Monday, May 18, 2009

Hari Guru Peringkat SMK TPG 2009

Anugerah Guru Lelaki Paling Anggun Hari Guru, Cikgu Sheikh Ahmad

Anugerah Guru Wanita Paling Anggun Hari Guru, Pn Atikah Abdullah

Kumpulan Choral Speaking

En Naim dengan lagu Allecatnya. (Klon David Arumugam)


Kumpulan Gamelan Sweet 40's SMKTPG


Terbukti guru SMKTPG memang berbakat!

Gandingan mantap En Sheikh dan Tn Hj Ali Imran memukau para hadirin

En MZ Soekarno memimpin pasukan dikir barat






Pn Hjh Mariah menerima hadiah dan sijil atas kejayaan memperoleh 100% Bahasa Arab dalam PMR 2008
Ikrar guru untuk mencurah bakti penuh iltizam


Turut hadir Naib Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Mazlan

Guru diarak masuk ke dewan Seri Panglima




Senyum dan tawa barisan guru SMKTPG

Guru-guru diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang ke Dewan Seri Panglima



Guru-guru bersarapan pagi di dewan makan asrama

Perayaan Hari Guru SMKTPG telah diadakan dengan sederhana tetapi meriah.. pada 18 Mei 2009
SELAMAT HARI GURU
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Pasukan Selangor Johan Perbahasan Hari Guru 2009



En. Nadarajan bersama piala kemenangan


En. Nadarajan bergambar bersama Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, YBgh Dr Hj. Zahri B. Aziz

Tahniah diucapkan kepada En Nadarajan A/L Thambu yang mewakil Negeri Selangor dalam Pertandingan Perbahasan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dan menjadi johan pertandingan tersebut. Pertandingan ini diadakan pada 14-16 Mei 2009 di Kuala Terengganu. Pasukan negeri Selangor telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan ini tiga tahun berturut-turut dan dalam ketiga-tiga pertandingan tersebut turut disertai oleh En. Nadarajan. Akhirnya telah menjadi johan pada tahun ini menewaskan pasukan negeri Perlis. Pada peringkat separuh akhir pasukan negeri selangor telah menewaskan pasukan negeri Pulau Pinang. Sesungguhnya kejayaan beliau menjadi kebanggaan warga SMKTPG seluruhnya. Tahniah dan syabas daripada warga SMKTPG untuk Cikgu Nadarajan.

Thursday, May 14, 2009

Tuesday, May 12, 2009

Hari Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan 6 Rendah 2009












Pendaftaran Tingkatan 6 Rendah 2009 telah diadakan pada 11 Mei 2009 bersamaan hari Isnin dan Program Orientasi bermula pada 12 Mei 2009 hingga 29 Mei 2009.

Saturday, May 9, 2009

Pendaftaran Masuk Tingkatan Enam Rendah 2009

Pendaftaran masuk Tingkatan Enam Rendah sesi 2009 akan diadakan bermula pada 9.00 pagi ,11 Mei 2009. Sekolah di daerah Kuala Langat yang menawarkan kelas Tingkatan Enam ialah SMK Telok Panglima Garang, SMK Sg Manggis dan SMK Telok Datok. Calon-calon boleh menyemak tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam di alamat URL berikut: http://apps.emoe.gov.my/form6/semakanform6/ atau boleh datang ke sekolah yang berdekatan dengan sekolah anda untuk menyemak nama anda.

Monday, April 20, 2009

Minyak Kelapa Sawit Sebagai Minyak Pelincir

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web
http://www.nordicgroup.us/oil.htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

Saturday, April 18, 2009

Benarkah Fakta Ini?

COCA COLA

Fakta seperti yang tersenarai di bawah ialah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke: Coca Cola. Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.


Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, (bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak atau parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan atau karat.


Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.

Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.


Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dan lain-lain. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.


Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.


Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker?


Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan lain-lain.


Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/ pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.


Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke ...

Thursday, March 12, 2009

Pasukan Bola Baling B15 Lelaki dan Perempuan SMKTPG Naib Johan MSSD Kuala Langat









Pada 10 dan 11 Mac 2009 SMKTPG telah menghantar 3 pasukan bola baling ke Pertandingan Bola Baling MSSD Kuala Langat iaitu perempuan dan lelaki bawah 15 serta lelaki bawah 18 tahun. Pasukan SMKTPG telah menjadi Naib Johan untuk kategori Lelaki dan Perempuan B15. Sementara pasukan Lelaki B18 berjaya setakat ke peringkat suku akhir. Pada perlawanan akhir Perempuan B15 SMKTPG tewas kepada pasukan SMK Tg Sepat 1-4 sementara Lelaki B15 tewas kepada SMK Bandar Banting 1-4. Tahniah kepada pasukan SMKTPG kerana berjaya hingga ke peringkat suku akhir untuk pasukan lelaki B18 dan peringkat akhir untuk pasukan Lelaki dan perempuan B15.

