksikan burung helang mengambil makanan yang diumpan oleh pemandu bot kami. Sebuah bot kami sewa dengan bayaran RM150.00. Kemudian kami dibawa ke muara lautan Andaman dan Gua Kelawar. Kilim Geoforest Park di kelilingi hutan bakau. Redza yang baru membeli kamera SLR Canon 1000D menjadikan tempat ini salah satu parktikalnya mengambil gambar.

11.30 pagi- Sampai di Gunung Mat Cincang untuk menaiki kereta kabel. Tiket berharga RM15.00. Sekali lagi pengalaman menarik di sini. Ustaz Kadis yang sebelum ini sudah dua kali ke Langkawi namun tidak berani untuk menaikinya, kali ini akhirnya Ustaz Kadis naik bersama kami. Redza pulak memang gayat dan takut-takut di dalam kereta kabel. Sampai di puncak yang ketinggiannya kira-kira 700 meter dari aras laut dalam jam 12.00 tgh hari. Apa yang menarik ialah jambatan gantung yang terdapat di sini yang merentangi dua buah puncak bukit. Satu lagi yang menarik C. Raja & C. Latib terjumpa C. Mai dan familinya di puncak Gunung Mat Cincang.

2.15 ptg - Membeli-belah di Pekan Kuah. Nampaknya ustaz banyak juga membeli pingan mangkuk. Yang lain-lain membeli jajan khususnya coklat yang memang murah di sini. Walaupun rokok murah seorang pun tidak membeli kerana kebetulan kami tidak merokok. Kemudian kami ke Dataran Helang dan membeli tiket feri untuk balik esoknya.

6.00 ptg - Kondo Istana - Kepenatan dengan aktiviti harian, masing-masing berehat, tapi C. Latip, C. Redza, C. Khai & C. Ismail sempat mandi di kolam.

8.30 mlm - Makan ikan bakar di Pantai Cenang. Kami dibelanja oleh tuan kontraktor! Sepanjang kami di sini C. Latip menjadi Pak Supir kami yang handal. Sampai di Kondo layan EPL. Chelsea & Liverpool tewas. Saya dan C. Redza jadi sasaran kerana team kami tewas.

18 Oktober - 7.30 pg kami keluar dari kondo ke Jeti Kuah kerana feri bertolak jam 8.30 pagi. Sampai di Jeti Kuala Perlis kira-kira jam 9.35 pagi. Kami terus ke Kangar untuk minum pagi. Kemudian kami ke Pekan Rabu, Alor Setar. Dalam perjalanan ke Pekan Rabu kami ternampak bangunan Wisma Pra Universiti di salah sebuah sekolah menengah di sini. Khabarnya kebanyakan bangunan untuk pelajar-pelajar tingkatan enam sudah siap dibina dan diduduki di Kedah. Sempat juga membeli jajan di sini. Jam 1.00 ptg kami sampai di rumah keluarga isteri C. Amin di Anak Bukit, Kedah.

2.30 tpg - Bertolak ke Penang. Terus ke tempat jualan jeruk untuk isteri di rumah he he he. Makan di salah satu restoran nasi kandar iaitu Line Clear. Seorang bekas guru SMKTPG yang kini bertugas di Jab Pelajaran P. Pinang menemani dan belanja kami makan.

6.30 ptg - Bertolak balik. Berhenti di Tapah untuk solat dan ngeteh. Sampai di rumah kira-kira jam 12.00 tgh malam.

Perjalanan ini memang menarik terutama saya yang dari Teluk Batik berehat sebentar di rumah (kira-kira 2 jam) terus ke Langkawi. Banyak pengalaman dan perkara yang kami alami dan pelajari. Sebagai guru perjalanan seperti ini akan banyak membantu kami dalam meningkatkan profesion perguruan yang kami cintai ini.




Wednesday, October 7, 2009

Peperiksaan PMR 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR KEPADA ANAK-ANAK WARGA SMKTPG KHUSUSNYA SERTA SELURUH CALON YANG AKAN BERMULA PADA 7 - 13 OKTOBER 2009. DIDOAKAN SEMOGA SEMUA CALON AKAN DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN TENANG DAN MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG KELAK.

Sunday, October 4, 2009

Sekadar Berkongsi Pengalaman Dengan 3 Orang Pelajar Malaysia Yang Selamat Dalam Bencana Gempa Bumi di Padang, Sumatera

323 orang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Andalas, Padang, Sumatera selamat kembali ke tanah air daripada bencana gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera sehingga merosakkan universiti serta hospital tempat mereka menjalani praktikal bagi yang mengambil jurusan perubatan. Saya sempat menemui tiga orang daripada mereka iaitu Lina Liana Hj Ahmad Adni, Noorzeeha Enuar (kedua-duanya dari Kg Jenjarom, Selangor) dan Nik Muhaimin Nik Ramli dari Perlis. Gempa bumi yang berlaku pada 30 September 2009 (Rabu) dengan kekuatan 7.6 skala richter turut saya rasai pada kira-kira jam 6.18 ptg hari Rabu lalu. Ikuti pengalaman mereka dalam rakaman video yang sempat saya rakam.

Noorazeeha Enuar, Tahun 3 Fakulti Perubatan, Universiti Andalas

Nik Muhaimin Nik Ramli, Tahun 5 Fakulti Perubatan, Universiti Andalas

Lina Liana Hj Adni, Tahun 5 Fakulti Perubatan, Universiti Andalas

Koleksi Soalan Percubaan PMR & SPM 2009

Klik URL berikut untuk mendapatkan koleksi soalan PMR & SPM 2009 : http://koleksisoalan.blogspot.com/

Friday, October 2, 2009

Perisian Belajar Tajwid Secara Dalam Talian

Sila klik url berikut untuk belajar tajwid secara dalam talian: Belajar Tajwid

Terapi Kambing

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu


Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

1.
Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2.
Kolestrol daging lembu dan ayam.
3.
Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4.
Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.


Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti


Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.


Mencantikkan Kulit


Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.


Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.


Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan


Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.


Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Nota: Daging kambing merupakan salah satu kegemaran saya terutama kambing panggang. Oleh sebab saya sedang mengamalkan diet tidak makan daging berwarna merah maka dah nak masuk 3 bulan saya tak makan daging berwarna merah termasuk daging lembu & kambing. Untuk sahabat yang bersaiz L, XL atau XXL cuba le amalkan diet. Bukan sekadar untuk jaga bentuk tubuh tapi juga untuk kesihatan kita. Tapi bukan senang beb untuk meninggalkan tabiat makan yang dah bertahun kita amalkan.