Monday, February 25, 2013

Khasiat Vitamin B17 Dalam Biji Aprikot


VITAMIN B17 (BIJI APRIKOT)
Vitamin B17 dikatakan mampu merawat & mencegah kanser. Bagi sesetengah individu agak sukar untuk mempercayainya. Namun, sebenarnya Vitamin B17 ini telah lama ditemui dan terbukti mampu membantu terapi kanser.

Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya Biji Aprikot.

Malangnya tabiat pemakanan kita hari ini tidak suka kepada rasa yang agak pahit seperti  Vitamin B17 yang rasanya agak pahit tetapi sebenarnya amat berkesan untuk mencegah kanser.

Kenyataan tersebut disokong oleh bukti kejayaan hasil penemuan seorang pakar biokimia, Dr. Ernest T Krebs pada tahun 1950 telah berjaya mencungkil rahsia kehebatan Vitamin B17 dalam rawatan kanser.

Beberapa saintis perubatan yang lain juga turut memperakuinya. Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia berkata: "Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 dalam makanan harian menjadi penyebab utama seseorang mendapat kanser."

Pakar Kanser Jerman, Dr. Dean Burk pula berkata: "Di Bawah mikroskop, kami masukkan B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali."

Daripada penyelidikan, Biji Aprikot yang menjadi makanan kaum Hunza menjadikan mereka bebas kanser, sihat dan lanjut usia sehingga mencecah lebih 120 tahun.

Jepun ialah contoh terbaik kerana merekodkan kadar kanser paling rendah di dunia. Walaupun dikatakan negara serba moden serta mempunyai persekitaran kehidupan yang kian terancam akibat kemodenan, namun negara tersebut mempunyai kadar kesihatan tinggi dengan usia mencecah 90 tahun, kesan daripada pengamalan diet seimbang yang mengandungi Vitamin B17.




ANTARA KHASIAT BIJI APRIKOT IALAH:

1. Mencegah dan merawat  
    pelbagai jenis penyakit  
    kanser.

2. Mampu merawat penyakit kronik yang lain. 

3. Mengurangkan berat badan, tekanan
    darah tinggi & Kolestrol dalam darah.

4. Mengimbangkan kandungan gula dalam
    darah.

5. Meningkatkan kesihatan mental & 
    memori.

6. Membersihkan Arteri.

7. Mengurangkan masalah sakit sendi.

8. Membantu masalah buasir.

9. Berfungsi sebagai tonic dan antioksidan
    yang dapat menyingkirkan toksin dalam
    badan.

10. Membantu mempercepatkan proses
      penyembuhan luka.

11. Menyelesaikan masalah senggugut dan
      keputihan/menghilangkan bau hamis.

12. Mampu merawat masalah kulit seperti
      terdedah kepada sinaran matahari,
      gatal-gatal & alahan.

13. Menyelesaikan masalah jerawat dan
      resdung.

14. Menghaluskan kulit.

15. Anti penuaan.

16. Mengecutkan tumor.
17. Melawaskan pembuangan air besar.

KISAH RM 0.50 YANG MENYENTUH HATI

Suatu kisah untuk dikongsi bersama.



Kringggg.. 
Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab Alif ringkas.

Kenapa Alif tak rehat? Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Oh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab Alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.


Sumber: http://www.suatuperjalananmaya.com/2013/02/kisah-rm-050-yang-menyentuh-hati.html

Wednesday, January 30, 2013

Kota Bandung: Kota Beli-Belah & Makan-Makan


Sambil menunggu isteri memilih kain sisuami dijamu dengan minuman panas, teh botol dan makanan ringan.







Batangor- tauhu dicampur ikan - sedap
Martabak Bandung
Nasi Padang di Bandung memang sedap

 Warung Janda - Jawa Sunda