Monday, May 18, 2009

Hari Guru Peringkat SMK TPG 2009

Anugerah Guru Lelaki Paling Anggun Hari Guru, Cikgu Sheikh Ahmad

Anugerah Guru Wanita Paling Anggun Hari Guru, Pn Atikah Abdullah

Kumpulan Choral Speaking

En Naim dengan lagu Allecatnya. (Klon David Arumugam)


Kumpulan Gamelan Sweet 40's SMKTPG


Terbukti guru SMKTPG memang berbakat!

Gandingan mantap En Sheikh dan Tn Hj Ali Imran memukau para hadirin

En MZ Soekarno memimpin pasukan dikir barat






Pn Hjh Mariah menerima hadiah dan sijil atas kejayaan memperoleh 100% Bahasa Arab dalam PMR 2008
Ikrar guru untuk mencurah bakti penuh iltizam


Turut hadir Naib Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Mazlan

Guru diarak masuk ke dewan Seri Panglima




Senyum dan tawa barisan guru SMKTPG

Guru-guru diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang ke Dewan Seri Panglima



Guru-guru bersarapan pagi di dewan makan asrama

Perayaan Hari Guru SMKTPG telah diadakan dengan sederhana tetapi meriah.. pada 18 Mei 2009
SELAMAT HARI GURU
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Pasukan Selangor Johan Perbahasan Hari Guru 2009



En. Nadarajan bersama piala kemenangan


En. Nadarajan bergambar bersama Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, YBgh Dr Hj. Zahri B. Aziz

Tahniah diucapkan kepada En Nadarajan A/L Thambu yang mewakil Negeri Selangor dalam Pertandingan Perbahasan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dan menjadi johan pertandingan tersebut. Pertandingan ini diadakan pada 14-16 Mei 2009 di Kuala Terengganu. Pasukan negeri Selangor telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan ini tiga tahun berturut-turut dan dalam ketiga-tiga pertandingan tersebut turut disertai oleh En. Nadarajan. Akhirnya telah menjadi johan pada tahun ini menewaskan pasukan negeri Perlis. Pada peringkat separuh akhir pasukan negeri selangor telah menewaskan pasukan negeri Pulau Pinang. Sesungguhnya kejayaan beliau menjadi kebanggaan warga SMKTPG seluruhnya. Tahniah dan syabas daripada warga SMKTPG untuk Cikgu Nadarajan.

Thursday, May 14, 2009

Tuesday, May 12, 2009

Hari Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan 6 Rendah 2009












Pendaftaran Tingkatan 6 Rendah 2009 telah diadakan pada 11 Mei 2009 bersamaan hari Isnin dan Program Orientasi bermula pada 12 Mei 2009 hingga 29 Mei 2009.

Saturday, May 9, 2009

Pendaftaran Masuk Tingkatan Enam Rendah 2009

Pendaftaran masuk Tingkatan Enam Rendah sesi 2009 akan diadakan bermula pada 9.00 pagi ,11 Mei 2009. Sekolah di daerah Kuala Langat yang menawarkan kelas Tingkatan Enam ialah SMK Telok Panglima Garang, SMK Sg Manggis dan SMK Telok Datok. Calon-calon boleh menyemak tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam di alamat URL berikut: http://apps.emoe.gov.my/form6/semakanform6/ atau boleh datang ke sekolah yang berdekatan dengan sekolah anda untuk menyemak nama anda.