Monday, March 9, 2009

Keputusan SPM,STAM dan STPM 2008

Keputusan STPM 2008 akan keluar pada 10 Mac 2009 bersamaan hari Selasa. Calon-calon sekolah boleh mengambil keputusan masing-masing di sekolah selepas jam 12.00 tgh hari. Semakan melalui SMS juga boleh dibuat selepas jam 12.00 tgh hari dengan menaip STPM No. KP dan hantar ke 39003 atau secara online di www.mpm.edu.my.

Keputusan SPM dan STAM pula keluar pada 12 Mac 2009 bersamaan hari Khamis.
Calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan ini boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing- masing bermula pukul 10.00 pagi.

Tuesday, February 24, 2009

Dengue Fever Remedy


PASS THIS INFORMATION TO AS MANY AS YOU CAN, IT MAY SAVE LIVES.

Dengue Fever Remedy

7877b8.jpg
I would like to share this interesting discovery from a classmate's son who has just recovered from
dengue fever. Apparently, his son was in the critical stage at the ICU when his blood platelet count drops to 15 after 15 liters of blood transfusion.

His father was so worried that he seeks another friend's recommendation and his son was saved. He confessed to me that he gave his son raw juice of the papaya leaves. From a platelet count of 45 after 20 liters of blood transfusion, and after drinking the raw papaya leaf juice, his platelet count jumps instantly to 135. Even the doctors and nurses were surprised. After the second day he was discharged. So he asked me to pass this good news around.

Accordingly it is raw papaya leaves, 2pcs just cleaned and pound and squeeze with filter cloth. You will only get one tablespoon per leaf. So two tablespoon per serving once a day. Do not boil or cook or rinse with hot water, it will loose its strength. Only the leafy part and no stem or sap. It is very bitter and you have to swallow it like "Won Low Kat". But it works.


*Papaya Juice - Cure for Dengue*


You may have heard this elsewhere but if not I am glad to inform you that papaya juice is a natural cure for dengue fever. As dengue fever is rampant now, I think it's good to share this with all.

A friend of mine had dengue last year. It was a very serious situation for her as her platelet count had dropped to 28,000 after 3 days in hospital and water has started to fill up her lung. She had difficulty in breathing. She was only 32-year old. Doctor says there's no cure for dengue. We just have to wait for her body immune system to build up resistance against dengue and fight its own battle. She already had 2 blood transfusion and all of us were praying very hard as her platelet continued to drop since the first day she was admitted.

Fortunately her mother-in-law heard that papaya juice would help to reduce the fever and got some papaya leaves, pounded them and squeeze the juice out for her. The next day, her platelet count started to increase, her fever subside. We continued to feed her with papaya juice and she recovered after 3 days!!!

Amazing but it's true. It's believed one's body would be overheated when one is down with dengue and that also caused the patient to have fever papaya juice has cooling effect. Thus, it helps to reduce the level of heat in one's body, thus the fever will go away. I found that it's also good when one is having sore throat or suffering from heat.

Please spread the news about this as lately there are many dengue cases. It's great if such natural cure could help to ease the sufferings of dengue patients.

Furthermore it's so easily available.
Blend them and squeeze the juice! It's simple and miraculously effective!!


Monday, February 16, 2009

Gruesome Addiction to Beauty Injection

June 28, 2008


Her name is Han Mi Ok, a Korean celebrity who became known as 'Fan Lady' after her disastrous cosmetic surgery. She underwent 15 reconstructive surgery to overhaul her 'I-don't-think-it-can-be-fix' plastic surgery damage. She apparently became obsessed addicted to plastic surgery and couldn't get enough of the 'faux-fect face' ( I made the word up) so she went to quacks just to indulge herself. She even personally performed a facial injection at home. The result.... well you can see it.


She used to look like this before the cosmetic surgery disaster:



And this is how she looks now after the overhaul:



On the photos above, Han Mi Ok was at the shooting of of 500th episode of Shocking Stories of the World.

I admire her courage to display her damaged face in public and let people see how ungodly it is to distort ones appearance. I am not totally against plastic surgery but I am also not for it..
She should serve as a lesson to anyone who dreamed of having a 'faux-fect face'. Think twice before you get cut up and think thrice before you inject yourself with human byproducts.


DO NOT, DO NOT INTERFERE WITH NATURE.

TAKE CARE







Saturday, February 14, 2009

Suami Pn Rosnani Hamid Kembali Kerahmatullah

Suami Pn Rosnani Hamid telah kembali kerahmatullah pagi ini dan jenazahnya selamat dikebumikan selepas solat asar hari ini. Selaku warga SMKTPG khususnya marilah kita sedekahkan alfatihah kepada Allahyarham moga rohnya dicucuri rahmat. Buat Pn Rosnani dan anak-anak moga bersabar atas ketentuan Illahi ini. Sesungguhnya janji Allah itu pasti!